visit to kudat siri ke4 ( 11 januari 2009 )

Bertolak ke Kudat

Ana dan juga sahabat-sahabat yang lain berkumpul di bus stop Kg CD sebelum bertolak seawal jam 7 pagi. Lawatan kali keempat buat ana ini bertujuan melawat keluarga angkat yang telah ditetapkan sejak berada di tahun satu lagi. Lawatan ini merupakan lawatan kali kelima coursemate yang lain memandangkan semasa trip mereka yang dahulu ana menyertai program lain yang memerlukan ana berada di tempat yang lain.

Sekadar pengenalan

Sebagai pengenalannya program ini dinamakan sebagai University-Family Partnership in Community Wellness Program ( UFPCWP ) atau lebih dikenali di kalangan pelajar-pelajar perubatan sebagai Program Perkongsian Universiti-Keluarga ( PUPUK ). Setiap foster family akan mendapat 2 orang pelajar sebagai anak angkat mereka. Setiap tahun lawatan ke rumah foster family harus dilakukan seminimum 3 kali.

Melawat Pusat Pembuatan Gong

Kami tiba di SMK Sikuati pada pukul 9.49 pagi dan menunggu foster family masing-masing. Kami di bawa bersarapan dan kemudian bertolak ke pusat pembuatan gong yang terletak di Kg Sumangkap. Di kampung ini, hampir keseluruhannya non-muslim dan membuat gong merupakan pekerjaan utama dan sumber nafkah bagi menyara keluarga mereka. Ana melihat suasana sekitar yang nyaman dek masih banyak pohon-pohon menghijau di sekeliling kampung ini. Menurut sejarahnya kampung ini dinamakan Sumangkap kerana di zaman dahulu bagi penduduk yang telah melakukan kesalahan berat mereka akan diletakkan di celah-celah dahan pokok sehinggalah mereka menemui ajal mereka.

Melawat ke rumah panjang kaum rungus

Berkesempatan melawat rumah panjang suku kaum rungus yang terletak di kampung bersebelahan yang dinamakan Kg Bavanggazo ( bermaksud sungai besar ).

Hormati agama lain

Setelah melawat pusat pembuatan gong dan rumah panjang, kami singgah sebentar di rumah keluarga angkat. Perkara yang paling membimbangkan ana. Di dalam kereta ana berkira-kira sama ada hendak keluar ataupun tidak. Kejinakan anjing-anjing peliharaan keluarga angkat yang menjadi asbab ana tidak berani menjejakkan kaki ke tanah. Anjing-anjing ini tersangatlah suka menghampiri kaki tuan mereka sambil menggesel-geselkan badan mereka. Keluarga angkat ana terpaksa mengalihkan perhatian anjing-anjing tersebut bagi memberi ruang kepada ana untuk naik ke rumah.

Berjumpa dengan adik-adik angkat merupakan perkara yang menggembirakan. Di kelilingi oleh insan-insan yang berlainan agama membuatkan ana berfikir sendirian. HidayahNYA belum sampai kepada mereka walaupun menurut foster parents ana ramai juga di kalangan sanak saudara mereka yang telah menganut agama Islam yang suci ini. Sedikit sebanyak perkara halal dan haram dalam agama Islam juga di ketahui oleh mereka. Di situlah wujudnya kefahaman serba sedikit perihal agama Islam wujud.

Sepanjang 4 siri lawatan ana, ana sedari mereka hanya membawa kami makan di restoran-restoran yang dimiliki oleh orang-orang muslim. Sebagai satu-satunya insan yang beragama Islam di kalangan mereka ana terharu. Mereka menghoramati ana yang berlainan akidah dan kepercayaan dari mereka. Ruang dan peluang untuk menyebarkan dakwah terbuka luas. Moga ALLAH melimpahkan nur hidayahNYA walaupun kita tahu bahawa itu hak milikNYA.

“barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAh S.W.T akan diberikan petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama ) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki ALLAH S.W.T. berada dalam kesesatan , nescaya Allah jadikan dadanya sesak lagii sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah ALLAH S.W.T menurunkan seksa kepada orang yang tidak beriman.” (Surah Al-An’am: ayat 125)

0 comments:

Sunday, January 11, 2009

visit to kudat siri ke4 ( 11 januari 2009 )

Posted by ~pyda313~ at 11.1.09

0 comments on "visit to kudat siri ke4 ( 11 januari 2009 )"