0 comments

Habiburrahman El-Shirazy : AAC, penyebab dakwahnya lebih meluas

Ali Bukhari Amir Fri Nov 21, 08 8:28:02 pm MYT
"Malu sama Rasulullah s.a.w. Baginda berdakwah ke Taif, hingga berlumuran darah dilempar batu. Saya dijemput menyampaikan dakwah. Bukannya kita cari, orang yang datang jumpa kita dan minta kita berceramah. Adakah kita patut menolak?

"Orang daripada perusahaan batu bara yang terbesar dari Kalimantan Timur itu kebetulan terbaca novel saya dan dia terus berminat mengundang saya ke sana. Saya fikir mereka mahu bicara tentang sastera, rupanya sudah pun diatur jadual saya menyampaikan kuliah ke beberapa buah masjid.

"Mereka lengkap menyediakan kereta. Apakah saya perlu berkata, oh saya cuma ingin bicara sastera Islam saja kerana itu adalah bidang saya. Ceramah agama saya tidak mahu. Tak boleh begitu. Nanti malulah sama Rasulullah," kata beliau.

Bagi Habiburrahman El-Shirazy atau lebih mesra dengan panggilan Kang Abik, novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang meletup itu adalah aset utama untuknya berdakwah dengan lebih meluas.
Ucapan 'malu sama Rasulullah' yang disebutkan Kang Abik petang itu kerap bergema dan berlegar-legar di dalam fikiran. Ia mengingatkan saya ke atas watak Fahri Abdullah yang sedang mempertahan seorang wartawati Amerika yang sedang memapah ibunya yang keletihan di atas LRT. Ketika warga Amerika itu diserang, Fahri dengan pantas mengucapkan sebuah sabda Rasulullah.

"Kalian telah menyakiti Rasulullah," demikian kata Fahri. Apakah watak Fahri adalah belahan daripada jiwa beliau sendiri? Atau, apakah watak utama itu sebahagian besarnya datang daripada kesan, cetusan ilham melalui kisah rakan-rakannya?

"Ya, termasuk juga kesan pengalaman daripada rakan-rakan saya juga," demikian ujar beliau.

"Ya, sudah tentu. Tapi berapa peratus bab daripada novel itu memaparkan kisah Kang Abik sendiri?" tanya saya. "Dan, apakah kebanyakan kisah itu juga termasuk dari belahan kisah cinta mas sendiri?"

Dia tersenyum lalu ketawa, "Ah..Saudara baca sendirilah. Nanti tahu sendiri."

Melihat perawakannya, sosok yang kental spiritual, kukuh pendirian dengan iltizam dakwah ini ternyata masih muda. Usianya sekitar 30-an.

Baginya, AAC yang terus bangkit sebagai suatu fenomena secara tiba-tiba itu telah menjadi landasannya untuk makin kukuh dan giat bekerja dalam landasan dakwah. Dan padanya, lulusan al-Azhari tidak sepatutnya berada dalam pesantren (pondok) dan berterusan menjadi santri-santri (lulusan pondok) sahaja.

Dia malah, sempat bergurau, "Kalau mas punya wang banyak, ayuh kita sama-sama bikin filem di Hollywood!"

Apa takrif Sastera Islam?Itu merupakan salah satu kes di mana penangan AAC menyebabkan beliau mula kerap diundang menyampaikan ceramah agama. Tapi, beliau kerap merendah diri. Dia tidak banyak mendabik dada ketika membicarakan AAC itu.

"Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.

"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi.

Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah) dan al-Raja' (pengharapan).

"Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Mekah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ," tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

"Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan - Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

"Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja," kata beliau lagi.

Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.

"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian.."

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.
Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.
10:00 p.m, 20 November Sekolah Pemikiran Kg Baru _

0 comments

::ZIKIR HARIAN::

0 comments

Ketenangan Yang Abadi

0 comments

Kenapa ujian seberat ini?

0 comments

DARI MANA NAK KE MANA TU???

0 comments

Salam takziah buat kak Nisa'

ZIKRUL MAUT

Seawal 5.52 a.m, 25 November 2008 satu mesej ana terima.

