0 comments

AIR MATA PENYUBUR HATI

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

0 comments

MINUM AIR DI WAKTU SAHUR DARI PERSPEKTIF PERUBATAN

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yangberpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.wbersabda yng maksudnya:"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannyawalaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikatberselawat atas orang-orang yang bersahur."Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsalain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawaRasulullah sa..w bersabda yang bermaksud:"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab)ialah makan sahur."Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahursehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebabcukuplah dengan hanya seteguk air.Apa Fungsi Air kepada kita?Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasatidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telahdiketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w.. Dan sains perubatantelah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.Air dan Fungsinya.Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut danjuga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalampembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.Minum Air waktu SahurPenyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparupenting untuk pengawal aturan suhu tubuh.Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuhkebahagian lain; di mana perpindahan air inimenstabilkan suhu tubuh.

Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut,hormon dan koenzim.Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organtubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yanglain.Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekulprotein untuk membentuk satu enzim yang sempurna.Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindaksebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.Air LiurAir liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadarair liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran airliur yang rendah (kadar air liur rehat secara purataialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadiankaries (caries) kerana ia mengganggu pembuangansisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies* kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungiglukosa dan tidak ada sukrosa.Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liurmeningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi.Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuhsekaligus merupakan saranan yang saintifik.!Minum Air Waktu Sahur Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairanmengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut.Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumidi Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalamtanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masihhidupkerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada.Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaanyang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari titisan air dalam bumi.Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mestiada air.Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiaphari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melaluikulit,paru-paru dan najis.Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikanapa yang telah dikumuhkan.Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makananbasah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkansebagai air metabolik.Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakitdalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar.Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yaknisistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makanterlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurangmakan sayur dan buah-buahan.Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jusbuah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain dikedai.)

Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuhdibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahantoksid.Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka.Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi(dehyration)-kekeringan tubuh.Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasabersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuhhingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi danlain-lain penyakit.Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahanmakanan manis sedikit.Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsalain.Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.
__________________________________________________

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untukmencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."(Sahih Muslim)

0 comments

MENCARI SINAR RAMADHAN

Hari ini masuk hari ke-2 umat islam berpuasa, hari ini juga dia masih tidak dapat merasa apa yang dikatakan nikmatnya puasa di bulan ramadhan. Seperti kebiasaanya, selepas solat fardhu ayuni akan meluangkan masa untuk tadarus al-quran. Dia ingin menyempurnakan azamnya untuk khatam al-quran di bulan ramadhan ini. Dalam dia asyik membaca al-quran dan maksudnya sekali, tiba-tiba hatinya terasa sangat sayu . Dia memerhatikan maksud ayat yang dibacanya. Matanya tertancap kemas pada kitab suci dan di ulang- ulang bacaan surah Al-anfal ayat 2. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal. Ayuni bandingkan dirinya dengan golongan – golongan yang Allah kurniakan nikmat manisnya iman. Dia bermonolog sendiri.. Ya Allah jauhnya aku dari golongan yang Engkau ukirkan dalam Qalam-MU, bolehkah aku menjadi seperti mereka??????? Sedangkan mendapat keampunan-MU pun aku belum pasti bagaimana pula dengan mendapat keredhaan-Mu Ya Allah. Persoalan itu terus bermain di ruang kotak pemikiran ayuni sehinggalah dia disapa oleh sahabatnya, mashitah..
’’ ayuni, enti tak siap lagi ka? Kan kita ada kelas jam 2.00 petang ni, sekaraang dah pukul 1.40 ni?..
“Dah pukul satu lebih ka? Ana tak perasan pula.. syukran ya ukhti ingatkan ana.. “
Persolan yang tadinya sarat menampung di benak ayuni terkubur bersama kesibukannya untuk pergi ke kelas. Hari- hari berikutnya berlalu seperti biasa.. ayuni masih tidak dapat apa yang di inginkan. siang dia berpuasa jika tidak diberi “cuti”, masa lapangnya pula sibuk dihabiskan dengan membaca Al-quran dan malam pula dia sibuk bersama umat islam yang lain mengerjakan solat tarawih .

