1 comments

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

Hari ini kaum India sedang meraikan hari perayaan mereka yakni deepavali..Dari kecil lagi telah ku dengari perihal perayaan ini..banyak pendapat yang bertandang di gegendang telingaku..bolehkah kita sama2 menyambut perayaan mereka ni(bukan setakat deepavali..perayaan lain pun sama jua)..ya la hidup dalam masyarakat majmuk la katakan..

antara pandangan yang ku perolehi..

link pada blog ustaz nasrudin tantawi = ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

pendapat anda pula???

0 comments

GOLONGAN SYABAB

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.

Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).

Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:
Syarat Pertama

Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.
Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua

Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.
Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

Syarat Ketiga

Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.

Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Syarat Keempat

Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.

Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).
Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dan ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.

Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.
Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).

Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah.

0 comments

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYYAH HARAKIYAH

Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina si atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.

Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.

Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.

Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan cirri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.

Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunayi beberapa cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara cirri-ciri tersebut ialah:

1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.
Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.

3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.

4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.

5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:

a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam

b.Sejauh mana pula konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam

c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan.

Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami). Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam danhajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.

0 comments

SESI PENGENALAN CALON MPP

Isnin yang lepas 20 Oktober 2008 bermulanya sesi pengenalan calon-calon umum MPP di kolej kediaaman AB dan CD. Diikuti dengan kolej kediaman IP dan KF pa keesoakan malamnya. Suasana yang begitu hangat dapat dirasai oleh segenap residen kolej-kolej kediaman. Lebih meriah lagi apabila melihat para penyokong calon bersorak bagi memberi semangat juang buat mereka yang melontarkan manifesto mereka.
Cukup tertarik dengan tema orange pada pilihan raya kali ini. Orange memperlihatkan kepada kita semangat dan harapan yang begitu menggunung tinggi dan melangit luas di kalangan mahasiswa yang mendambakan perubahan yang positif pada kepimpinan MPP sesi akan datang.
Buat calon-calon yang bertanding, berjuanglah bukan kerana wang, berjuanglah bukan kerana ingin dijulang, berjuanglah bukan kerana ingin dipandang, berjuanglah bukan kerana inginkan kepopularitian, berjuanglah bukan kerana ingin menjadi sebutan, tetapi berjuanglah demi mempertahankan hak-hak mahasiswa agar menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Perbetulkan niat. Moga dipermudahkannya.

0 comments

3 KEKUATAN KITA

1) Kekuatan akidah Islamiyah.

Akidah adalah kepercayaan yang tetap di dalam hati. Daripadanya manusia memahami dan membina kehidupan. Benar akidah, luruslah kehidupan dan tindakan manusia. Salah akidah, terpesonglah kehidupan dan tindakan manusia.
Akidah kita adalah akidah Islam. Akidah Islam adalah benar. Ia benar kerana Islam adalah daripada Allah, tuhan yang mencipta kehidupan ini. Allahlah pemilik hujjah yang benar dan hakiki. Justeru Islam adalah diselubungi hujjah yang membenarkan kebenaran.
Oleh kerana hanya Islam diperakui Allah sebagai ugama di sisiNya, maka agama dan kepercayaan selain Islam adalah batil. Ia batil kerana ia bersumber bukan daripada Allah yang maha mengetahui segala - galanya mengenai kehidupan ciptaanNya ini, bahkan ia bersumberkan selainNya yang tiada kekuasaan sedikit pun sepertiNya. Oleh kerana sumber ugama selain Islam adalah lemah, maka ia dengan sendirinya adalah ugama yang batil, lemah dan tanpa hujjah.
Manusia menjadi gembira, mulia dan gagah apabila memiliki kebenaran, hak dan hakikat. Mereka menjadi kuat, mulia dan berani demi mempertahankan sekeping wang kertas hasil titik peluhnya sendiri berbanding si pencuri untuk mempertahankan 1000 keping wang kertas yang dicurinya.
Kita menjadi gagah, mulia dan berani kerana kita memiliki akidah yang benar ini. Orang kafir adalah lemah, takut dan hina kerana akidah mereka adalah lemah dan batil. Keberanian kita adalah betul dan abadi. Keberanian yang lahir daripada orang kafir adalah tipu daya, sia - sia dan sementara. Ini kerana kita mempertahankan hakikat dan kenyataan, sementara mereka hanyalah mempertahankan kebatilan dan bayang - bayang.
Dengan kekuatan inilah RasuluLLah sallaLlahu alaihi wasallam membentuk para sahabatnya radhiaLlahu anhum yang pertama. Mereka dalam sekelip mata berubah menjadi kumpulan paling gagah dan kuat di Kota Mekah walaupun dipenuhi segala kekurangan selain akidah yang benar yang ditanam oleh RasuluLlah di dalam hati mereka. Kekuatan mereka terbukti dengan keengganan mereka tunduk kepada kekuatan jahiliyah yang memaksa mereka menukar kebenaran yang baru dimiliki dengan kebatilan akidah lama yang telah mereka tinggalkan.
Justeru akidah adalah kekuatan utama dan pertama umat Islam sepanjang zaman. Justeru ia mestilah dipelihara keaslian dan ketulenannya. Kerosakan di dalam mewarisi akidah Islam akan mencetuskan fenomena kelemahan dan kehinaan ke atas umat Islam. Apabila akidah Islam bercampur aduk di antara pengajaran Allah dan pengajaran manusia, maka ia menjadi palsu dan tidak lagi tulen. Apabila begitu, maka hilanglah sengat utama dan pertama umat Islam.
Kita mestilah menjaga keaslian akidah kita dengan sentiasa menilai dan menolak campur aduk yang tidak diizinkan. Maka menjadi kewajiban pertama kita untuk mengenali akidah yang benar dan sahih sebagaimana wajib mengenal kerosakan dalam akidah.
Dengan akidah yang benar, maka kekuatan kita adalah benar, betul dan abadi. Dengannya kita menjadi mulia dan diredhai Allah.

2) Kekuatan Ukhuwwah Islamiyah

Persaudaraan adalah tali yang mengikat antara manusia. Persaudaraan menyatukan di antara individu dan mengelak perselisihan sesama manusia. Oleh kerana manusia perlu bersatu demi kehidupan yang harmoni dan bahagia, pelbagai ikatan digunakan demi mengukuhkan persaudaraan dan penyatuan.
Ikatan darah, keturunan, bangsa, kabilah, warna, pangkat, negara, geografi malah ideologi manusiawi adalah pilihan manusia untuk hidup bersatu. Tetapi alangkah sempit, sukar dan putusnya penyatuan berdasarkan ikatan - ikatan tersebut. Kulit hitam tidak boleh disatukan dengan kulit putih selamanya kerana warna yang berbeza. Begitulah yang lain.
Kegagalan menyebabkan manusia berpecah. Perpecahan menyebabkan manusia dan kehidupan menjadi lemah dan kucar - kacir.
Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah kekuatan kita. Ia adalah ikatan agama. Ia adalah ikatan berteraskan akidah yang benar dan sahih. Manusia muslim disatukan di dalam kepercayaan yang dibekalkan tuhannya sendiri.

Persaudaraan Islam berbeza dengan yang lain daripada dua sudut:

Pertama, ia tidak dibatasi ikatan - ikatan sempit seperti di atas. Islam boleh dianuti semua manusia tanpa kecuali. Islam adalah untuk semua.

Kedua, ia adalah ikatan di atas ugama yang benar. Ugama dan ideologi lain yang menjadi asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.

Persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran ugama bahawa manusia adalah hamba kepada tuhan yang satu. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu harapan dan satu matlamat. Jalan menuju Allah adalah lurus. Kelurusan hala tuju akan mengelak pertembungan.
Kemudian, umat Islam disatukan melalui rujukan yang sama iaitu al Quran dan ar rasul dan juga ibadah yang sama iaitu rukun Islam yang lima. Begitulah pengajaran Islam telah membina landasan yang betul ke arah penyatuan umat Islam.
Umat Islam bersatu kerana mereka diarah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong umat Islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar.
Justeru lahirlah sifat - sifat mulia yang menjadi medium ke arah kesatuan seperti nasihat, ta’awun, hikmah, lembut, sabar, berani, lapang dada dan lain - lain lagi. Juga hilanglah sifat - sifat buruk yang mendorong perpecahan seperti angkuh, kikir, kasar, keras, keluh kesah, penakut, sempit dada dan lain - lain lagi.
Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiyah inilah RasuluLlah telah membentuk barisan sahabatnya yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke Madinah. Begitulah talian - talian dan ikatan - ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan kekuatan ukhuwwah Islamiyah.
Justeru kita menjadi kuat dan gagah. Kesatuan kita adalah diibarat sebuah bangunan yang kukuh, saling menyokong di antara komponennya. Atau seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, ia turut ditanggung oleh semua anggota yang lain.
Kita mestilah menjaga dan memperkukuhkan persaudaraan Islam ini. Ia adalah asas yang menjadikan kita gagah dan dihormati semua manusia. Kita mestilah menjauhi perkara - perkara yang memungkinkan kekeruhan, ketegangan dan kepanasan berlaku atas sebab - sebab yang kecil atau tidak benar. Kealpaan dan kelalaian di dalam menjaga kekuatan ini pasti akan menjebakkan kita kepada perpecahan yang dimurkai Allah.