Al-Fatihah

Sedekahkan buat arwah bapa sahabiah, arnisa

yang telah kembali ke rahmatullah lepas

isyak semalam.

MATI ITU PASTI HIDUP INSYAALLAH.

0 comments

.::1st time ke Sandakan::.

24 November 2008 ana dan kakak bertolak dari rumah seawal 7.30 pagi menuju ke Sandakan. Tak pernah sepanjang hayat masih dikandung badan ana tak tidur dalam mana-mana perjalanan yang jauh. Inilah pengalaman pertama ana. Kalau dulu, kadang-kadang baru 5 minit perjalanan dimulakan analah antara orang pertama yang akan syahid. Kalau bertahan pun mungkin dalam 45 minit pertama perjalanan. Time ni memangla tak dapat nak tidur sebab semua cerita-cerita hangat keluar bila sahabat-sahabat memulakan bicara. Ceritanya tak henti-henti sampaila satu ketika satu-satu mengundurkan diri untuk melelapkan mata. Ini pengalaman ana semasa sekolah menengah dulu. Perjalanan di asrama terisi dengan cerita masing-masing.

Berbeza pula keadaannya bila ana ditakdirkan satu kenderaan dengan semua budak lelaki. Senyap memanjang dari awal perjalanan sehinggalah sampai di perkarangan sekolah. Senyapnya. Ana pun jadi senyap ja la. Takda kawan nak dibawa bercerita. Perbezaan yang sungguh ketara bagi pandangan ana. Mungkin juga budak-budak lelaki ini banyak ceritanya tapi ana tak pernah lagi dapat menggelar mana-mana budak lelaki dengan gerangan mulut murai.

Jauh pula melencong. Jadi ana sambung pada cerita asalnya. Sepanjang perjalanan ke sandakan ni ana gagahkan juga agar tidak terlelap. Entah berapa kali ana dan kakak ana menguap. Satu perkara lagi yang masih ana belum temui jawapannya. Kenapa ya kalau siapa-siapa kat sebelah kita menguap kita pun akan turut sama? Kami singgah sebentar di Lahad Datu untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Sudah lama rasanya ana tidak menjejakkan kaki di bumi Lahad Datu. Pengalaman selama 5 tahun semasa belajar di SMSLD terus berlegar-legar di kotak pemikiranku.. sweet sangat-sangat.

Perjalanan diteruskan menuju ke SMK Ulu Sapi yang terletak di simpang Ulu Sapi Sangok Sandakan. Jauhnya dari bandar sandakan lebih kurang 2 jam perjalan. Ana dan kakak hanya singgah sebentar di SMK Ulu Sapi dan bergerak menuju ke bandar Sandakan sejurus selepas kerja kakak ana selesai di sana. Urusan lebih banyak di bandar sandakan yang perlu diselesaikan immediately. So, kami pun bermalam la kat hotel indah di bandar sandakan ni. Kami jamak takhir ja. Penatnya bukan main. Berat sangat rasanya mata ni. Tapi ana tak dapat nak tidur. Selepas jamak taqdim maghrib isyak kami menghayunkan kaki untuk makan malam pula. Sedapnya ikan bakar kat sandakan ni. Kita pun berbau asap sekali. Habis licin semuanya.

Balik ke bilik ana habiskan masa dengan meng'update' blog. Kat hotel ni ada wireless. Rugi pula rasanya andai tak digunakan peluang dan kesempatan ini. Blog dilayan sampailah mata da nak tertutup da.

Perjalanan esok hari mesti memakan masa yang lama juga. Sengaja ana postkan cerita yang bagi ana tak la terlalu penting ni. Sekadar perkongsian dan mengisi masa yang lapang. Segan juga nak katakan tapi inilah kehidupan. Kita juga belajar dari pengalaman yang dilalui. Terus terang ana katakan inilah pengalaman pertama ana ke sandakan. Biasanya ana hanya lalu checkpoint sandakan menuju kota kinabalu. Allah Maha Kuasa mentakdirkan hari ini ana tiba juga di sandakan. Buat sahabat-sahabat semua, selamat bercuti ana ucapkan.

