0 comments

Zikir Suaru-fil-Quran

0 comments

kenapa aku diuji?

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;"Kami telah beriman," sedagkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang dusta." Surah Al-Ankabut :2-3

Kenapa AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahu." surah Al-Baqarah:216

Kenapa UJIAN SEBERAT ini?
" Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." surah Al-Baqarah:286

rasa FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." surah ali imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman ! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." surah ali imran :200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" surah albaqarah:45 APA YANG

AKU DAPAT dari SEMUA INI?
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta merekadengan memberikan syurga untuk mereka..."surah At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." surah At-taubah:129

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI
"..dan jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah yusuf:12

2 comments

BERLIAN DI DALAM DIRI

Berlian adalah sejenis batu permata paling berharga yang terhasil lebih kurang 161 kilometer atau 100 batu di dalam bumi. Dalam bentuk yang asli , ia merupakan karbon yang paling pekat. Bagi menhasilkan berlian , karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan seberat 435 114 paetiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu yang tidak kurang daripada 752 darjag Fahrenheit bersamaan dengan 400 darjah celcius. Apabila kedua-dua tekanan dan suhu tidak mencapai yang disebutkan , berlian tidak terhasil. Sebaliknya yang terhasil adalah grafit yakni karbon yang lembut yang dapat dibeli di tepi jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir. Kebanyakan berlian yang ada pada hari ini terhasil di bawah bumi jutaan tahun dahulu dan menjadikan ia bahan mineral paling keras di muka bumi.

Manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih 18 % jasad manusia terdiri daripada karbon. Namun, berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis. Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu dia mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas diuji. Tanpa ujian, potensi dirinya tidak terserlah. Justeru , kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat ujian secara positif. Bagi setiap ujian di dunia seperti miskin , sakit, takut, dan bencana , terdapat lima perkara yang perlu disyukuri. Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin adalah :

1) Musibah dan kesakitan bukan kuasa yang menetukan jalan hidup. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita adalah Allah. Justeru ujian yang menimpa adalah kecil. Yang besar adalah kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.

2) Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Berhubung dengan ini , Imam Sahl bin Abdullah berkata , " Bersyukurlah kepada Allah kerana imanmu masih mantap. Sebaliknya , apabila syaitan memasuki hatimu dan merosakkan tauhidmu, maka apakah yang hendak kamu lakukan?" Umar al-Khattab berkata , " Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat. Pertama , ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredhaanNya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya. "

3) Berbanding akhirat, azab di dunia ringan dan sekejap. Tambahan pula, ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak tidak dapat dilakukan apabila berkaitan dengan azab akhirat.

4) Penderitaan itu adalah sebahagian daripada ketetapan Allah. Apabila ketetapan itu berlaku, berkuranglah ujian ke atasnya dan mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagian.

5) Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.

Umat islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik menerima ujian dalam hidup sebagai perkara biasa. Mereka menyedari ujian dalam kehidupan mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan. Antaranya dinaikkan darjat di sisi Allah. Imam Abu Daud meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud , " seseorang lelaki baginya satu darjat disisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya."

Kesusahan menyebabkan dosa-dosa diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dam Muslim , nabi berkata;" tidak ada satu musibah uang menimpa ke atas seorang muslim , sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan , kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan , sehingga duri terkena di badannya, melainkan ia menjadi kifarat bagi dosa-dosanya.

Justeru keredhaan dalam menerima apa jua ujian ke atas diri kita mampu menghasilkan berlian yang bersinar indah yang tidak ternilai tolok bandingnya di kalangan umat manusia.

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan" al-Insyirah: ayat 5-6
sumber : 7 formula individu cemerlang

0 comments

MUJAHID SETIA

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Hayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia
Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajalkan menjelang
Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Kerna Allah telah janjikan syurga
Untukmu Mujahid Setia

0 comments

MOGA ALLAH KURNIAKAN KESEMBUHAN

Seusai solat fardhu Isyak semalam , aku terima panggilan telefon daripada kak mar . Ku ajukan persoalan akan tujuannya menelefon aku pada waktu itu. Satu persatu ayat yang ditutur ku dengari dengan penuh kesungguhan dek network tidaklah seberapa bagus di dalam bilik ku itu.