3) Kekuatan jihad Islami

Jihad Islami adalah kemuncak amal Islami. Tanpanya Islam takkan ke mana di bumi ini. Tanpanya tiada matlamat akan dicapai dan tiada harapan menjadi kenyataan.
Jihad adalah bersungguh - sungguh menuju Allah. Bersungguh - sungguh dengan segala kudrat tubuh dan kepunyaan untuk mencapai apa yang dituntut Allah. Kesungguhan jenis inilah yang mencipta kekuatan yang maha agung yang tak tersaing oleh segala kekuatan selainnya.

Setiap muslim dituntut mencapai dua matlamat:

1) Matlamat duniawi: Menegakkan khilafah Islamiyyah di muka bumi. Ia bererti agama Islam mestilah menang dan menguasai seluruh agama dan ideologi manusiawi di dunia ini.

2) Matlamat ukhrawi: Memperolehi ridha Allah dan syurgaNya. Ia bererti segala urusan muslim di dunia ini hendaklah dengan niat memperolehi ridha Allah semata - mata.

Ia adalah matlamat yang besar yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan kesungguhan yang memuncak. Kesungguhan atau al jihad inilah yang mencipta kekuatan kepada umat Islam. Dengan kekuatan inilah lahirnya peribadi - peribadi Islam yang unggul di dalam ilmu dan akhlak. Dengan kekuatan ini jugalah agama Islam akhirnya tersebar ke seluruh dunia.
Oleh kerana Islam adalah ugama yang menyeluruh dan meliputi semua aspek dan sektor kehidupan, maka cabangan jihad adalah luas seluas kehidupan ini. Oleh kerana Islam membina, memajukan dan memberkati semua urusan kehidupan, maka Islam menganjurkan jihad di semua bidang demi keunggulan Islam dan kehidupan manusia di dunia ini.
Jihad agung menentang tentera kuffar difardhukan selepas RasuluLlah berhijrah ke Madinah. Dengan kefardhuan inilah kekuatan barisan muslimin menjadi semakin nyata dan menggerunkan musuh. Pembukaan Kota Mekah adalah kemenangan yang merongkai segala kekusutan terhadap kekuatan Islam untuk menguasai dunia.
Dengan panji al jihad al islamilah Islam bergerak maju menyebarkan dan menguasai dunia dan peradabannya.
Justeru jihad difardhukan dan berterusan sehinggalah hari kiamat. Tiada umat yang meninggalkannya kecuali akan ditimpa kehinaan. Tiada umat yang memakainya kecuali akan dikurniai kekuatan dan kemenangan.
Kita mestilah menjadi mujahidin menegakkan ugama Allah. Kita mestilah memiliki ciri - ciri pejuang Islam yang gagah berani demi melengkapkan barisan tentera Islam menuju kemenangan.
Inilah 3 kekuatan kita. Inilah sumber kita dan inilah kita.
Sesudah kita memahami ini, kita akan lebih mudah untuk memahami tuntutan - tuntutan yang perlu kita laksanakan sebelum kita boleh senyum dan mendabik dada bahawa kita telah melaksanakan kewajiban di sisi Allah.
kita tidak dapat tidak selain membina akidah dengan betul. Jika tidak ia adalah kekuatan yang sementara dan sia - sia. kita mestilah berusaha menyatukan saf pejuang Islam dan jangan menjadi punca atau batu api yang memecahkan kesatuan jamaah dan perjuangan Islam. Jika tidak ia akan melemahkan kekuatan Islam dan menghilangkan kehebatannya di sisi musuh. kita mestilah pula menjadi mujahid agama ini dalam bidang yang dimudahkan Allah untuk kita. Jika tidak kekuatan Islam akan hancur bercempera serta mudah dilumpuhkan oleh musuh.
Kita sentiasa di ambang kemenangan jika kita sudah bersedia dengan 3 kekuatan ini. Selamat berjuang!

DIPETIK DARIPADA nikabduh.wordpress.com

0 comments

Mursyidul Am PAS diundi 'paling dihormati' dalam 'poll' iluvislam.com

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Oct 15, 08 12:19:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat undi tertinggi bagi undian 'Siapa Yang Paling Anda Respek?' yang dibuat dalam satu laman web, iluvislam.com.

Undian setakat 12 Oktober 2008 menunjukkan, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menerima 478 pencalonan daripada 599 pengundi.
Sementara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Babdawi pula menerima sejumlah 68 undian iaitu dengan 11 peratus sementara Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerima 51 undi dengan 9 peratus.
Paling kurang mendapat undi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menerima hanya dua undi setakat hari ini. - mks. _

0 comments

BERNIAGA UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM

Adakah anda mengenali lama web iluvislam.com?? buat pengetahuan sahabat-sahabat iluvislam.com sedang dalam misi menyampaikan dakwah dengan penjualan badge-badge seperti yang tertera di bawah.

Jika anda berminat bolehlah berhubung dengan ana di talian 0195312572 bagi membuat tempahan..msg ini di tujukan khas buat mana2 sahabat yang berminat untuk membuat jualan..INSYAALLAH moga usaha kita diredhaiNYA..

wakil iluvislam ums ^_^

3 comments

BAJU LABUH UNTUKMU MUSLIMAH

Salam buat sahabat-sahabat yang di kasihi..INSYALLAH baju labuh seperti dalam gambar di bawah akan sampai tidak lama lagi..kawan ana kirim dalam 100 helai termasuk design di bawah dan design baru INSYAALLAH..
BIRU-BIRU TUA

COKLAT-PUTIH

HIJAU-HITAM

KUNING-HITAM

ORANGE-KUNING
HARGA=RM32

0 comments

INDAHNYA UKHUWWAH

Beberapa hari berlalu ku rasakan begitu berbeza sekali berbanding hari-hari sebelum ini. Kehilangan seorang sahabat baru pertama kali kurasai. Begitu pedih sekali. Ku ambil buku yang bertajuk “ Apa erti saya menganut agama Islam”. Kutemui kertas kecil berwarna berwarna kuning di hadapannya. Ya ALLAH. Itu tulisan tanganmu sahabatku. Pesanan yang kau berikan tatkala kau ditaklifkan sebagai ajk pendaftaran bagi program IHYA KEMERDEKAAN. Takkan ku miliki lagi pesanan darimu. Takkan kujumpa lagi tulisan dari gerak jari-jemarimu.
Siti aisyah Bakri..sehingga kini namamu menjadi tajuk perbualan di kalangan sahabat-sahabatmu.

Sabda Rasulullah SAW:
“ sesiapa yang ALLAH ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya ALLAH mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa ia memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya.”
Begitu kau dihargai setelah perginya dikau dari dunia fana ini. Walaupun mungkin ada insan lain yang bernama Siti Aisyah Bakri. Namun pasti tidak akan sama dengan dirimu yang ku kenali selama ini. Pergimu di kala kasih sayang di antara kita kian memekar indah. Sukar untuk ku luahkan betapa sedihnya hati ini. Setiap kali ku tatap kembali kenangan yang kita abadikan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain , aku pilu dan sedih. Air mata mengalir lagi buat kesekian kalinya. Indahnya ukhuwwah yang terbina jika disandarkan kerana ALLAH. Walaupun kini jauh di mata tapi di hati tetap takkan pudar buat selama-lamanya. Takkan ada penggantinya. Ku semakin mengerti untuk menghargai ukhuwwah yang terbina bersama sahabat-sahabat yang lain. Duhai sahabat, aku bukanlah insan yang sempurna. Punyai banyak kelemahan dan acap kali melakukan kesilapan. Janganlah sahabat meninggalkanku sendirian. Akan ku cuba sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang terbaik walaupun ku tidak mempu menjadi seperti para sahabat Rasulullah.

DOA RABITAH buat sahabat-sahabat seperjuangan.

“ Ya ALLAH , Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU , bersatu memikul beban dakwahMU. Hati-hati ini telah mengangat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar. Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentangMU. Jika ENGKAU mengtakdirkan mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMU. ENGKAULAH sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ini. “

p/s buat diriku yang selalu lupa dan juga buat sahaba-sahabat yang ku kasihi. Walaupun sudah beribu kali kita dengari namun kita insan biasa yang sering alpa dan leka.

Ingatlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara:
1) SIHAT sebelum SAKIT
2) MUDA sebelum TUA
3) KAYA sebelum MISKIN
4) LAPANG sebelum SEMPIT
5) HIDUP sebelum MATI
Mati itu pasti hidup INSYAALLAH..

0 comments

SAHABAT KAU PERGI DAHULU DARI KAMI

RAYA KE5
Kami melawat sahabat Siti Aisyah Bakri yang sedang kritikal di Hospital QE. ALLAH saja yang tahu betapa sedihnya aku tatkala menatap wajahnya. Langsung tidak dapat kukenali. Air mata tidak dapat kubendung lagi.
“ aisyah, dila dan pda datang ni.” kami berbisik ke telinganya. Tiada jawapan yang kami terima.
Malam tu lama juga kami berada di wad menemaninya. Kami balik sementara tiqah menawarkan diri untuk menjaga dia malam tu.
“tiqah baik-baik kat sini k. Pa2 hal bagitau kami” aku berpesan padanya.
Setibanya di bilik aku dan sahabat yang sama-sama menziarahinya menceritakan keadaan aisyah kepada sahabat-sahabat yang tak berkesempatan untuk pergi. Dan kami bercadang untuk melawatnya lagi esok.
Jam 11.30 malam aku masuk tidur.
RAYA KE 6
Dalam lenaku aku bermimpi.
“ pda kita kena ke hospital sekarang. Abang mursidi kata aisyah da.....” aku terbangun. Kulihat jam. Ya ALLAH baru jam 3.20 pagi ni. aku beristighfar dan tidur semula. Jam 4 lebih aku terjaga semula dan bangkit untuk bersahur. Aku ke bilik sebelah. Tatkala aku bersahur seorang diri aku terfikir akan mimpiku tadi. Alhamdulillah habis satu buras kumakan bersama dengan rendang. Aku kembali ke bilik dan menatap laptop. Tiba-tiba hansetku berbunyi. Panggilan dari tiqah kusambut.
“ assalamualaikum, tiqah knapa ni?” hanya suara tangisannya yang ku dapat dengar.
“ tiqah sabar ya. cakap perlahan-lahan k,” aku cuba menenangkannya. Dan di kala itu aku terfikir lagi mempiku tadi.
“ pda..aisyah dah meninggal dunia,” airmataku mengalir laju.
“ innalillah wa inna ilaihi rajiun. Tiqah sabar ya. kejap aku bagitau sahabat-sahabat yang lain.”
“ k. ana call mahyuni pula. “ perbualan kami tamatkan dan aku mesti segera ke hospital.
Aku ke bilik sebelah dan mengkhbarkan berita sedih ni kepada sahabat-sahabat lain. Mereka seolah-olah tidak dapat percaya sebab semalam aisyah berada dalam keadaan yang stabil. Kami solat subuh dan bergegas ke hospital. Masa tu belum ramai sahabat-sahabat yang sampai. Yaasin kami bacakan.
Segala proses diuruskan di hospital QE. Postmortem dilakukan bagi mencari punca kematian setelah keizinan diberikan oleh bapa aisyah.
Almarhumah dimandikan dan dikafankan di bilik mayat sebelum diterbangkan ke tawau bagi proses pengebumian. Segala kegembiraan raya bertukar menjadi sebuah kesedihan. Sahabat, walau kau pergi dulu, perjuangan akan kami teruskan. insyaALLAH pemergianmu memotivasikan diri kami dan mengingatkan kami ajal maut pasti akan tiba juga. ALLAH lebih menyayangi dirimu.
Memori kenangan kita bersama ku imbas kembali. Sebelum ramadhan tiba, engkau pernah berkata kepadaku dan ernah bahawa engkau suka bergerak kerja dalam perjuangan Islam. Dan engkau berjanji akan bergerak aktif. insyaALLAH tak nak balik ke rumah di kala cuti yang semata-mata ingin bersama sahabat-sahabat untuk berprogram bersama. Sahabat, bahagialah engkau di sana. Maafkan segala kekhilafan sepanjang perkenalan kita. .

0 comments

RAYA DATANG LAGI

RAYA PERTAMA
Aku bangun menunaikan solat fardhu subuh. Pagi raya ni aku tak dapat nak pergi menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri. Tolong akak kat dapur. Sejak mak kena strok kami la yang ambil alih kerja-kerja ni. mau ta mau aku terpaksa juga. Nak buat macam mana lagi. Dari rumah aku dapat dengar apa yang dibaca oleh imam. Takbir dilaungkan memuji ILAHI. Aku iri hati. Bukan rezekiku lagi tahun ni. abang alias aku pun sama juga tak dapat nak sembahyang raya. Tapi kes dia berbeza sikit dari aku dan kakakku. 2orang anaknya nak ikut sekali sembahyang raya. Memandangkan anaknya merangkap anak buahku ni sakit dan cuaca pagi yang agak panas, dia balik ke rumah. Kesian ngan abang. Terpaksa jadi ibu dan ayah pada masa yang sama. Kakak ipar masih belajar. Jadi terpaksa beraya di perantauan.
Lebih kurang jam 10 pagi, kak mar dan kuarganya sampai kat umah. Anak-anak buah sibuk dengan duit raya masing-masing. Siap minta dari aku pula tu.
“ macik, nak duit raya, “ adeh ada pula minta ngan aku. Aku pun nak duit raya juga.
“ macik kan masih belajar. Belum keja lagi. “ aku senyum ja ngan anak-anak buah ku. Sejak aku berumur 7 tahun aku da dapat title macik ni. adik aku yang bongsu lagi power. Dia sekarang 16 tahun. Anak buah aku yang pertama 13 tahun. Baru umur 3tahun da jadi pacik. Besalakan orang-orang dulu kawen awal. Kalau aku nak kawen sekarang ni msti kena kejar ngan parang oleh bapaku. Melampau pla kan. Hehe
Lepas zohor abang yang sulung ngan family pula bertandang ke rumah. Nampaknya rumahku da dipenuhi oleh anak-anak buahku. Tahun ni family abang ngan kakak mengenakan pakaian serba maroon pla. Aku pakai baju lama ja ni. baju time form 4 @ form 5 tak silap. Muat lagi ni.
Petangnya kami pergi beraya kat umah pacik n macik merangkap abang n adek pompuan bapaku. Baru 2 buah umah yang kami ziarah. Penatnya bukan main. Malam raya pertama ni, aku ngan kakakku tidur awal.

RAYA KEDUA
Hari raya kedua aku tak jalan ke mana-mana. Hari ni pun penat juga coz ibu bapa mertua abang alias bertandang ke rumah. Aku dan kakak macam biasala dok kat dapur sediakan juadah untuk di makan bersama nanti. Kebetulan pula kawan-kawan abang datang ke rumah. Bertambah la kerja. Tapi takpa. Besar pahala memuliakan tetamu.
Malam raya kedua ni aku tidur awal juga. Penat juga ni.