0 comments

BELIA MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM

ABDULLAH NASEH ULWAN

Abdullah Naseh Ulwan (1994) berpendapat, “ Golongan belia adalah golongan yang memikul beban amanah untuk melanjutkan proses pengembangan dakwah dan generasi penerus bagi pembangunan ummah. Pranan belia adalah amat penting kerana golonggan ini adalah pewaris masa depan sesebuah negara dan kepimpinan umat. Pelbagai hadis nabi yang berkaitan dengan peranan golongan belia telah diutarakan bagi menyedarkan para belia tentang hak dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka dalam sesebuah institusi masyarakat menurut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.”

Abdullah Naseh Ulwan (1995) , “ Wahai belia tahukah kamu sebab apa kamu dujadikan dan apakah tanggungjawab kamu? Kamu dijadikan bagi memastikan peningkatan pengabdian tertinggi dan penyerahan sempurna kepada PenciptaMU, ALLAH. Kemu dijadikan supaya memberi janji setia dan taat kepada ALLAH, RasulNYA dan orang0orang beriman. Tanggungjawabmu wahai belia adalah amanah yang diberikan oleh ALLAH dan kamu dijadikaan supaya menegakkan segala peraturanNYA di atas muka bumi, mengeluarkan manusia daripada perbuatan menyembah sesama makhluk kepada perbuatan menyembah ALLAH, daripada kesempitan duia kepada keluasan akhirat dan daripada kemelut agama-agama kepada keadilan Islam.”

Abdullah Naseh Ulwan (1986) menegaskan,” Sejarah telah membuktikan pada zaman Nabi Muhammad berlaku kebangkitan kaum muda seperti Ali Bin Ali Talib, Usman Bin Affan, Abdullah Bin Masud dan lain-lain lagi. mereka memainkan peranan penting dalam mengembangkan dakwah Islam. Nabi Muhammad sendiri memainkan peranan utama mendidik para sahabatnya supaya beriltizam atau beristiqamah , membentuk akhlak mulia serta menghindari sebarang penyelewengan.”

Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun (1974) menyatakan bangsa ataupun masyarakat hanya dapat cemerlang apabila unsur-unsur persaudaraan yang kuat, akhlak mulia dan kesedaran agama tersemai dalam sanubari setiap manusia. Apabila unsur-unsur ini lemah, maka bangsa ataupun masyarakat itu juga lemah.

Yusuf Al-Qardhawi

Yusuf Al-Qardhawi (1998) menegaskan , “ Perlu segera disedari, bahawa pemuda kebangkitan Islam adalah generasi termahal dan paling berharga yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Dalam khutbah Aidil Adha di Iskandariah, Mesir, beberapa tahun yang lalu, saya tegaskan kepada jemaah , “ Sesungguhnya yang termahal di Mesir bukanlah kapas, minyak dan terusan Suez, tetapi para pemudanya.” Pemuda mukmin yang lurus merupakan potensi termahal dalam masyarakat. Mereka adalah kekayaan masyarakat yang sebenarnya, mereka tabungan masa depan ummah. Oleh kerana itu, sewajarnya kita memberi perhatian yang besar kepadanya. Jika anda meninggalkan mereka, maka dengan siapa lagi mereka mahu membangun dan memajukan ummah.”

0 comments

.:CIRI-CIRI BELIA CEMERLANG:.

PANDANGAN SARJANA ISLAM

Sayid Sabiq (1987) di dalam bukunya Unsur-unsur Kekuatan dalam Islam, memberikan garis panduan untuk para belia mewarnai hidup mereka dengan penuh azam dan bersungguh-sungguh supaya dapat melahirkan belia berwawasan. Teori ini seterusnya diperkukuhkan oleh sarjana Islam yang lain, Abdullah Naseh Ulwan (1987), yang menggariskan ciri-ciri belia cemerlang mempunyai 5 asas. Lima erkara asas berikut perlu menjadi pegangan belia supaya berjaya dalam hidup dan seterusnya maju ke hadapan:

1) Keimanan yang teguh dan tidak mudah goyah
2) Keikhlasan yang benar.
3) Kemahuan yang kuat, tidak kenal takut dan gentar.
4) Kerja keras.
5) Berkorban demi mencapai kemenangan.