Apa yang masuk ke gegendang telinga ku begitu menyesakkan perasaan ketika itu. Bapa sedang terlantar di hospital. Mulanya pada awal malam hari Khamis yang lepas , mengikut apa yang di khabarkan, bapa mula mengadu sakit perut dan tidak selesa. Di ikuti awal pagi semalam , bapa mengalami muntah-muntaah dan tidak lagi dapat bertahan. Oleh sebab yang demikian , bapa di hantar ke jabatan kecemacan (A&E) dan ditahan di wad. Mengikut laporan kesihatan yang diberitakan, kedua-dua buah pinggang bapa mengalami pembengkakan dan salah satunya terdapat batu karang. Beliau mungkin akan ditahan selama 2 hari bagi memudahkan pemeriksaan lebih lanjut dijalankan.

Teringat akan peristiwa yang berlaku kira-kira 6 tahun yang lalu. Sewaktu itu, aku berada di tingkatan 3 dan bakal berdepan dengan PMR. Terdetik di hati untuk bertanyakan khabar mak dan bapa di rumah. Aku capai gagang telefon awam. Talian berjaya disambungkan. Pagi itu aku dikhabarkan bahawa sudah beberapa hari bapa ditahan di hospital. Aku tidak seberapa ingat akan asbabnya. Tetapi seandainya tidak silap bapa diserang stroke ketika itu. Aku kembali ke asrama dengan air mata yang berlinangan. Pada waktu dan ketika itu, aku tidak melayani sahabat-sahabat yang lain malah lebih banyak mendiamkan diri dan menangisi akan ujian yang menimpa. Ku lebih banyak memanjatkan doa memohon kepadaNYA agar beliau dikurniakan kesembuhan.

" Ya ALLAH Engkau ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Engkau kasihilah meraka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami. Engkau kurniakanlah kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian yang Engkau timpakan"

Buat ayahanda , anakanda mu ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.

0 comments

Sekalung doa buatmu

6 Syawal yang lepas , genap setahun berlalu setelah perginya sahabat seperjuangan allayarhamah Siti Aisyah Bakri, ana dikurniakan kesempatan menziarahi pusaranya. Ditemani sahabat yakni Arnizah dan Mahyuni , kaki melangkah tertib memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut.

Arnizah dan Mahyuni cuba untuk mengingati pusara allayarhamah manakala ana cuma mengikuti dari belakang memandangkan mereka pernah ke sana sebelum ini. Kaki terus melangkah dan akhirnya kami tiba jua.

Rasa sebak di hati. Setahun berlalu dan satu persatu kenangan bersama terkenang kembali. Bacaan yasin kami mulakan dan doa kami sedekahkan. Tidak dapat berada lama di sana maka kami pun berlalu pergi. Meninggalkan pusara itu kembali sepi.

Telah berkata Altho' Khairani ra , "Rasulullah SAW lalu dalam suatu majlis yang penuh dengan gelak ketawa. Maka baginda bersabda : Campurilah majlismu dengan mengingat kepada sesuatu yang mengeruhkan kelazatan. " Mereka bertanya. " Apakah kelazatan itu?" Rasulullah menjawab, "Iaitu maut."

Anas ra berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Perbanyakkanlah mengingati mati. Sesungguhnya ia dapat menghapuskan dosa dan zuhud di dunia."

Rasulullah bersabda lagi: " Cukuplah mati sebagai perpisahan,"

Baginda bersabda lagi : "Cukuplah mati sebagai nasihat"

Akhirul kalam perbanyakkanlah mengingati mati.

0 comments

HANYA 30 HARI SETAHUN

Mari kita sama-sama merebut kelebihan yang ada di bulan yang mulia ini.

Saturday, November 20, 2010

Zikir Suaru-fil-Quran

Posted by ~pyda313~ at 20.11.10 0 comments

Monday, March 22, 2010

kenapa aku diuji?