Di satu malam yang hening, dikala insan lain sibuk berulit dengan selimut di atas katil yang empuk, ayuni menggagahkan dirinya untuk bangun malam. Dia ingin bertaqarub dengan Allah yang Maha Esa. Malam itu juga dia ingin mencari apa yang belum ditemui di bulan ramadhan ini. Lebih dari separuh puasa telah ditunaikan oleh umat islam di seluruh dunia namun, hari-hari yang dilaluinya agak mengecewakan. Air matanya seperti di halang dari mengalir padahal airmata itulah yang dapat menyucikan hatinya yang di rasakan kotor.
Disingkapnya selimut yang menyaluti tubuhnya lantas lisannya lancar melafazkan syukur ke hadrat Allah. lafaz itu dituturkan atas kesedaran diri. Dia yakin dan pasti jika bukan kerana Allah sudah pasti dia masih seperti insan lain yang lena di ulit mimpi. Dia bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada dirinya untuk menyedut udara yang diberikan percuma oleh Allah. Dan dalam pada bibirnya lancar melafazkan syukur, terdetik di hatinya betapa selama ini bisa di hitung ucapan syukur yang terbit dari bibirnya itupun belum tentu kalimat itu meresap jauh ke dalam hatinya.
Dengan langkah yang penuh tawaduk, ayuni melangkah untuk menyucikan dirinya sebelum menghadap Sang pencipta, Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang. Selepas menunaikan solat sunat ayuni berteleku di hamparan sejadahnya. Menginsafi kekerdilan diri , mengakui kealpaan diri. Dia cuba untuk muhasabah dirinya kerna bagi ayuni itu juga adalah satu cara untuk melembutkan hatinya.
Dia cuba untuk meningati kembali segala aktiviti yang dilakukan sepanjang ramadhan ini. Selain daripada berpuasa, membaca Al-Quran, solat sunat terawih, ayuni juga sering menginfakkan tenaganya. Sepanjang ramdhan ni, banyak program-program islamik yang di ikutinya seperti program Ku Gapai Sinar Ramadhan dan Majlis berbuka Puasa bersama dengan anak-anak yatim. Namun baginya itu masih tidak mampu untuk memberi ketenangan pada hatinya.
Ayuni teringat ketika ditaklifkan sebagai fc program Ku Gapai Sinar Ramadhan, dia sangat sibuk sehinggakan dalam solatnya pun dia masih berfikir tentang agenda yang akan dilaksanakan sepanjang program. Dia sibuk mencari idea untuk menyentuh hati adik-adik dalam kumpulannya dan dia berasa gembira apabila methode yang digunakannya mampu mengalirkan air mata adik-adik kumpulannya.
Ya Allah rupanya di situlah silap ku. Aku sibuk melakukan kerja-kerja islam sehinggakan aku tidak khusyuk dalam solat ku Ya Allah. Aku sibuk menyentuh hati adik-adik supaya lebih dekat kepadaMu namun hatiku yang tidak tersentuh. Hatiku lalai dari mengingati Mu Ya Allah...
Manik-manik jernih mula bertakung di kelopak mata ayuni...
Ayuni teingat tafsiran surah hafazannya, surah As-saff ayat 2 & 3:
‘’ wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan, sangatlah besar kemurkaan disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan’’
Ya Allah, hamba menzalimi diri hamba Ya Allah..
Telah kau tunjukkan kasih sayang dalam QalamMu yang Suci..
Namun......
kerna kejahilan hamba , peringatan yang kau turunkan hamba abaikan..
Kerana kelemahan hamba taubat yang dahulu hamba pohon darimu hamba lupakan ...
Hinanya hamba Ya Allah...

