pilihan raya kampus : tukar nama kerana saiful bukhari?

Intan Abdullah Sun Jan 04, 09 2:50:25 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Hrkh) -"Tindakan tersebut adalah didorong oleh isu Saiful Bukhari yang merupakan produk kumpulan Aspirasi pro-Umno di kampus yang menjadi bahan politik kerajaan."

Kumpulan mahasiswa yang digelarkan dengan Aspirasi yang memihak kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kerajaan berada dalam situasi yang tidak menentu dan kini menghadapi krisis identiti untuk menghadapi Pilihan raya apabila didakwa berusaha menukar nama.

Menurut sumber, kumpulan tersebut kini sedang dalam proses ingin menukarkan nama mereka kepada 'Penggerak Siswa' yang dianggotai oleh sekretariat pelajar kolej-kolej kediaman.
Keadaan ini diberitakan hanya terjadi di kalangan kumpulan Aspirasi di Universiti Malaya setelah sebelum ini ada ura-ura yang menyatakan mereka telah menukarkan nama kepada Revolusi Mahasiswa atau Revo-M.

Pengerusi Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata tindakan tersebut adalah didorong oleh beberapa faktor yang jelas iaitu isu Saiful Bukhari yang merupakan produk Aspirasi di kampus manjadi bahan politik kerajaan dengan membenarkan dirinya dipergunakan dalam kes tuduhan liwat bersama Penasihat KeADILan, Dato� Seri Anwar Ibrahim.

"Selain itu, kita juga tidak boleh menafikan faktor eksternal pasca 8 Mac iaitu tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang merupakan gelombang perubahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Tambahnya, Aspirasi juga sudah tidak mempunyai matlamat jelas dalam membawa mahasiswa kemana arah tujunya. "Oleh yang demikian, kumpulan ini telah bertukar nama untuk memberikan nafas baru dalam perjuangan mereka," .Modus operandi dan warna tema kumpulan Penggerak Mahasiswa ini sama sepertimana Pakatan Gagasan yang dahulu pernah digunakan hasil gabungan beberapa kumpulan mahasiswa yang memperjuangkan agenda mahasiswa di Universiti Malaya dengan menggunakan warna kuning.

Beliau percaya, antara sebab utama 'rebranding' nama ini adalah untuk mengelirukan mahasiswa khususnya mahasiswa tahun pertama tentang kewujudan Pro-Mahasiswa dan Aspirasi.

Sebelum daripada ini, Pro-Mahasiswa di dua kampus utama iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah ditawarkan perkongsian kuasa oleh Aspirasi supaya tidak perlu diadakan Pilihanraya Kampus.

"Ini merupakan tindakan terdesak daripada Aspirasi dalam menghadapi Pilihanraya Kampus akan datang," tegasnya. Norazali juga berharap agar penyokong Pro-Mahasiswa tidak terkeliru dengan jelmaan ini yang sama seperti Aspirasi lama. Mengulas tawaran kerusi daripada pihak Aspirasi, beliau menyatakan tindakan ini seolah-olah mematikan demokrasi kampus dalam pemilihan majlis perwakilan malah tindakan terdesak ini diambil akibat mereka berasa goyah dan tidak stabil.

"Saya memohon agar Pro-mahasiswa setiap kampus bersiap siaga dalam menghadapi pilihanraya kampus yang akan menjelang yang berkemungkinan mencetuskan pertembungan hebat walaupun dalam masa yang sama di peringkat nasional berlakunya Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu," katanya lagi. - azm_

sumber:harakahdaily.net

0 comments:

Sunday, January 4, 2009

pilihan raya kampus : tukar nama kerana saiful bukhari?

Posted by ~pyda313~ at 4.1.09

0 comments on "pilihan raya kampus : tukar nama kerana saiful bukhari?"