INDAHNYA UKHUWWAH

Beberapa hari berlalu ku rasakan begitu berbeza sekali berbanding hari-hari sebelum ini. Kehilangan seorang sahabat baru pertama kali kurasai. Begitu pedih sekali. Ku ambil buku yang bertajuk “ Apa erti saya menganut agama Islam”. Kutemui kertas kecil berwarna berwarna kuning di hadapannya. Ya ALLAH. Itu tulisan tanganmu sahabatku. Pesanan yang kau berikan tatkala kau ditaklifkan sebagai ajk pendaftaran bagi program IHYA KEMERDEKAAN. Takkan ku miliki lagi pesanan darimu. Takkan kujumpa lagi tulisan dari gerak jari-jemarimu.
Siti aisyah Bakri..sehingga kini namamu menjadi tajuk perbualan di kalangan sahabat-sahabatmu.

Sabda Rasulullah SAW:
“ sesiapa yang ALLAH ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya ALLAH mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa ia memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya.”
Begitu kau dihargai setelah perginya dikau dari dunia fana ini. Walaupun mungkin ada insan lain yang bernama Siti Aisyah Bakri. Namun pasti tidak akan sama dengan dirimu yang ku kenali selama ini. Pergimu di kala kasih sayang di antara kita kian memekar indah. Sukar untuk ku luahkan betapa sedihnya hati ini. Setiap kali ku tatap kembali kenangan yang kita abadikan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain , aku pilu dan sedih. Air mata mengalir lagi buat kesekian kalinya. Indahnya ukhuwwah yang terbina jika disandarkan kerana ALLAH. Walaupun kini jauh di mata tapi di hati tetap takkan pudar buat selama-lamanya. Takkan ada penggantinya. Ku semakin mengerti untuk menghargai ukhuwwah yang terbina bersama sahabat-sahabat yang lain. Duhai sahabat, aku bukanlah insan yang sempurna. Punyai banyak kelemahan dan acap kali melakukan kesilapan. Janganlah sahabat meninggalkanku sendirian. Akan ku cuba sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang terbaik walaupun ku tidak mempu menjadi seperti para sahabat Rasulullah.

DOA RABITAH buat sahabat-sahabat seperjuangan.

“ Ya ALLAH , Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU , bersatu memikul beban dakwahMU. Hati-hati ini telah mengangat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar. Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentangMU. Jika ENGKAU mengtakdirkan mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMU. ENGKAULAH sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ini. “

p/s buat diriku yang selalu lupa dan juga buat sahaba-sahabat yang ku kasihi. Walaupun sudah beribu kali kita dengari namun kita insan biasa yang sering alpa dan leka.

Ingatlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara:
1) SIHAT sebelum SAKIT
2) MUDA sebelum TUA
3) KAYA sebelum MISKIN
4) LAPANG sebelum SEMPIT
5) HIDUP sebelum MATI
Mati itu pasti hidup INSYAALLAH..

0 comments:

Thursday, October 9, 2008

INDAHNYA UKHUWWAH

Posted by ~pyda313~ at 9.10.08

0 comments on "INDAHNYA UKHUWWAH"