Ya Allah pemilik hati hamba-hambaNya
Hamba menadah tangan yang engkau kurniakan untuk memohon keampunan dariMU
Terimalah taubat hamba..
Janganlah kerana dosa hamba yang lalu Engkau abaikan hamba Ya Allah...
Jangan biarkan hamba sendiri yang menentukan jalan hidup hamba..
Hamba lemah tanpa bantuanMu ya Allah..
Akhirnya empangan airmata ayuni pecah dan manik- manik jernih mengalir deras menuruni pipinya... tembok-tembok keegoan seorang hamba runtuh di hadapan Allah yang Maha Esa. Sang Pencipta yang maha Agung.
Ayuni merasa bebanan perasaan yang dihadapinya berkurangan di bawa bersama titisan airmata taubat seorang hamba....... Dalam sendu ayuni melafazkan syukur.
Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah kerana Engkau masih beri hamba peluang untuk hamba mengalirkan Airmata yang Engkau sukai........................

0 comments

KURA-KURA DALAM SANGKAR

Apa pula la kaitan yang ana nak sampaikan ni ngn kura-kura ya. Takdenya kura-kura kat dalm sangkar. Burung ada la kan.hehe . Tak ada pa2 la,just nak gtau ada 2ekor kura-kura yang jadi binatang peliharaan ana kat dalam bilik ni ha.Kalau student lain mungkin ada yang pelihara arnab,kucing, hamster dan ikan kan. Tp mungkin ada jg y plihara kura2. Dari matrik lagi tergerak nak pelihara sumting tp alhamdulillah ALLAH bagi peluang untuk ana menjaga 2ekor kura-kura yang berwarna hijau(ada ka kura-kura warna len?hehe) ni pada semester ni.
Bila da pelihara kura-kura ni tak hairan la kalau kena mengadap kura-kura ni hari2. Before tido tengok dia, bangun dari tido tengok dia, nak pegi lecture pun tengok dia lagi. Besa la 2,da ana letak kat meja study, memang la slalu nampak. Lain la kalau letak kat dalam laci atau bawah katil ek..
Bila tgk kura2 ana yang semakin membesar ni ana kadang terfikir ,kecian gak dorg ni. Dah la kena hidup b’2 dalam 1 bekas yang kecik. Nak rebut2 makan pla tu. Ptutla yang sekor ni dah beso y sekor g macam terbantut ja pembesarannya. Bukan ana yang kedekut taw. Ana cuba yang terbaik tuk berlaku adil,so jangan pla ana yang dpersalahkan dlm hal ini^_^.
Tapi itu la realiti dalam kehidupan kita kan. Sapa yang b’usaha pasti akan dapat apa yang dhajati. Tapi kita kena yakin setiap pa2 yang kita perolehi semua dengan izinNYA. Begitu juga dalam kehidupan kita ni, ada insan yang dikurniakan kesenangan dan tak kurang juga insan-insan yang di uji dengan kesusahan. Memang ALLAH itu adil kerana setiap perkara dalam dunia ni dijadikannya berpasang-pasangan. Ada yang hidup senang dan ada pula yang hidup susah, malam dan siang, bulan dan bintang, pasang dan surutnya air laut, ada besar dan ada yang kecik (macam kura-kura ana tu) dan sebagainya. Bayangkanlah jika semua umat manusia di dunia hidup senang, kepada siapa kita nak bersedekah dan beramal jariah?
Jika kita ini berasal dari kluarga yang senang maka di bulan Ramadhan ni lah kita sepatutnya menjadi insan yang sangat pemurah. Pemurah dengan senyumannya tak kurang juga pemurah untuk menginfakkan rezeki yang kita ada kepada indan-insan yang lebih memerlukannya. Dalam hidup yang singkat ni kita tak boleh just mementingkan diri sendiri sehingga kita tidak ambil peduli langsung dengan insan yang berada di samping kita. Susah senang perit jerih mereka sape yang nak ambil kalau bukan kita. Manala tau jika suatu masa nanti ALLAH tarik nikmat yang dikurniakanNYA kepada kita, dan kehidupan kita pula yang terhimpit dengan kesusahan. Jadi janganlah kita berkira-kira dalam beramal ibadah ni. Ajal maut di tangan TUHAN. Andai ini Ramadhan kita yang terakhir. Apa lagi bekalan kita?

