.::10 Muharam::.

Salam wasilah ukhwafillah buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Sesungguhnya pada bulan muharam ini terdapat satu hari yang begitu bermakna buat umat Islam keseluruhannya. Hari tersebut adalah 10 muharram di mana kita disunatkan menunaikan ibadah puasa sunat.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah S.A.W bersabda ; Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari itu (Hari Asyura) berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan meninggalkannya.(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
10 muharam also known as hari asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Peristiwa-peristiwa yang lain lain yang berlaku pada 10 muharam:

1) Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2) Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3) Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4) Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6) Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7) Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8) Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9) Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10)Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11) Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12) Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13) Hari pertama Allah menciptakan alam.

14) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15) Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16) Allah menjadikan 'Arasy.

17) Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18) Allah menjadikan alam.

19) Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20) Nabi Isa diangkat ke langit.
14 perkara sunat dilakukan pada hari asyura (10 muharam)

1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4) Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5) Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8) Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12) Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
sahabat-sahabat, ana ingin mengajak agar kita semua mengimarahkan hari ini dengan pelbagai amalan-amalan sunat. moga dirimu dan juga diriku beroleh redhaNYA. selamat beramal ibadah..

0 comments:

Tuesday, January 6, 2009

.::10 Muharam::.

Posted by ~pyda313~ at 6.1.09

0 comments on ".::10 Muharam::."