RAYA KETIGA

Alhamdulillah hari ni da berjanji nak beraya kat umah sahabat-sahabat. Pagi-pagi lagi aku siapkan kerja-kerja rumah. Jam 9 pagi kami berjanji untuk berjumpa kat bandar. Kalau orang-orang tawau bangunan Mara sentiasa menjadi pilihan untuk berkumpul beramai-ramai.
“ salam pda, ko kat mana da? Aku on the way da ni.” sms ku terima dari sahabatku arnizah.
“ salam, aku masih kat umah ni. ngah bersolek. Gurau ja. Jap lagi aku sampai sebab aku cadang nak naik teksi pagi ni. kalau naik bas aku takut lambat pula.” Smsnya ku balas
Setibanya di bandar tawau, dari jauh aku dapat lihat ar sedang berdiri di tepi bangunan mara. Walaupun cermin mata yang kupakai ni da bertambah degreenya, aku dapat juga kenal dia dari segi pemakaiannya. Bertudung labuh biru dan berbaju kurung biru. Tidak kulihat muslimat lain yang berada di situ mengenakan pakaian yang sama.
Aku berjalan menuju ke arahnya. Gembira bukan kepalang aku pagi ni. dapat jumpa dengan sahabat satu sekolah menengah dulu dan juga junior sekolah dulu. Walaupun nama dorang tak pernah ku hafal, tai muka dorang masih segar dalam ingatan. Sempat juga kami mengabadikan kenangan pada pagi itu dengan bergambar bersama-sama.
Tak lama kemudian seorang lagi sahabat dah sampai. Dah cukup semuanya ni. kami bertiga akan ke destinasi pertama kami. Umah fadilah. Sembang-sembang ngan sahabatku rini terpaksa dihentikan kerana kami mengejar waktu. Banyak juga rumah yang nak di ziarah ari ni. lagipun kami pergi dengan menaiki bas sahaja. Tak ada lesen pla nak driving. insyaALLAH akan datang.
Kami menaiki bas. Dan tiba di rumah fadilah lebih kurang setengah jam kemudian. Di umah fadilah kami dihidangkan dengan sup. Huhu. Memang sengaja tak makan pagi tadi. Nak melantak kat umah sahabat-sahabat hari ni. hehe.
Lama kami tunggu fadilah baru lah dia turun ke bawah.
“lamanya dil. Berkulat kami tunggu ni ha.” Tiqah mengusik. Kami makan bersama. Seperti biasa lensa kamera kami bercahaya lagi. Kami bergambar bersama sbelum beredar k e umah seterusnya. Alhamdulillah, abang dila nak hantar ni. save budget.hehe.
Umah berikutnya ni umah yun. Jauh gak masuk ke dalam kawasan kampung. Kalaulah aku pergi sendirian aku gerenti aku sesat. Nasib baik dila masih ingat lagi kat mana umah yun. Kat umah yun kami makan n minum lagi la. Biasala kalau raya ni, mesti penuh perut ngan kuih raya dan air minum. Aku habiskan 2 gelas air kat umah yun. Pa taknya cuaca panas sangat dan aku sememangnya tersangatla dahaga.
Tiba-tiba nsetku berbunyi.
“ pda, kami mau datang umah mu ni” sms ku terima dari sahabatku rini.
“ ba datng ja la. Tapi aku kat umah yun ni . datang waktu dekat-dekat asar ek. Turn umah ku masa tu.” Sms nya ku balas
Nset ku berbunyi lagi. Alamak kakakku ni.
“ berapa ramai kawanmu mo datang petang ni?”
“ lebih kurang 9 orang semuanya. Time asar gitu dorg sampai umah. Nanti aku confrimkan lagi k”
Kami beredar dari umah yun dan ke destinasi berikutnya. Umah ar. Jauh perjalanan kami ke bus stop. Kebetulan pula muslimun baru selasai solat jumaat. Alhamdulillah bas yang di nanti sampai juga.
Di rumah arnizah, kami sembahyang zohor berjemaah. Terik sangat cahaya matahari hari ni. kami makan sup lagi kat umah ar. K takpa, perutku masih ada ruang lagi ni.
Selesai makan kami bersiap-siap untuk beredar. Nah, kali ni turn umahku pla.
“ rien, datangla sekarang. Kami on da way da ni p umah ku. “ sms ku hantar.
Kami menaiki bas. Aku memandang ke luar. Jalan ni aku tak berapa familiar sangat. Dah lama tak ke sini. Aku menjenguk ke luar bagi memastikan kami berhenti kat tempat yang sepatutnya.
Setibanya kami di rumah, semua sahabat duduk kepenatan di kerusi. Dahaga sebab panas sangat. Air kuhidangkan.
“ pjuk, kamu di mana sekarang? Datangla sekarang. Kami kat umahku da ni” pjuk ku call.
“ kami di umah bobo ni. mo gerak da p umahmu. Jap lagi kami sampai.”
Nasi minyak dan lauk pauk kuhidangkan. Kesian kakakku masak sorang-sorang ari ni. tak lama lepas tu, ermah, pjuk, shar, rasmah ngan rini sampai. Kami makan bersama. Kebetulan kawan kakakku bertandang ke rumah juga waktu tu. Tp kejap ja la.
Kami solat asar berjemaah dan bergambar bersama. Lepas tu rini and the geng balik. Aku, dila, yun, tiqah ngan ar bertandang ke umah a.bubuk. alhamdulillah a.bubu tak da kat umah. Hehe. Dapat jumpa ngan kak jiah ja la.
Dari umah a.bubu, kami berpisah di depan umah ku. Mereka tak dapat ku hantar ke bus stop kerana pinggan mangkuk memanggil aku untuk di basuh. Banyak juga ni.
Alhamdulillah raya tahun ni dapat ziarah ke rumah sahabat-sahabat yang kusayangi.

RAYA KEEMPAT
Aku di umah ja ari ni. malam ni aku dah nak balik ums da. Time aku sedang syok basuh baju, sms ku terima.
“pda kami mo datang p umah mu. Datang minum-minum ja.” Waduh-waduh kaget aku di buatnya.
“ k datang la. Tapi aku tgh basuh baju ni” smsnya ku balas.
“ dlm 15minit baru datang ek.”ku reply lagi.
“ melampau juga ko b’msg smbil cuci baju,”
“kan di pusing juga,hehe”
Empat orang semuanya.mereka ku hidang ngan puding yang masih berbaki semalam. Akak buat banyak. Sememangnya mereka bertandang kejap ja.
Aku penat tapi gembira sangat-sangat cuti seminggu ni. malam ni dah nak balik ums dah. Nak kemas barang-barang dulu. Takut ada pula yang tertinggal.
MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN ATAS SALAH SILAP YANG PERNAH DILAKUKAN. 0-0 YER..

0 comments

HARI RAMADHAN TERAKHIR DAN ROKOK

Pagi ramdhan yang terakhir aku tidur selepas SUBUH. Ni la amalan yang tak baik tapi aku buat juga. Agaknya sebab terlalu letih kot. Pa taknya sejak tiba kat umah pagi ahad yang lepas, setiap ari aku ke bandar menemani kakakku membeli barang-barang persiapan raya. Tahun ni alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, jadi kakak dan abang share beli sofa dan peti sejuk yang baru.
Lebih kurang jam 7 lebih aku bangun da. Alhamdulillah adik lelakiku da siap menyapu. Bagus-bagus tak payah di suruh macam dulu lagi. Aku keluar ke beranda rumah untuk melihat suasana ramadhan terakhir di kampung. Namun pemandangan yang tenang itu dicemari pula oleh 4 orang remaja lelaki. Semuanya memakai t-shirt hitam dengan rokok di tangan. Rokok dihisap dan asapnya dikeluarkan.
Majoriti kat kampung aku ni muslim semuanya. Ni mesti tak puasa la ni. baru 4 orang yang aku jumpa tak puasa ni. pecah rekod. Kalau orang pompuan aku ble percaya la coz ada excuse. Tapi ni lelaki yang bakal jadi pemimpin sebuah keluarga kelak. Kalau sekarang ni tak boleh nak puasa penuh, nanti bila da ada family sendiri tak kan nak suruh anak bini join tak puasa sekali.
Merokok. Abang dan bapa aku dulu pun merokok juga. Sekarang ni bapa aku da tak merokok da. Sakit jantung. Mulanya nak berhenti tu memangla payah. Tapi kalau tak berusaha tak kan berhenti la. Banyak kesan merokok ni. Terutamanya pada sistem pernafasan.
P/s terhadap semua perokok. Berhentilah sebelum terlambat.
Tak dapat nak continue menaip. Mak dah panggil ni. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