Justeru ,di bulan Ramadhan yang mulia ni la kita jadikan titik tolak buat diri kita supaya menjadi insan yang lebih peka terhadap insan2 di sekeliling kita. Keluarkanlah walaupun sekecil mana pun infak kita, kerna bukan pandangan manusia yang kita pinta tapi redha ALLAH semata-mata.

Sedar tak sedar kita da hampir di pertengahan ramadhan. Sebelum ramadhan melabuhkan tirainya sama2lah kita tingkatkan amal ibadah kita.
Rasulullah SAW bersabda “barangsiapa menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada ALLAH, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

1 comments

GARA-GARA NAK BUKA POSE AWAL

Teringat pla kisah ramadhan time ana kat sekolah menengah dulu. Besala budak asrama ni, bila ramadhan tiba ramai la yang akan turun awal ke dewan makan utk mengambil juadah berbuka pose. Ana ngan sahabat-sahabat pun x kurang hebatnya..
Tersebutla kisah pada suatu hari di bulan ramadhan time ana form 5 dulu. Semua pelajar da siap2 duduk berkumpul kat meja di dewan makan. Semua tengah asyik dengan cerita masing-masing. Tak kurang gak ngan pelajar yang agak lewat datang dan masih beratur utk mengambil lauk yang agaknya da nak abes tu..
Sedang asyik semua leka bercerita, tetiba ja kedengaran azan berkumandang. Lantas berdiri seorang wakil muslimin mengetuai bacaan doa berbuka pose. Semua menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca tadi. Semua nampak gembira ja bila menjamah makanan yang terhidang. Alhamdulillah, berlalu da detik-detik kelaparan. Ramai yang mengamalkan sunnah NABI dengan memakan 3biji kurma terlebih dahulu.
Sedang asyik menjamah makanan, AZAN YANG DIKUMANDANGKAN TADI BERHENTI DI PERTENGAHAN..masa tu suasana dewan makan da jadi riuh rendah..”Aik napa pla tiba2 stop azan ni?”kedengaran suara sahabat di meja sebelah. Tangannya penuh dengan nasi yang bakal menjadi suapan yang entah kali berapa.
“La belum masuk waktu lagi ni. Ada beberapa minit lagi” kata seorang sahabat yang duduk di sebelah ana. Astaghfirullah. Macam-macam yang di buat oleh sahabat-sahabat dan juga junior-junior ana time 2. Ada yang teruskan ja makan dan ada pla yang terus berhenti..
Ana pla??
Alhamdulillah, ana ngan sahabat-sahabat yang duduk semeja tak makan time 2. Teringat ngan pesanan ustaz agar menghormati azan dahulu baru berbuka.^_^
Tak lama selepas tu, barulah azan maghrib dikumandangkan sekali lagi.
Hari 2, telah menjadi tanda tanya di kalangan pelajar-pelajar sape ka gerangannya insan yang bertuah yang telah melaungkan azan itu???
Cite ni ada sket yang TERUBAH dari situasi sebebar..

0 comments

puasa memberi kekuatan dalaman

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagaisenjata orang Islam dan pada ketika yang laindiibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yangberpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah.Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seoranghamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkanmanusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadapperancangan Allah.
Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allahjua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapatmengatasi qadak dan qadar Allah.
Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoahinggakan disebut dalam satu hadis bahawa merekatermasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akanditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintahyang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka danorang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami disini latihan jiwa hasil daripada puasa akanmenyebabkanmanusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekatkepada Allah doanya mudah diperkenankan.
Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan sajaakan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinanbahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yangtelah ditentukan Allah adalah yang terbaik untukdirinya.
Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahaiMuhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doaorang yang meminta kepada Ku.''
Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pastiakandimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akanmengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orangyang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut caraAllah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia.Kadang-kadang perancangan Allah sama denganperancangan orang yang meminta kadang-kadang iaberbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allahmemberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.
Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untukorang yang taat melakukannya tetapi ia menambahkekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasaadalah antara manusia dengan Allah.Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkintiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam dirisendiri dan kepada Allah.Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kitabertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita.Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t.sendiri yang akan membatas pahala orangyang berpuasa.
Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihanberlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahananmental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahamibahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerjabukanlah kerana makan saja tetapi keranakeyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadipenggerak kepadanya.
Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yangberlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orangIslam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabatboleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan duapuluh orang hanya kerana keimanan yang jitu padaAllah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuhyang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yanglapar dan sedikit jumlahnya.
Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diriorang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskanpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supayakekuatan rohani ini berkesinambungan.
Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebihdirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orangIslam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melaluipuasa Rejab dan Syaaban.
Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain.Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan danpemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yangterkandung daripada keberkatannya mereka akan memohonsupaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikitbagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadanialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untukmeraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripadapersiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untukpuasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.
Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnyamembuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuatkebajikan dan menambah ibadat.
Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akansanggupsama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Palingtidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmatijuadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yangdisedekahkan oleh orang ramai.
Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalahterletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohanidan jasmani.Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akalmenjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani danjiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikalbadan pula mendapat ketahanan melalui puasa.
Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yanglain.Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebihmerupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diriseseorang. Ia berupayamemberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