Azimi Hamzah (1992) menyenaraikan 11 ciri khusus bagi melahirkan belia cemerlang.

1) Tidak terpengaruh dengan masyarakat permisif
2) Tidak menjadikan hedonisme sebagai asas kehidupan
3) Tidak menjadikan duit dan harta benda sebagai matlamat hidup.
4) Tidak sombong dan mendabik dada.
5) Tidak terlibat dengan perlumbaan melulu.
6) Menunaikan hak orang lain tanpa menuntut hak.
7) Sentiasa sedar kita akan mati suatu hari nanti dan tindak tanduk kita pada diri sendiri, orang lain dan makhluk, keseluruhannya akan dipertanggungjawabkan.
8) Bersifat kasih sayang serta hormat-menghormati.
9) Bersifat ihsan.
10) Bersedia menggunakan apa yang ada pada diri seperti masa, harta dan ilmu untuk kebaikan orang lain.
11) Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dan rakan-rakan (2002), di dalam bukunya ,Nilai-nilai cemerlang Kepimpinan Islam, mengemukakan beberapa teori kecemerlangan:

1) Berpegang kepada kebenaran.
2) Adil kepada musuh.
3) Tidak berdendam.
4) Tidak gemakan simbolisme.
5) Bersifat amanah.
6) Bersifat belas kasihan.
7) Sedia menerima teguran.
8) Menganjurkan ketaatan sebenar.
9) Muhasabah diri.
10) Menghormati tetamu.
11) Pemurah.
12) Berperikemanusiaan.
13) Rendah diri.
14) Prihatin pada masalah umat.
15) Bijak dan tegas.
16) Tidak tamak.
17) Adil.
18) Berhemah tinggi.
19) Amanah dalam pengurusan.
20) Sedia membantu.
21) Mengetepikan kepentingan diri.
22) Sentiasa memohon rahmat.
23) Bercakap benar.
24) Berani
25) Tidak menyalahgunakan kuasa.
26) Menghormati wanita.
27) Mempunyai pendirian.
28) Menerima hakikat.

Ciri-ciri pelajar cemerlang menurut teori Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah dapat juga dijadikan panduan bagi memperkasakan lagi kecemerlangan belia.

1) Taat kepada ALLAH.
2) Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan sebarang kegiatan dengan berdungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan.
3) Mahir mengenai strategi dan teknik belajar berkesan dan tekun belajar.
4) Mahir dalam strategi dan teknik meghadapi peperiksaan.
5) Sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa.
6) Menghormati, menyayangi guru, tidak segan bertanya dan berinteraksi dengan guru.
7) Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
8) Berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersikap positif.
9) Bersedia membantu kawan yang perlukan bantuan.
10) Mempunyai imej diri yang positif.
11) Memberi ganjaran dan mengiktiraf kepada diri sendiri.
12) Menjalani kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan.
13) Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Mengelakkan makanan yang melemahkan daya fikir dan ingatan.
14) Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada ALLAH.
15) Sentiasa bertawakal.

Mohd Ismail bin Musytari , “ Ciri-ciri insan cemerlang yang perlu diusahakan oleh setiap belia dan sesiapa sahaja yang inginkan kecemerlangan dalam kehidupannya seperti berikut:

1) Beriman
2) Bertakwa
3) Berilmu
4) Berakhlak
5) Ithar ( mengutamakan saudara seagama lebih daripada diri sendiri ) dan sanggup melakukan pengorbanan.
6) Istiqamah
7) Ikhlas.
8) Bertawakal kepada ALLAH
9) Soleh li Nafsihi wa Musleh li Ghairihi (baik pada dirinya dan membaiki orang lain)

0 comments

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

0 comments

USRAH DI KML

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia taufiq dan inayahNYA kita masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana kita semua telah melalui minggu peperiksaan sepanjang 2 minggu yang lepas. Lulus ataupun kurang berjaya, kita berserah pada yang ESA. Kerana DIA telah menjanjikan yang terbaik buat diri kita. Maka kita haruslah berlapang dada dengan apa juga keputusan yang bakal kita terima.