Posted by ~pyda313~ at 22.3.10 0 comments
Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;"Kami telah beriman," sedagkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang dusta." Surah Al-Ankabut :2-3

Kenapa AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahu." surah Al-Baqarah:216

Kenapa UJIAN SEBERAT ini?
" Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." surah Al-Baqarah:286

rasa FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." surah ali imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman ! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." surah ali imran :200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" surah albaqarah:45 APA YANG

AKU DAPAT dari SEMUA INI?
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta merekadengan memberikan syurga untuk mereka..."surah At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." surah At-taubah:129

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI
"..dan jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah yusuf:12

Wednesday, January 13, 2010

BERLIAN DI DALAM DIRI

Posted by ~pyda313~ at 13.1.10 2 comments
Berlian adalah sejenis batu permata paling berharga yang terhasil lebih kurang 161 kilometer atau 100 batu di dalam bumi. Dalam bentuk yang asli , ia merupakan karbon yang paling pekat. Bagi menhasilkan berlian , karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan seberat 435 114 paetiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu yang tidak kurang daripada 752 darjag Fahrenheit bersamaan dengan 400 darjah celcius. Apabila kedua-dua tekanan dan suhu tidak mencapai yang disebutkan , berlian tidak terhasil. Sebaliknya yang terhasil adalah grafit yakni karbon yang lembut yang dapat dibeli di tepi jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir. Kebanyakan berlian yang ada pada hari ini terhasil di bawah bumi jutaan tahun dahulu dan menjadikan ia bahan mineral paling keras di muka bumi.

Manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih 18 % jasad manusia terdiri daripada karbon. Namun, berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis. Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu dia mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas diuji. Tanpa ujian, potensi dirinya tidak terserlah. Justeru , kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat ujian secara positif. Bagi setiap ujian di dunia seperti miskin , sakit, takut, dan bencana , terdapat lima perkara yang perlu disyukuri. Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin adalah :

1) Musibah dan kesakitan bukan kuasa yang menetukan jalan hidup. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita adalah Allah. Justeru ujian yang menimpa adalah kecil. Yang besar adalah kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.

2) Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Berhubung dengan ini , Imam Sahl bin Abdullah berkata , " Bersyukurlah kepada Allah kerana imanmu masih mantap. Sebaliknya , apabila syaitan memasuki hatimu dan merosakkan tauhidmu, maka apakah yang hendak kamu lakukan?" Umar al-Khattab berkata , " Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat. Pertama , ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredhaanNya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya. "

3) Berbanding akhirat, azab di dunia ringan dan sekejap. Tambahan pula, ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak tidak dapat dilakukan apabila berkaitan dengan azab akhirat.

4) Penderitaan itu adalah sebahagian daripada ketetapan Allah. Apabila ketetapan itu berlaku, berkuranglah ujian ke atasnya dan mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagian.

5) Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.

Umat islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik menerima ujian dalam hidup sebagai perkara biasa. Mereka menyedari ujian dalam kehidupan mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan. Antaranya dinaikkan darjat di sisi Allah. Imam Abu Daud meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud , " seseorang lelaki baginya satu darjat disisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya."

Kesusahan menyebabkan dosa-dosa diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dam Muslim , nabi berkata;" tidak ada satu musibah uang menimpa ke atas seorang muslim , sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan , kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan , sehingga duri terkena di badannya, melainkan ia menjadi kifarat bagi dosa-dosanya.

Justeru keredhaan dalam menerima apa jua ujian ke atas diri kita mampu menghasilkan berlian yang bersinar indah yang tidak ternilai tolok bandingnya di kalangan umat manusia.

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan" al-Insyirah: ayat 5-6
sumber : 7 formula individu cemerlang

Sunday, December 27, 2009

MUJAHID SETIA

Posted by ~pyda313~ at 27.12.09 0 comments
Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Hayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia
Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajalkan menjelang
Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Kerna Allah telah janjikan syurga
Untukmu Mujahid Setia

Friday, October 30, 2009

MOGA ALLAH KURNIAKAN KESEMBUHAN

Posted by ~pyda313~ at 30.10.09 0 comments
Seusai solat fardhu Isyak semalam , aku terima panggilan telefon daripada kak mar . Ku ajukan persoalan akan tujuannya menelefon aku pada waktu itu. Satu persatu ayat yang ditutur ku dengari dengan penuh kesungguhan dek network tidaklah seberapa bagus di dalam bilik ku itu.