Wednesday, September 24, 2008

AIR MATA PENYUBUR HATI

Posted by ~pyda313~ at 24.9.08 0 comments

Friday, September 19, 2008

MINUM AIR DI WAKTU SAHUR DARI PERSPEKTIF PERUBATAN

Posted by ~pyda313~ at 19.9.08 0 comments

Friday, September 12, 2008

KURA-KURA DALAM SANGKAR

Posted by ~pyda313~ at 12.9.08 0 comments

Posted by ~pyda313~ at 12.9.08 1 comments
Teringat pla kisah ramadhan time ana kat sekolah menengah dulu. Besala budak asrama ni, bila ramadhan tiba ramai la yang akan turun awal ke dewan makan utk mengambil juadah berbuka pose. Ana ngan sahabat-sahabat pun x kurang hebatnya..
Tersebutla kisah pada suatu hari di bulan ramadhan time ana form 5 dulu. Semua pelajar da siap2 duduk berkumpul kat meja di dewan makan. Semua tengah asyik dengan cerita masing-masing. Tak kurang gak ngan pelajar yang agak lewat datang dan masih beratur utk mengambil lauk yang agaknya da nak abes tu..
Sedang asyik semua leka bercerita, tetiba ja kedengaran azan berkumandang. Lantas berdiri seorang wakil muslimin mengetuai bacaan doa berbuka pose. Semua menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca tadi. Semua nampak gembira ja bila menjamah makanan yang terhidang. Alhamdulillah, berlalu da detik-detik kelaparan. Ramai yang mengamalkan sunnah NABI dengan memakan 3biji kurma terlebih dahulu.
Sedang asyik menjamah makanan, AZAN YANG DIKUMANDANGKAN TADI BERHENTI DI PERTENGAHAN..masa tu suasana dewan makan da jadi riuh rendah..”Aik napa pla tiba2 stop azan ni?”kedengaran suara sahabat di meja sebelah. Tangannya penuh dengan nasi yang bakal menjadi suapan yang entah kali berapa.
“La belum masuk waktu lagi ni. Ada beberapa minit lagi” kata seorang sahabat yang duduk di sebelah ana. Astaghfirullah. Macam-macam yang di buat oleh sahabat-sahabat dan juga junior-junior ana time 2. Ada yang teruskan ja makan dan ada pla yang terus berhenti..
Ana pla??
Alhamdulillah, ana ngan sahabat-sahabat yang duduk semeja tak makan time 2. Teringat ngan pesanan ustaz agar menghormati azan dahulu baru berbuka.^_^
Tak lama selepas tu, barulah azan maghrib dikumandangkan sekali lagi.
Hari 2, telah menjadi tanda tanya di kalangan pelajar-pelajar sape ka gerangannya insan yang bertuah yang telah melaungkan azan itu???
Cite ni ada sket yang TERUBAH dari situasi sebebar..

Friday, September 5, 2008

puasa memberi kekuatan dalaman

Posted by ~pyda313~ at 5.9.08 0 comments