0 comments

BALIK KAMPUNG

Petang sabtu aku dan 2 orang sahabat masih lagi berada di kediaman. Tuhan saja yang tau betapa boringnya kami masa tu. Bayangkan hanya tinggal kami bertiga. Sahabat-sahabat yang lain da terbang balik ke semenanjung. Awal dorang booking tiket. Selepas kelas tamat ja dorang da cabut lari. Tp takla berlari. Berjalan turun ke bawah dan naik van kalau tak silap la. Hmm, pa la nak di buat ni ya..
“kama, pa yang ko wat tu?? Brapa jam lagi kita jalan??adus aku tak tau da ni nak wat pa” aku menapak di bilik yang jauhnya selangkah perjalanan dari bilikku.
Tak tau nak buat apa, aku menapak kembali ke bilik. Aku mengambil sebuah buku dan menumpang kat katil kawan yang masih terpasang cadarnya. Takkanla aku nak pasang balik cadar aku semata-mata untuk satu jangka masa yang singkat.baru ja aku basuh semalam.hehe.
“iman, tumpang jap ek..”
Aku keseorangan di bilik. Sedang asyik membaca, tiba-tiba ja nset ku berbunyi..sms aku terima..
“ salam.pda, jana kat kuching ni. Flight ada masalah tadi. Terpaksa berhenti kejap kat kuching. Jam 4.30 nanti baru bertolak ke kk. Jana panik sangat tadi. Kapal macam tak dapat di kawal. Seorang peramugari cedera coz terhumban.” Antara isi kandungan sms yang ku terima
“salam jana..jana ok ka ni??” aku membalas.
“jana ok da. Tadi ja jana panik sangat. Jana rasa tangan peramugari tu patah kot.”
“ alhamdulillah baguslah jana dan penumpang lain selamat kan” dan sms tu ku teruskan. Moga-moga dapat menemani sahabat yang keseoranngan dalam perjalanan pulang ke papar. Kesian jana. Lewat la dia sampai ari ni.
Dalam diam aku berfikir sendiri. Kalaulah aku yang berada kat dalam kapal terbang tu, mesti aku da rasa ajal da nak tiba. Aku beristighfar.
Sedang asyik membaca dan ber’sms, mata semakin berat pula kurasai..dalam tak sedar ku tertidur pula.tak termasuk dalam perancanganku petang ni. Sebabnya aku nak tidur kat dalam bas nanti. Baru best jalan jauh.hehe
Petang itu terasa amat panjang buat kami bertiga. Akhirnya jam 7.30 malam kami turun kat bus stop. Bas yang dijanjikan akan datang jam 7.30. biasala kalau da berjanji ni, jarang ditepati. Kami bertolak dari UMS lebih kurang 8.30 malam. Biarpun lambat, alhamdulillah. Boleh juga bertolak balik kampung dengan hati yang girang. Berbanding dengan kakak yang masih berada kat semenanjung, tak dapat balik beraya coz harga tiket yang mahal.
Aku tertidur akhirnya walaupun pada mulanya aku asyik melihat pemandangan malam di bulan puasa. Tak pernah keluar jalan jauh di sepanjang bulan yang mulia ni.
Dalam lenaku, tiba-tiba nset berbunyi. Bas da berhenti kat kundasang. Rupa-rupanya kak dayah miskol ja tuk kezutkan diriku ini yang sememangnya kuat tidur kalau dalam bas.
Bas ada masalah sikit malam tu. Mungkin tayar atau enjin yang bermasalah sehingga mengeluarkan bau yang tak menyenangkan. Kami turun dari bas. Dan kesempatan itu aku gunakan untuk membeli tomato dan cendawan bagi memenuhi permintaan kakakku. Beli ja la.
Lama juga kami terkandas kat kundasang. Angin bertiup kencang malam tu menambah kedinginan di bumi kundasang ni.
“ mak cik tak sejuk ka??” aku bertanya kepada mak cik tempat aku membeli sayur.
“ tak la. Da biasa nak,” kebalnya kulit mak cik ni ya. aku senyum ja ngan mak cik tu.
Dekat sejam juga kami duduk-duduk kat kundasang tu. Nasib baikla malam, tak berani nak jalan jauh-jauh.
Perjalanan kami teruskan lagi. Kali ni aku tak dapat nak tidur. Pa taknya, lagu-lagu rock pula yang dipasang oleh pemandu bas ni. Kan sekarang ni bulan ramadhan. Kalau tak nak pasang nasyid pun, pasangla lagu-lagu raya ka. Kami ni nak balik kampung ni pak cik. Tak pa la. Biar aku cuba ja dulu untuk tidur. Penumpang-penumpang lain agaknya dah tidur ni. Senyap ja.
“ ar, aku xboleh tidur la. Lagu rock macam ni, sakit kepala ku” aku luahkan juga pada sahabat yang duduk kat sebelah aku.
“Aku pun tak boleh nak tidur” sama juga ngan aku. kecian kami jadi mangsa pencemaran bunyi pula.huhu.
Daripada aku pening kepala dengar lagu-lagu ni baik aku berterus terang ja kat pemandu tu. Aku bangun dan berjalan ke arah pemandu tu.
“ pak cik, boleh tak rendahkan sikit volume tu, kalau tak pun, tukar siaran lain. Pening la pak cik. Terima kasih ya” aku kembali ke tempat dudukku.
Alhamdulillah, volume da direndahkan. Tak lama lepas tu aku pun tertidur. Perjalanan kali ni mengambil masa yang agak panjang disebabkan kerosakan bas tadi. Apa-apa hal pun bersangka baik terhadap apa yang berlaku. Perancangan ALLAH yang terbaik. Kami selamat sampai ke destinasi lewat dua jam dari kebiasaannya. Syukur alhamdulillah.

Sunday, October 26, 2008

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

Posted by ~pyda313~ at 26.10.08 1 comments
Hari ini kaum India sedang meraikan hari perayaan mereka yakni deepavali..Dari kecil lagi telah ku dengari perihal perayaan ini..banyak pendapat yang bertandang di gegendang telingaku..bolehkah kita sama2 menyambut perayaan mereka ni(bukan setakat deepavali..perayaan lain pun sama jua)..ya la hidup dalam masyarakat majmuk la katakan..

antara pandangan yang ku perolehi..

link pada blog ustaz nasrudin tantawi = ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

pendapat anda pula???

Friday, October 24, 2008

GOLONGAN SYABAB

Posted by ~pyda313~ at 24.10.08 0 comments

Tuesday, October 21, 2008

SESI PENGENALAN CALON MPP

Posted by ~pyda313~ at 21.10.08 0 comments
Isnin yang lepas 20 Oktober 2008 bermulanya sesi pengenalan calon-calon umum MPP di kolej kediaaman AB dan CD. Diikuti dengan kolej kediaman IP dan KF pa keesoakan malamnya. Suasana yang begitu hangat dapat dirasai oleh segenap residen kolej-kolej kediaman. Lebih meriah lagi apabila melihat para penyokong calon bersorak bagi memberi semangat juang buat mereka yang melontarkan manifesto mereka.
Cukup tertarik dengan tema orange pada pilihan raya kali ini. Orange memperlihatkan kepada kita semangat dan harapan yang begitu menggunung tinggi dan melangit luas di kalangan mahasiswa yang mendambakan perubahan yang positif pada kepimpinan MPP sesi akan datang.
Buat calon-calon yang bertanding, berjuanglah bukan kerana wang, berjuanglah bukan kerana ingin dijulang, berjuanglah bukan kerana ingin dipandang, berjuanglah bukan kerana inginkan kepopularitian, berjuanglah bukan kerana ingin menjadi sebutan, tetapi berjuanglah demi mempertahankan hak-hak mahasiswa agar menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Perbetulkan niat. Moga dipermudahkannya.

Saturday, October 18, 2008

3 KEKUATAN KITA

Posted by ~pyda313~ at 18.10.08 0 comments
1) Kekuatan akidah Islamiyah.

Akidah adalah kepercayaan yang tetap di dalam hati. Daripadanya manusia memahami dan membina kehidupan. Benar akidah, luruslah kehidupan dan tindakan manusia. Salah akidah, terpesonglah kehidupan dan tindakan manusia.
Akidah kita adalah akidah Islam. Akidah Islam adalah benar. Ia benar kerana Islam adalah daripada Allah, tuhan yang mencipta kehidupan ini. Allahlah pemilik hujjah yang benar dan hakiki. Justeru Islam adalah diselubungi hujjah yang membenarkan kebenaran.
Oleh kerana hanya Islam diperakui Allah sebagai ugama di sisiNya, maka agama dan kepercayaan selain Islam adalah batil. Ia batil kerana ia bersumber bukan daripada Allah yang maha mengetahui segala - galanya mengenai kehidupan ciptaanNya ini, bahkan ia bersumberkan selainNya yang tiada kekuasaan sedikit pun sepertiNya. Oleh kerana sumber ugama selain Islam adalah lemah, maka ia dengan sendirinya adalah ugama yang batil, lemah dan tanpa hujjah.
Manusia menjadi gembira, mulia dan gagah apabila memiliki kebenaran, hak dan hakikat. Mereka menjadi kuat, mulia dan berani demi mempertahankan sekeping wang kertas hasil titik peluhnya sendiri berbanding si pencuri untuk mempertahankan 1000 keping wang kertas yang dicurinya.
Kita menjadi gagah, mulia dan berani kerana kita memiliki akidah yang benar ini. Orang kafir adalah lemah, takut dan hina kerana akidah mereka adalah lemah dan batil. Keberanian kita adalah betul dan abadi. Keberanian yang lahir daripada orang kafir adalah tipu daya, sia - sia dan sementara. Ini kerana kita mempertahankan hakikat dan kenyataan, sementara mereka hanyalah mempertahankan kebatilan dan bayang - bayang.
Dengan kekuatan inilah RasuluLLah sallaLlahu alaihi wasallam membentuk para sahabatnya radhiaLlahu anhum yang pertama. Mereka dalam sekelip mata berubah menjadi kumpulan paling gagah dan kuat di Kota Mekah walaupun dipenuhi segala kekurangan selain akidah yang benar yang ditanam oleh RasuluLlah di dalam hati mereka. Kekuatan mereka terbukti dengan keengganan mereka tunduk kepada kekuatan jahiliyah yang memaksa mereka menukar kebenaran yang baru dimiliki dengan kebatilan akidah lama yang telah mereka tinggalkan.
Justeru akidah adalah kekuatan utama dan pertama umat Islam sepanjang zaman. Justeru ia mestilah dipelihara keaslian dan ketulenannya. Kerosakan di dalam mewarisi akidah Islam akan mencetuskan fenomena kelemahan dan kehinaan ke atas umat Islam. Apabila akidah Islam bercampur aduk di antara pengajaran Allah dan pengajaran manusia, maka ia menjadi palsu dan tidak lagi tulen. Apabila begitu, maka hilanglah sengat utama dan pertama umat Islam.
Kita mestilah menjaga keaslian akidah kita dengan sentiasa menilai dan menolak campur aduk yang tidak diizinkan. Maka menjadi kewajiban pertama kita untuk mengenali akidah yang benar dan sahih sebagaimana wajib mengenal kerosakan dalam akidah.
Dengan akidah yang benar, maka kekuatan kita adalah benar, betul dan abadi. Dengannya kita menjadi mulia dan diredhai Allah.