Alhamdulillah, setelah berakhirnya minggu peperiksaan , masa yang ada ana manfaatkan dengan menziarahi adik-adik di KML. Sudah lama rasanya tidak bertandang ke sana. Dan timbul rasa kekesalan kerana budaya pedulisme belum tersemai di jiwa. Rasa rindu akan surau Al-Irfan terubat jua setelah menjejakkan kaki di bumi KML. Langkah yang dihayun menuju ke surau diiringi dengan pemandangan senja yang semakin melabuhkan tirainya.

Pertama kali bersua dengan adik-adik membuatkan kenangan lama dengan sahabat-sahabat se’batch’ semakin kuat berlegar-legar di minda. Sukarnya untuk meluahkan rasa rindu. Sukar juga untuk digambarkan melalui kata-kata. Pengalaman dikongsi bersama adik-adik dengan harapan nur ISLAM kan terus bersinar di bumi KML dan surau Al-Irfan akan terus diimarahkan oleh adik-adik yang disayangi.

Harapan abang-abang dan kakak-kakak sudah semestinyalah ingin melihat adik-adik inilah yang menjadi pendokong dalam gerakan kita menyebarkan syiar ISLAM. Kita bukanlah pemula malah bukan juga pengakhirnya. Kitalah penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah. Moga ikatan ukhwah yang di bina ke AKHIRNYA. Sayang fillah.

0 comments

::SAINS MEMBAWA KEPADA IMAN::

Sains apabila dikaitkan dengan wahyu, menyebabkan perubahan yang mengagumkan. Antara perubahan itu adalah meninggalkan kekufuran dan menuju keimanan. Salah seorang tokoh yang mendapat hidayah kesan daripada pengkajian sains dikaitkan dengan Quran adalah Profesor Tejatat Tejasen. Beliau adalah seorang pakar dalam bdang anatomi dan pernah menjadi dekan di Fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai, Thailand.

Dalam Konferensi Perubatan ke-8 yang diadakan di Riyadh, Saudi Arabia, beberapa tahun yang lalu, beliau bangun beruca dan berkata, “Tiga tahun yang lepas saya amat berminat dengan Al-Quran . saya meyakini segala apa yang direkodkan dalm Quran empat belas ratus tahun dahulu adlah benar kerana ia boleh dibuktikan secara saintifik . oleh sebab Muhammad tidak tahu membaca dan menulis, beliau semestinya merupakan seorang utusan yang menyampaikan kebenaran daripada Tuhan yang mencipta. Pencipta itu semestinya ALLAH, justeru sya rasa sudah sampai masanya untuk saya berkata ‘ laa ilaaha illaALLAH Muhammd Rasool ALLAH. ‘ ( ucapan beliau dapat dilihat dalam rakaman video This is The Truth oleh Abdul Majid al-Zindani. Transkip dalam bahasa Inggeris diterbitkan oleh Abdullah M. Rehaili, This is the Truth Muslim World League, Makkah al-Mukarramah, 1995).

Saind Quran juga mengagumkan Dr. Gary Miller. Beliau adalah seorang pakar matematik di samping seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Ilmu yang beliau peroleh daripada Al-Quran mengubah hidupnya kerana selepas itu beliau memeluk Islam.

Dalam tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata, “ seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji Quran adalah ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Quran adalah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka mengjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula mengjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita mengenai padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari ia tidak seperti yang mereka jangkakan. Quran dapat dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak di utarakan oleh kita-kitab agama lain secara amnya. Malah Quran mampu menyahut cabaran-cabaran ahli-ahli sains . konsep sains pada hari ini adalah satu konsep yang memerlukan bukti. Sekiranya seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan sekiranya ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu bagi membuktikan ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan Al-Quran, justeru Al-Quran adalah sebuah kitab yang hak dan benar.”

Dipetik daripada buku QURAN SAINTIFIK karangan DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

1 comments

.: 9 SITI yang patut dicontohi :.