Apa yang masuk ke gegendang telinga ku begitu menyesakkan perasaan ketika itu. Bapa sedang terlantar di hospital. Mulanya pada awal malam hari Khamis yang lepas , mengikut apa yang di khabarkan, bapa mula mengadu sakit perut dan tidak selesa. Di ikuti awal pagi semalam , bapa mengalami muntah-muntaah dan tidak lagi dapat bertahan. Oleh sebab yang demikian , bapa di hantar ke jabatan kecemacan (A&E) dan ditahan di wad. Mengikut laporan kesihatan yang diberitakan, kedua-dua buah pinggang bapa mengalami pembengkakan dan salah satunya terdapat batu karang. Beliau mungkin akan ditahan selama 2 hari bagi memudahkan pemeriksaan lebih lanjut dijalankan.

Teringat akan peristiwa yang berlaku kira-kira 6 tahun yang lalu. Sewaktu itu, aku berada di tingkatan 3 dan bakal berdepan dengan PMR. Terdetik di hati untuk bertanyakan khabar mak dan bapa di rumah. Aku capai gagang telefon awam. Talian berjaya disambungkan. Pagi itu aku dikhabarkan bahawa sudah beberapa hari bapa ditahan di hospital. Aku tidak seberapa ingat akan asbabnya. Tetapi seandainya tidak silap bapa diserang stroke ketika itu. Aku kembali ke asrama dengan air mata yang berlinangan. Pada waktu dan ketika itu, aku tidak melayani sahabat-sahabat yang lain malah lebih banyak mendiamkan diri dan menangisi akan ujian yang menimpa. Ku lebih banyak memanjatkan doa memohon kepadaNYA agar beliau dikurniakan kesembuhan.

" Ya ALLAH Engkau ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Engkau kasihilah meraka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami. Engkau kurniakanlah kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian yang Engkau timpakan"

Buat ayahanda , anakanda mu ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.

Thursday, October 22, 2009

Sekalung doa buatmu

Posted by ~pyda313~ at 22.10.09 0 comments
6 Syawal yang lepas , genap setahun berlalu setelah perginya sahabat seperjuangan allayarhamah Siti Aisyah Bakri, ana dikurniakan kesempatan menziarahi pusaranya. Ditemani sahabat yakni Arnizah dan Mahyuni , kaki melangkah tertib memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut.

Arnizah dan Mahyuni cuba untuk mengingati pusara allayarhamah manakala ana cuma mengikuti dari belakang memandangkan mereka pernah ke sana sebelum ini. Kaki terus melangkah dan akhirnya kami tiba jua.

Rasa sebak di hati. Setahun berlalu dan satu persatu kenangan bersama terkenang kembali. Bacaan yasin kami mulakan dan doa kami sedekahkan. Tidak dapat berada lama di sana maka kami pun berlalu pergi. Meninggalkan pusara itu kembali sepi.

Telah berkata Altho' Khairani ra , "Rasulullah SAW lalu dalam suatu majlis yang penuh dengan gelak ketawa. Maka baginda bersabda : Campurilah majlismu dengan mengingat kepada sesuatu yang mengeruhkan kelazatan. " Mereka bertanya. " Apakah kelazatan itu?" Rasulullah menjawab, "Iaitu maut."

Anas ra berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Perbanyakkanlah mengingati mati. Sesungguhnya ia dapat menghapuskan dosa dan zuhud di dunia."

Rasulullah bersabda lagi: " Cukuplah mati sebagai perpisahan,"

Baginda bersabda lagi : "Cukuplah mati sebagai nasihat"

Akhirul kalam perbanyakkanlah mengingati mati.

Sunday, August 30, 2009

HANYA 30 HARI SETAHUN

Posted by ~pyda313~ at 30.8.09 0 comments