2) Kekuatan Ukhuwwah Islamiyah

Persaudaraan adalah tali yang mengikat antara manusia. Persaudaraan menyatukan di antara individu dan mengelak perselisihan sesama manusia. Oleh kerana manusia perlu bersatu demi kehidupan yang harmoni dan bahagia, pelbagai ikatan digunakan demi mengukuhkan persaudaraan dan penyatuan.
Ikatan darah, keturunan, bangsa, kabilah, warna, pangkat, negara, geografi malah ideologi manusiawi adalah pilihan manusia untuk hidup bersatu. Tetapi alangkah sempit, sukar dan putusnya penyatuan berdasarkan ikatan - ikatan tersebut. Kulit hitam tidak boleh disatukan dengan kulit putih selamanya kerana warna yang berbeza. Begitulah yang lain.
Kegagalan menyebabkan manusia berpecah. Perpecahan menyebabkan manusia dan kehidupan menjadi lemah dan kucar - kacir.
Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah kekuatan kita. Ia adalah ikatan agama. Ia adalah ikatan berteraskan akidah yang benar dan sahih. Manusia muslim disatukan di dalam kepercayaan yang dibekalkan tuhannya sendiri.

Persaudaraan Islam berbeza dengan yang lain daripada dua sudut:

Pertama, ia tidak dibatasi ikatan - ikatan sempit seperti di atas. Islam boleh dianuti semua manusia tanpa kecuali. Islam adalah untuk semua.

Kedua, ia adalah ikatan di atas ugama yang benar. Ugama dan ideologi lain yang menjadi asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.

Persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran ugama bahawa manusia adalah hamba kepada tuhan yang satu. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu harapan dan satu matlamat. Jalan menuju Allah adalah lurus. Kelurusan hala tuju akan mengelak pertembungan.
Kemudian, umat Islam disatukan melalui rujukan yang sama iaitu al Quran dan ar rasul dan juga ibadah yang sama iaitu rukun Islam yang lima. Begitulah pengajaran Islam telah membina landasan yang betul ke arah penyatuan umat Islam.
Umat Islam bersatu kerana mereka diarah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong umat Islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar.
Justeru lahirlah sifat - sifat mulia yang menjadi medium ke arah kesatuan seperti nasihat, ta’awun, hikmah, lembut, sabar, berani, lapang dada dan lain - lain lagi. Juga hilanglah sifat - sifat buruk yang mendorong perpecahan seperti angkuh, kikir, kasar, keras, keluh kesah, penakut, sempit dada dan lain - lain lagi.
Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiyah inilah RasuluLlah telah membentuk barisan sahabatnya yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke Madinah. Begitulah talian - talian dan ikatan - ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan kekuatan ukhuwwah Islamiyah.
Justeru kita menjadi kuat dan gagah. Kesatuan kita adalah diibarat sebuah bangunan yang kukuh, saling menyokong di antara komponennya. Atau seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, ia turut ditanggung oleh semua anggota yang lain.
Kita mestilah menjaga dan memperkukuhkan persaudaraan Islam ini. Ia adalah asas yang menjadikan kita gagah dan dihormati semua manusia. Kita mestilah menjauhi perkara - perkara yang memungkinkan kekeruhan, ketegangan dan kepanasan berlaku atas sebab - sebab yang kecil atau tidak benar. Kealpaan dan kelalaian di dalam menjaga kekuatan ini pasti akan menjebakkan kita kepada perpecahan yang dimurkai Allah.

3) Kekuatan jihad Islami

Jihad Islami adalah kemuncak amal Islami. Tanpanya Islam takkan ke mana di bumi ini. Tanpanya tiada matlamat akan dicapai dan tiada harapan menjadi kenyataan.
Jihad adalah bersungguh - sungguh menuju Allah. Bersungguh - sungguh dengan segala kudrat tubuh dan kepunyaan untuk mencapai apa yang dituntut Allah. Kesungguhan jenis inilah yang mencipta kekuatan yang maha agung yang tak tersaing oleh segala kekuatan selainnya.

Setiap muslim dituntut mencapai dua matlamat:

1) Matlamat duniawi: Menegakkan khilafah Islamiyyah di muka bumi. Ia bererti agama Islam mestilah menang dan menguasai seluruh agama dan ideologi manusiawi di dunia ini.

2) Matlamat ukhrawi: Memperolehi ridha Allah dan syurgaNya. Ia bererti segala urusan muslim di dunia ini hendaklah dengan niat memperolehi ridha Allah semata - mata.

Ia adalah matlamat yang besar yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan kesungguhan yang memuncak. Kesungguhan atau al jihad inilah yang mencipta kekuatan kepada umat Islam. Dengan kekuatan inilah lahirnya peribadi - peribadi Islam yang unggul di dalam ilmu dan akhlak. Dengan kekuatan ini jugalah agama Islam akhirnya tersebar ke seluruh dunia.
Oleh kerana Islam adalah ugama yang menyeluruh dan meliputi semua aspek dan sektor kehidupan, maka cabangan jihad adalah luas seluas kehidupan ini. Oleh kerana Islam membina, memajukan dan memberkati semua urusan kehidupan, maka Islam menganjurkan jihad di semua bidang demi keunggulan Islam dan kehidupan manusia di dunia ini.
Jihad agung menentang tentera kuffar difardhukan selepas RasuluLlah berhijrah ke Madinah. Dengan kefardhuan inilah kekuatan barisan muslimin menjadi semakin nyata dan menggerunkan musuh. Pembukaan Kota Mekah adalah kemenangan yang merongkai segala kekusutan terhadap kekuatan Islam untuk menguasai dunia.
Dengan panji al jihad al islamilah Islam bergerak maju menyebarkan dan menguasai dunia dan peradabannya.
Justeru jihad difardhukan dan berterusan sehinggalah hari kiamat. Tiada umat yang meninggalkannya kecuali akan ditimpa kehinaan. Tiada umat yang memakainya kecuali akan dikurniai kekuatan dan kemenangan.
Kita mestilah menjadi mujahidin menegakkan ugama Allah. Kita mestilah memiliki ciri - ciri pejuang Islam yang gagah berani demi melengkapkan barisan tentera Islam menuju kemenangan.
Inilah 3 kekuatan kita. Inilah sumber kita dan inilah kita.
Sesudah kita memahami ini, kita akan lebih mudah untuk memahami tuntutan - tuntutan yang perlu kita laksanakan sebelum kita boleh senyum dan mendabik dada bahawa kita telah melaksanakan kewajiban di sisi Allah.
kita tidak dapat tidak selain membina akidah dengan betul. Jika tidak ia adalah kekuatan yang sementara dan sia - sia. kita mestilah berusaha menyatukan saf pejuang Islam dan jangan menjadi punca atau batu api yang memecahkan kesatuan jamaah dan perjuangan Islam. Jika tidak ia akan melemahkan kekuatan Islam dan menghilangkan kehebatannya di sisi musuh. kita mestilah pula menjadi mujahid agama ini dalam bidang yang dimudahkan Allah untuk kita. Jika tidak kekuatan Islam akan hancur bercempera serta mudah dilumpuhkan oleh musuh.
Kita sentiasa di ambang kemenangan jika kita sudah bersedia dengan 3 kekuatan ini. Selamat berjuang!

DIPETIK DARIPADA nikabduh.wordpress.com

Wednesday, October 15, 2008

Mursyidul Am PAS diundi 'paling dihormati' dalam 'poll' iluvislam.com

Posted by ~pyda313~ at 15.10.08 0 comments

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Oct 15, 08 12:19:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat undi tertinggi bagi undian 'Siapa Yang Paling Anda Respek?' yang dibuat dalam satu laman web, iluvislam.com.

Undian setakat 12 Oktober 2008 menunjukkan, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menerima 478 pencalonan daripada 599 pengundi.
Sementara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Babdawi pula menerima sejumlah 68 undian iaitu dengan 11 peratus sementara Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerima 51 undi dengan 9 peratus.
Paling kurang mendapat undi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menerima hanya dua undi setakat hari ini. - mks. _

Tuesday, October 14, 2008

BERNIAGA UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM

Posted by ~pyda313~ at 14.10.08 0 comments
Adakah anda mengenali lama web iluvislam.com?? buat pengetahuan sahabat-sahabat iluvislam.com sedang dalam misi menyampaikan dakwah dengan penjualan badge-badge seperti yang tertera di bawah.