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah
s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,
setia dan menyokong Rasulullah walaupun
ditentang hebat oleh org2 kafir dan
musyrik, menghantarkan makanan kpd
Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi
pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah
walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan
1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan
Ali. Rasulullah pernah b’kata aku
takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling
romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di
mana Nabi s.a.w minum di situ beliau
akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd
suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas
suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
mencari air utk anaknya Nabi Ismail
(Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga
kehormatan diri dan mempunyai maruah yg
tinggi sehingga rahimnya dipilih oh
Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan
tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung
Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.

8) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan
dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan
minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya
tidak memuaskan hati, berhias dgn
cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi
isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya
utk membina terusan utk kegunaan org
ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2
Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm
rancangan Halaqah TV9
bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Adakah kita
tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada
tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu
kita utk menjadi insan yg lebih baik di
Bumi Allah ini, insyaAllah.

0 comments

< tUTuP AiB >

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:
“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

0 comments

peluang terbuka untuk SEMUA

Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 November
Nyza Ayob
Tue Nov 04, 08 3:48:43 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Atas sokongan dan kepercayaan rakyat daripada masyarakat pelbagai kaum kepada PAS pada Pilihan raya Umum ke-12 yang lepas khususnya di kalangan anak muda daripada pelbagai kaum, Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif melalui penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP).

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Inisiatif tersebut katanya diambil kerana menyedari kurangnya penumpuan PAS terhadap golongan muda daripada kalangan masyarakat bukan Islam.

Jelas Khairul Faizi, memandangkan penubuhan Kelab Penyokong PAS pada 2004 dengan keahliannya sudahpun mencecah 18 ribu orang, maka Dewan Pemuda PAS mengambil inisiatif untuk membentuk Kelab Penyokong Muda PAS yang akan lebih cenderung ke arah aktiviti yang sesuai untuk pemuda.

Tambahnya, Kelab Penyokong PAS dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda.

Pelancaran dan perasmian Kelab Penyokong Muda PAS ini akan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayubdi pekarangan lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 November 2008 pukul 2.30 petang.

Khairul Faizi menerangkan, pada majlis tersebut, beberapa aturcara seperti persembahan kumpulan anak muda daripada Kelab Penyokong Muda PAS, pelancaran misi dan visi kelab, penyerahan borang keahlian dan majlis memperkenalkan Jawatankuasa Penaja Kelab Penyokong Muda PAS.

Dalam pada itu katanya, kemuncak penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS akan diadakan pada Mei 2009 melalui satu Himpunan Anak Muda Kelab Penyokong Muda PAS yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang. Ia akan dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua jawatankuasa penaja yang telah berjaya ditubuhkan di peringkat pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan bahawa Kelab Penyokong Muda PASakan disambut diperingkat negeri-negeri, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat akan bergerak ke seluruh negara untuk melancarkan kelab tersebut di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak selepas pelancaran dilakukan pada 15 November nanti. - mks. _
dipetik drpd harakahdaily.com

1 comments

Ya ALLAH permudahkanlah

" ya ALLAH ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMU. Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat RasulMU. Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMU..Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidah tahu tentang ilmuMU..Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMU..Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMUlah kami akan kembali.."
" ya ALLAH engkau lancarkanlah mata pena kami, Engkau ilhamkan sesuatu yang tidak kami ketahui, Engkau kembalikanlah ilmu yang telah kami pelajari tatkala kami memerlukannya, Kau kurniakanlah ketenangan di hati kami ya ALLAh, Engkau permudahkanlah urusan kami, urusan duniawi dan ukhrawi kami ya ALLAH. Hanya kepadaMU sajalah tempat kami memohon pertolongan dan kami letakkan rasa kebergantungan. Kami berserah dan bertawakal hanya kepadaMU ya ALLAH. Ya Rabbi perkenankanlah doa kami."
AMIN YA RABBAL ALAMIN
salam perjuangan buat rakan-rakan. moga ALLAH
permudahkan bagi kita dalam menempuh peperiksaan
final exam bagi semester 1 2008/2009.
ma'an taufiq wannajah lil imtihan..

Thursday, November 27, 2008

Habiburrahman El-Shirazy : AAC, penyebab dakwahnya lebih meluas

Posted by ~pyda313~ at 27.11.08 0 comments

Monday, November 24, 2008

Kenapa ujian seberat ini?

Posted by ~pyda313~ at 24.11.08 0 comments

Wednesday, November 19, 2008

12 SIFAT SAHABAT

Posted by ~pyda313~ at 19.11.08 0 comments

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Sunday, November 16, 2008

USRAH DI KML

Posted by ~pyda313~ at 16.11.08 0 comments

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia taufiq dan inayahNYA kita masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana kita semua telah melalui minggu peperiksaan sepanjang 2 minggu yang lepas. Lulus ataupun kurang berjaya, kita berserah pada yang ESA. Kerana DIA telah menjanjikan yang terbaik buat diri kita. Maka kita haruslah berlapang dada dengan apa juga keputusan yang bakal kita terima.

Alhamdulillah, setelah berakhirnya minggu peperiksaan , masa yang ada ana manfaatkan dengan menziarahi adik-adik di KML. Sudah lama rasanya tidak bertandang ke sana. Dan timbul rasa kekesalan kerana budaya pedulisme belum tersemai di jiwa. Rasa rindu akan surau Al-Irfan terubat jua setelah menjejakkan kaki di bumi KML. Langkah yang dihayun menuju ke surau diiringi dengan pemandangan senja yang semakin melabuhkan tirainya.

Pertama kali bersua dengan adik-adik membuatkan kenangan lama dengan sahabat-sahabat se’batch’ semakin kuat berlegar-legar di minda. Sukarnya untuk meluahkan rasa rindu. Sukar juga untuk digambarkan melalui kata-kata. Pengalaman dikongsi bersama adik-adik dengan harapan nur ISLAM kan terus bersinar di bumi KML dan surau Al-Irfan akan terus diimarahkan oleh adik-adik yang disayangi.

Harapan abang-abang dan kakak-kakak sudah semestinyalah ingin melihat adik-adik inilah yang menjadi pendokong dalam gerakan kita menyebarkan syiar ISLAM. Kita bukanlah pemula malah bukan juga pengakhirnya. Kitalah penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah. Moga ikatan ukhwah yang di bina ke AKHIRNYA. Sayang fillah.

Thursday, November 13, 2008

::SAINS MEMBAWA KEPADA IMAN::

Posted by ~pyda313~ at 13.11.08 0 comments
Sains apabila dikaitkan dengan wahyu, menyebabkan perubahan yang mengagumkan. Antara perubahan itu adalah meninggalkan kekufuran dan menuju keimanan. Salah seorang tokoh yang mendapat hidayah kesan daripada pengkajian sains dikaitkan dengan Quran adalah Profesor Tejatat Tejasen. Beliau adalah seorang pakar dalam bdang anatomi dan pernah menjadi dekan di Fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai, Thailand.

Dalam Konferensi Perubatan ke-8 yang diadakan di Riyadh, Saudi Arabia, beberapa tahun yang lalu, beliau bangun beruca dan berkata, “Tiga tahun yang lepas saya amat berminat dengan Al-Quran . saya meyakini segala apa yang direkodkan dalm Quran empat belas ratus tahun dahulu adlah benar kerana ia boleh dibuktikan secara saintifik . oleh sebab Muhammad tidak tahu membaca dan menulis, beliau semestinya merupakan seorang utusan yang menyampaikan kebenaran daripada Tuhan yang mencipta. Pencipta itu semestinya ALLAH, justeru sya rasa sudah sampai masanya untuk saya berkata ‘ laa ilaaha illaALLAH Muhammd Rasool ALLAH. ‘ ( ucapan beliau dapat dilihat dalam rakaman video This is The Truth oleh Abdul Majid al-Zindani. Transkip dalam bahasa Inggeris diterbitkan oleh Abdullah M. Rehaili, This is the Truth Muslim World League, Makkah al-Mukarramah, 1995).

Saind Quran juga mengagumkan Dr. Gary Miller. Beliau adalah seorang pakar matematik di samping seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Ilmu yang beliau peroleh daripada Al-Quran mengubah hidupnya kerana selepas itu beliau memeluk Islam.