Jika anda berminat bolehlah berhubung dengan ana di talian 0195312572 bagi membuat tempahan..msg ini di tujukan khas buat mana2 sahabat yang berminat untuk membuat jualan..INSYAALLAH moga usaha kita diredhaiNYA..

wakil iluvislam ums ^_^

BAJU LABUH UNTUKMU MUSLIMAH

Posted by ~pyda313~ at 14.10.08 3 comments
Salam buat sahabat-sahabat yang di kasihi..INSYALLAH baju labuh seperti dalam gambar di bawah akan sampai tidak lama lagi..kawan ana kirim dalam 100 helai termasuk design di bawah dan design baru INSYAALLAH..
BIRU-BIRU TUA

COKLAT-PUTIH

HIJAU-HITAM

KUNING-HITAM

ORANGE-KUNING
HARGA=RM32

Thursday, October 9, 2008

INDAHNYA UKHUWWAH

Posted by ~pyda313~ at 9.10.08 0 comments
Beberapa hari berlalu ku rasakan begitu berbeza sekali berbanding hari-hari sebelum ini. Kehilangan seorang sahabat baru pertama kali kurasai. Begitu pedih sekali. Ku ambil buku yang bertajuk “ Apa erti saya menganut agama Islam”. Kutemui kertas kecil berwarna berwarna kuning di hadapannya. Ya ALLAH. Itu tulisan tanganmu sahabatku. Pesanan yang kau berikan tatkala kau ditaklifkan sebagai ajk pendaftaran bagi program IHYA KEMERDEKAAN. Takkan ku miliki lagi pesanan darimu. Takkan kujumpa lagi tulisan dari gerak jari-jemarimu.
Siti aisyah Bakri..sehingga kini namamu menjadi tajuk perbualan di kalangan sahabat-sahabatmu.

Sabda Rasulullah SAW:
“ sesiapa yang ALLAH ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya ALLAH mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa ia memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya.”
Begitu kau dihargai setelah perginya dikau dari dunia fana ini. Walaupun mungkin ada insan lain yang bernama Siti Aisyah Bakri. Namun pasti tidak akan sama dengan dirimu yang ku kenali selama ini. Pergimu di kala kasih sayang di antara kita kian memekar indah. Sukar untuk ku luahkan betapa sedihnya hati ini. Setiap kali ku tatap kembali kenangan yang kita abadikan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain , aku pilu dan sedih. Air mata mengalir lagi buat kesekian kalinya. Indahnya ukhuwwah yang terbina jika disandarkan kerana ALLAH. Walaupun kini jauh di mata tapi di hati tetap takkan pudar buat selama-lamanya. Takkan ada penggantinya. Ku semakin mengerti untuk menghargai ukhuwwah yang terbina bersama sahabat-sahabat yang lain. Duhai sahabat, aku bukanlah insan yang sempurna. Punyai banyak kelemahan dan acap kali melakukan kesilapan. Janganlah sahabat meninggalkanku sendirian. Akan ku cuba sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang terbaik walaupun ku tidak mempu menjadi seperti para sahabat Rasulullah.

DOA RABITAH buat sahabat-sahabat seperjuangan.

“ Ya ALLAH , Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU , bersatu memikul beban dakwahMU. Hati-hati ini telah mengangat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar. Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentangMU. Jika ENGKAU mengtakdirkan mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMU. ENGKAULAH sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ini. “

p/s buat diriku yang selalu lupa dan juga buat sahaba-sahabat yang ku kasihi. Walaupun sudah beribu kali kita dengari namun kita insan biasa yang sering alpa dan leka.

Ingatlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara:
1) SIHAT sebelum SAKIT
2) MUDA sebelum TUA
3) KAYA sebelum MISKIN
4) LAPANG sebelum SEMPIT
5) HIDUP sebelum MATI
Mati itu pasti hidup INSYAALLAH..

Monday, October 6, 2008

SAHABAT KAU PERGI DAHULU DARI KAMI

Posted by ~pyda313~ at 6.10.08 0 comments

RAYA KE5
Kami melawat sahabat Siti Aisyah Bakri yang sedang kritikal di Hospital QE. ALLAH saja yang tahu betapa sedihnya aku tatkala menatap wajahnya. Langsung tidak dapat kukenali. Air mata tidak dapat kubendung lagi.
“ aisyah, dila dan pda datang ni.” kami berbisik ke telinganya. Tiada jawapan yang kami terima.
Malam tu lama juga kami berada di wad menemaninya. Kami balik sementara tiqah menawarkan diri untuk menjaga dia malam tu.
“tiqah baik-baik kat sini k. Pa2 hal bagitau kami” aku berpesan padanya.
Setibanya di bilik aku dan sahabat yang sama-sama menziarahinya menceritakan keadaan aisyah kepada sahabat-sahabat yang tak berkesempatan untuk pergi. Dan kami bercadang untuk melawatnya lagi esok.
Jam 11.30 malam aku masuk tidur.
RAYA KE 6
Dalam lenaku aku bermimpi.
“ pda kita kena ke hospital sekarang. Abang mursidi kata aisyah da.....” aku terbangun. Kulihat jam. Ya ALLAH baru jam 3.20 pagi ni. aku beristighfar dan tidur semula. Jam 4 lebih aku terjaga semula dan bangkit untuk bersahur. Aku ke bilik sebelah. Tatkala aku bersahur seorang diri aku terfikir akan mimpiku tadi. Alhamdulillah habis satu buras kumakan bersama dengan rendang. Aku kembali ke bilik dan menatap laptop. Tiba-tiba hansetku berbunyi. Panggilan dari tiqah kusambut.
“ assalamualaikum, tiqah knapa ni?” hanya suara tangisannya yang ku dapat dengar.
“ tiqah sabar ya. cakap perlahan-lahan k,” aku cuba menenangkannya. Dan di kala itu aku terfikir lagi mempiku tadi.
“ pda..aisyah dah meninggal dunia,” airmataku mengalir laju.
“ innalillah wa inna ilaihi rajiun. Tiqah sabar ya. kejap aku bagitau sahabat-sahabat yang lain.”
“ k. ana call mahyuni pula. “ perbualan kami tamatkan dan aku mesti segera ke hospital.
Aku ke bilik sebelah dan mengkhbarkan berita sedih ni kepada sahabat-sahabat lain. Mereka seolah-olah tidak dapat percaya sebab semalam aisyah berada dalam keadaan yang stabil. Kami solat subuh dan bergegas ke hospital. Masa tu belum ramai sahabat-sahabat yang sampai. Yaasin kami bacakan.
Segala proses diuruskan di hospital QE. Postmortem dilakukan bagi mencari punca kematian setelah keizinan diberikan oleh bapa aisyah.
Almarhumah dimandikan dan dikafankan di bilik mayat sebelum diterbangkan ke tawau bagi proses pengebumian. Segala kegembiraan raya bertukar menjadi sebuah kesedihan. Sahabat, walau kau pergi dulu, perjuangan akan kami teruskan. insyaALLAH pemergianmu memotivasikan diri kami dan mengingatkan kami ajal maut pasti akan tiba juga. ALLAH lebih menyayangi dirimu.
Memori kenangan kita bersama ku imbas kembali. Sebelum ramadhan tiba, engkau pernah berkata kepadaku dan ernah bahawa engkau suka bergerak kerja dalam perjuangan Islam. Dan engkau berjanji akan bergerak aktif. insyaALLAH tak nak balik ke rumah di kala cuti yang semata-mata ingin bersama sahabat-sahabat untuk berprogram bersama. Sahabat, bahagialah engkau di sana. Maafkan segala kekhilafan sepanjang perkenalan kita. .