Dalam tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata, “ seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji Quran adalah ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Quran adalah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka mengjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula mengjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita mengenai padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari ia tidak seperti yang mereka jangkakan. Quran dapat dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak di utarakan oleh kita-kitab agama lain secara amnya. Malah Quran mampu menyahut cabaran-cabaran ahli-ahli sains . konsep sains pada hari ini adalah satu konsep yang memerlukan bukti. Sekiranya seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan sekiranya ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu bagi membuktikan ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan Al-Quran, justeru Al-Quran adalah sebuah kitab yang hak dan benar.”

Dipetik daripada buku QURAN SAINTIFIK karangan DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

Monday, November 10, 2008

.: 9 SITI yang patut dicontohi :.

Posted by ~pyda313~ at 10.11.08 1 comments

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah
s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,
setia dan menyokong Rasulullah walaupun
ditentang hebat oleh org2 kafir dan
musyrik, menghantarkan makanan kpd
Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi
pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah
walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan
1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan
Ali. Rasulullah pernah b’kata aku
takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling
romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di
mana Nabi s.a.w minum di situ beliau
akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd
suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas
suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
mencari air utk anaknya Nabi Ismail
(Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga
kehormatan diri dan mempunyai maruah yg
tinggi sehingga rahimnya dipilih oh
Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan
tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung
Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.

8) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan
dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan
minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya
tidak memuaskan hati, berhias dgn
cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi
isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya
utk membina terusan utk kegunaan org
ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2
Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm
rancangan Halaqah TV9
bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Adakah kita
tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada
tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu
kita utk menjadi insan yg lebih baik di
Bumi Allah ini, insyaAllah.

< tUTuP AiB >

Posted by ~pyda313~ at 10.11.08 0 comments
Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:
“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

Tuesday, November 4, 2008

peluang terbuka untuk SEMUA

Posted by ~pyda313~ at 4.11.08 0 comments
Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 November
Nyza Ayob
Tue Nov 04, 08 3:48:43 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Atas sokongan dan kepercayaan rakyat daripada masyarakat pelbagai kaum kepada PAS pada Pilihan raya Umum ke-12 yang lepas khususnya di kalangan anak muda daripada pelbagai kaum, Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif melalui penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP).

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Inisiatif tersebut katanya diambil kerana menyedari kurangnya penumpuan PAS terhadap golongan muda daripada kalangan masyarakat bukan Islam.

Jelas Khairul Faizi, memandangkan penubuhan Kelab Penyokong PAS pada 2004 dengan keahliannya sudahpun mencecah 18 ribu orang, maka Dewan Pemuda PAS mengambil inisiatif untuk membentuk Kelab Penyokong Muda PAS yang akan lebih cenderung ke arah aktiviti yang sesuai untuk pemuda.

Tambahnya, Kelab Penyokong PAS dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda.

Pelancaran dan perasmian Kelab Penyokong Muda PAS ini akan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayubdi pekarangan lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 November 2008 pukul 2.30 petang.

Khairul Faizi menerangkan, pada majlis tersebut, beberapa aturcara seperti persembahan kumpulan anak muda daripada Kelab Penyokong Muda PAS, pelancaran misi dan visi kelab, penyerahan borang keahlian dan majlis memperkenalkan Jawatankuasa Penaja Kelab Penyokong Muda PAS.

Dalam pada itu katanya, kemuncak penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS akan diadakan pada Mei 2009 melalui satu Himpunan Anak Muda Kelab Penyokong Muda PAS yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang. Ia akan dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua jawatankuasa penaja yang telah berjaya ditubuhkan di peringkat pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan bahawa Kelab Penyokong Muda PASakan disambut diperingkat negeri-negeri, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat akan bergerak ke seluruh negara untuk melancarkan kelab tersebut di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak selepas pelancaran dilakukan pada 15 November nanti. - mks. _
dipetik drpd harakahdaily.com

Sunday, November 2, 2008

Ya ALLAH permudahkanlah

Posted by ~pyda313~ at 2.11.08 1 comments