Friday, October 3, 2008

RAYA DATANG LAGI

Posted by ~pyda313~ at 3.10.08 0 comments
RAYA PERTAMA
Aku bangun menunaikan solat fardhu subuh. Pagi raya ni aku tak dapat nak pergi menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri. Tolong akak kat dapur. Sejak mak kena strok kami la yang ambil alih kerja-kerja ni. mau ta mau aku terpaksa juga. Nak buat macam mana lagi. Dari rumah aku dapat dengar apa yang dibaca oleh imam. Takbir dilaungkan memuji ILAHI. Aku iri hati. Bukan rezekiku lagi tahun ni. abang alias aku pun sama juga tak dapat nak sembahyang raya. Tapi kes dia berbeza sikit dari aku dan kakakku. 2orang anaknya nak ikut sekali sembahyang raya. Memandangkan anaknya merangkap anak buahku ni sakit dan cuaca pagi yang agak panas, dia balik ke rumah. Kesian ngan abang. Terpaksa jadi ibu dan ayah pada masa yang sama. Kakak ipar masih belajar. Jadi terpaksa beraya di perantauan.
Lebih kurang jam 10 pagi, kak mar dan kuarganya sampai kat umah. Anak-anak buah sibuk dengan duit raya masing-masing. Siap minta dari aku pula tu.
“ macik, nak duit raya, “ adeh ada pula minta ngan aku. Aku pun nak duit raya juga.
“ macik kan masih belajar. Belum keja lagi. “ aku senyum ja ngan anak-anak buah ku. Sejak aku berumur 7 tahun aku da dapat title macik ni. adik aku yang bongsu lagi power. Dia sekarang 16 tahun. Anak buah aku yang pertama 13 tahun. Baru umur 3tahun da jadi pacik. Besalakan orang-orang dulu kawen awal. Kalau aku nak kawen sekarang ni msti kena kejar ngan parang oleh bapaku. Melampau pla kan. Hehe
Lepas zohor abang yang sulung ngan family pula bertandang ke rumah. Nampaknya rumahku da dipenuhi oleh anak-anak buahku. Tahun ni family abang ngan kakak mengenakan pakaian serba maroon pla. Aku pakai baju lama ja ni. baju time form 4 @ form 5 tak silap. Muat lagi ni.
Petangnya kami pergi beraya kat umah pacik n macik merangkap abang n adek pompuan bapaku. Baru 2 buah umah yang kami ziarah. Penatnya bukan main. Malam raya pertama ni, aku ngan kakakku tidur awal.

RAYA KEDUA
Hari raya kedua aku tak jalan ke mana-mana. Hari ni pun penat juga coz ibu bapa mertua abang alias bertandang ke rumah. Aku dan kakak macam biasala dok kat dapur sediakan juadah untuk di makan bersama nanti. Kebetulan pula kawan-kawan abang datang ke rumah. Bertambah la kerja. Tapi takpa. Besar pahala memuliakan tetamu.
Malam raya kedua ni aku tidur awal juga. Penat juga ni.

RAYA KETIGA

Alhamdulillah hari ni da berjanji nak beraya kat umah sahabat-sahabat. Pagi-pagi lagi aku siapkan kerja-kerja rumah. Jam 9 pagi kami berjanji untuk berjumpa kat bandar. Kalau orang-orang tawau bangunan Mara sentiasa menjadi pilihan untuk berkumpul beramai-ramai.
“ salam pda, ko kat mana da? Aku on the way da ni.” sms ku terima dari sahabatku arnizah.
“ salam, aku masih kat umah ni. ngah bersolek. Gurau ja. Jap lagi aku sampai sebab aku cadang nak naik teksi pagi ni. kalau naik bas aku takut lambat pula.” Smsnya ku balas
Setibanya di bandar tawau, dari jauh aku dapat lihat ar sedang berdiri di tepi bangunan mara. Walaupun cermin mata yang kupakai ni da bertambah degreenya, aku dapat juga kenal dia dari segi pemakaiannya. Bertudung labuh biru dan berbaju kurung biru. Tidak kulihat muslimat lain yang berada di situ mengenakan pakaian yang sama.
Aku berjalan menuju ke arahnya. Gembira bukan kepalang aku pagi ni. dapat jumpa dengan sahabat satu sekolah menengah dulu dan juga junior sekolah dulu. Walaupun nama dorang tak pernah ku hafal, tai muka dorang masih segar dalam ingatan. Sempat juga kami mengabadikan kenangan pada pagi itu dengan bergambar bersama-sama.
Tak lama kemudian seorang lagi sahabat dah sampai. Dah cukup semuanya ni. kami bertiga akan ke destinasi pertama kami. Umah fadilah. Sembang-sembang ngan sahabatku rini terpaksa dihentikan kerana kami mengejar waktu. Banyak juga rumah yang nak di ziarah ari ni. lagipun kami pergi dengan menaiki bas sahaja. Tak ada lesen pla nak driving. insyaALLAH akan datang.
Kami menaiki bas. Dan tiba di rumah fadilah lebih kurang setengah jam kemudian. Di umah fadilah kami dihidangkan dengan sup. Huhu. Memang sengaja tak makan pagi tadi. Nak melantak kat umah sahabat-sahabat hari ni. hehe.
Lama kami tunggu fadilah baru lah dia turun ke bawah.
“lamanya dil. Berkulat kami tunggu ni ha.” Tiqah mengusik. Kami makan bersama. Seperti biasa lensa kamera kami bercahaya lagi. Kami bergambar bersama sbelum beredar k e umah seterusnya. Alhamdulillah, abang dila nak hantar ni. save budget.hehe.
Umah berikutnya ni umah yun. Jauh gak masuk ke dalam kawasan kampung. Kalaulah aku pergi sendirian aku gerenti aku sesat. Nasib baik dila masih ingat lagi kat mana umah yun. Kat umah yun kami makan n minum lagi la. Biasala kalau raya ni, mesti penuh perut ngan kuih raya dan air minum. Aku habiskan 2 gelas air kat umah yun. Pa taknya cuaca panas sangat dan aku sememangnya tersangatla dahaga.
Tiba-tiba nsetku berbunyi.
“ pda, kami mau datang umah mu ni” sms ku terima dari sahabatku rini.
“ ba datng ja la. Tapi aku kat umah yun ni . datang waktu dekat-dekat asar ek. Turn umah ku masa tu.” Sms nya ku balas
Nset ku berbunyi lagi. Alamak kakakku ni.
“ berapa ramai kawanmu mo datang petang ni?”
“ lebih kurang 9 orang semuanya. Time asar gitu dorg sampai umah. Nanti aku confrimkan lagi k”
Kami beredar dari umah yun dan ke destinasi berikutnya. Umah ar. Jauh perjalanan kami ke bus stop. Kebetulan pula muslimun baru selasai solat jumaat. Alhamdulillah bas yang di nanti sampai juga.
Di rumah arnizah, kami sembahyang zohor berjemaah. Terik sangat cahaya matahari hari ni. kami makan sup lagi kat umah ar. K takpa, perutku masih ada ruang lagi ni.
Selesai makan kami bersiap-siap untuk beredar. Nah, kali ni turn umahku pla.
“ rien, datangla sekarang. Kami on da way da ni p umah ku. “ sms ku hantar.
Kami menaiki bas. Aku memandang ke luar. Jalan ni aku tak berapa familiar sangat. Dah lama tak ke sini. Aku menjenguk ke luar bagi memastikan kami berhenti kat tempat yang sepatutnya.
Setibanya kami di rumah, semua sahabat duduk kepenatan di kerusi. Dahaga sebab panas sangat. Air kuhidangkan.
“ pjuk, kamu di mana sekarang? Datangla sekarang. Kami kat umahku da ni” pjuk ku call.
“ kami di umah bobo ni. mo gerak da p umahmu. Jap lagi kami sampai.”
Nasi minyak dan lauk pauk kuhidangkan. Kesian kakakku masak sorang-sorang ari ni. tak lama lepas tu, ermah, pjuk, shar, rasmah ngan rini sampai. Kami makan bersama. Kebetulan kawan kakakku bertandang ke rumah juga waktu tu. Tp kejap ja la.
Kami solat asar berjemaah dan bergambar bersama. Lepas tu rini and the geng balik. Aku, dila, yun, tiqah ngan ar bertandang ke umah a.bubuk. alhamdulillah a.bubu tak da kat umah. Hehe. Dapat jumpa ngan kak jiah ja la.
Dari umah a.bubu, kami berpisah di depan umah ku. Mereka tak dapat ku hantar ke bus stop kerana pinggan mangkuk memanggil aku untuk di basuh. Banyak juga ni.
Alhamdulillah raya tahun ni dapat ziarah ke rumah sahabat-sahabat yang kusayangi.

RAYA KEEMPAT
Aku di umah ja ari ni. malam ni aku dah nak balik ums da. Time aku sedang syok basuh baju, sms ku terima.
“pda kami mo datang p umah mu. Datang minum-minum ja.” Waduh-waduh kaget aku di buatnya.
“ k datang la. Tapi aku tgh basuh baju ni” smsnya ku balas.
“ dlm 15minit baru datang ek.”ku reply lagi.
“ melampau juga ko b’msg smbil cuci baju,”
“kan di pusing juga,hehe”
Empat orang semuanya.mereka ku hidang ngan puding yang masih berbaki semalam. Akak buat banyak. Sememangnya mereka bertandang kejap ja.
Aku penat tapi gembira sangat-sangat cuti seminggu ni. malam ni dah nak balik ums dah. Nak kemas barang-barang dulu. Takut ada pula yang tertinggal.
MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN ATAS SALAH SILAP YANG PERNAH DILAKUKAN. 0-0 YER..

Wednesday, October 1, 2008

HARI RAMADHAN TERAKHIR DAN ROKOK

Posted by ~pyda313~ at 1.10.08 0 comments