0 comments

Menaja Set Selamatkan Aqidah!

JOM BERAMAL !
  • satu set sumbangan bernilai RM30 sahaja
  • sumbangan ke Akaun CIMB -12180099132527
  • maklumkan jumlah sumbangan anda kepada saudara nadir ( 019-8110964 )

SYUKRAN JAZILAN !

( untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut , bolehlah berhubung terus dengan saudara nadir atau rujuk nurilhakim.blogspot.com )

0 comments

Kempen Kesihatan

20 - 21 hb februari ini , kami berpeluang menyertai kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang bertempat di Sandakan. Bertolak dari UMS seawal 2.30 minit petang dan kami tiba di sandakan pada jam 11 malam . Dengan menaiki kereta kak Junaidah , dentist klinik kesihatan putatan kami berasa amat bersyukur kerana ALLAH melimpahkan keberkatan dan menjauhkan diri kami dari sebarang malapetaka. Setibanya di Sandakan , kami menumpang di rumah kak Kiah , pegawai diatetik hospital sandakan .

Keesokan harinya , kami bersiap seawal jam 6 pagi dan menuju ke jeti sandakan . Dengan menaiki bot , kami meredah lautan yang terbentang luas menuju ke Kampung Mumiang yang terletak di pulau seberang . perjalanan mengambil masa selama 1 jam .

Setibanya kami di Kampung Mumiang , kelihatan penduduk telah pun berada di jeti menunggu kehadiran medical team PAPISMA . setelah mengangkut barang-barang ke atas jeti , pemeriksaan kesihatan pun dilakukan oleh para doktor yang diterbangkan dari semenanjung malaysia . Di bawah merupakan beberapa keping gambar yang di ambil ketika program .

Antara penduduk yang hadir

Medical team of PAPISMA

Pemeriksaan kesihatan

Sumbangan kepada para penduduk

Perjalanan balik ke Sandakan
Kami tiba di jeti Sandakan pada pukul 12.30 lebih dan berpecah melakukan aktiviti masing-masing . Bagi kami yang datang dari KK, kami mengambil keputusan untuk solat terlebih dahulu di masjid negeri dan seterusnya menuju ke pasar SIM2 yang begitu terkenal dengan juadah ikan bakarnya . memandangkan petang tersebut tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan kami mengambil kesempatan melawat kak Norlia , seorang senior yang baru sahaja memulakan dunia pekerjaan di bank islam sandakan . Gembira bukan kepalang pabila dipertemukan setelah lama tidak bersua. Setelah itu kami balik berehat di rumah kak kiah.
Pada jam 5.30 petang , kami menuju ke Hospital Sandakan melawat mak cik kepada Abg Sezen yang memandu kereta membawa kami ke Sandakan. Terkesan di hati apabila mendengar cerita makcik ini . Dipendekkan cerita , makcik ini mengalami demam dan sudah 2 kali bertemu dengan doktor . Malangnya doktor pertama yang dijumpa hanya memberi ubat demam . beberapa hari berlalu demam makcik ini tidak juga beransur sembuh dan makcik selaki lagi bertemu dengan doktor yang lain . Doktor kedua ini pula beranggapan makcik ini hanya ingin mengambil mc lalu memberikan cuti mc sehari . Tidak lama itu barulah makcik mangambil inisiatif untuk berjumpa dengan doktor lain . setelah di diagnos makcik dikatakan dijangkiti oleh sejenis bakteria Psedomonas aeroginosa.
setelah bersalam-salaman kami mengundurkan diri dan menuju ke Kg Batu Putih , lokasi kempen kesihatan yang seterusnya . sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan. kami mengundur diri awal sedikit bagi merehatkan diri sbelum bertolak balik keesokan harinya. gembira dapat bertemu dengan semua para doktor yang hadir sepanjang program tersebut. Pesanan agar kami belajar dengan lebih rajin kami sematkan di hati. Moga ALLAH pertemukan kita di kesempatan lain.

Antara penduduk kampung batu putih yang hadir

1 comments

CINTA LUAR BIASA

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

0 comments

Al-Quran Ubah Keluarga Yusof

Susunan SITI AINIZA KAMSARISAAT ini tidak tergambar betapa bencinya perasaan terhadap golongan yang bernama Yahudi. Apatah lagi yang menghuni di sebuah negara haram, Israel!

Ini kerana mereka mempunyai satu gerakan yang cukup zalim dan kejam tanpa mempunyai nilai-nilai ketamadunan manusia kecuali bernafsukan binatang. Rejim Israel menjadikan manusia yang lain umpama binatang buruan yang kemudiannya dibunuh dengan kejam. Tanpa ada sebarang peraturan dan undang-undang yang membataskan kecuali berpaksi kepada undang-undang rimba!

Walaupun mendakwa mereka mempunyai agama yang suci sebagai pegangan hidup. Istilah seperti Yahudi mabuk misalnya, merujuk kepada mereka yang hidup tiada pedoman dan sebagainya menggambarkan lagi betapa buruknya bangsa ini di pandangan masyarakat antarabangsa.

Namun masih ada Yahudi yang waras akalnya. Malah sanggup meninggalkan segala macam doktrin dan dogma Yahudi dan akhirnya mengakui kebenaran Islam dan memeluk agama itu tanpa sebarang halangan dan prejudis. Antaranya, Yousef al-Khattab yang seisi keluarga memeluk Islam dengan seikhlas hati sekali gus membuktikan Islam agama sejagat.

"Saya dilahirkan dalam keluarga Yahudi tetapi lebih bersifat sekular, iaitu kami tidak begitu taksub terhadap ajaran Taurat dalam setiap aspek kehidupan.

"Bagi kami, ruang lingkup agama adalah ibadat dan bukan untuk dijadikan cara hidup" katanya.

Ketika usianya mencecah 18 tahun, Yousef ingin melihat lebih jauh ke dalam agamanya sendiri, terutama dalam mempercayai kewujudan tuhan. Lantas memilih pengajian Rabbinical Orthodox Judaism ketika belajar di sekolah Yahudi.

Pada 1988, Yousef kemudiannya menyambung pengajian peringkat tinggi, iaitu yang dikenali sebagai Yeshiva dan memulakan perjalanan hidupnya dengan mengikuti secara kultus atau mengamalkan ajaran yang selama ini dipelajari secara teori.

Pada 1991, Yousef mengahwini seorang wanita berketurunan Yahudi, bernama Luna Mellul yang kemudiannya dikenali Qamar al-Khattab setelah memeluk Islam.

"Isteri saya berasal dari sebuah bandar yang dikenali sebagai Tetouan di Maghribi dan mendapat pendidikan di sebuah sekolah Yahudi untuk kanak-kanak perempuan, Sampson Raphael Bet Yaakov atau Bais Yakov setelah berpindah ke Manhattan Amerika Syarikat," kata Yousef.

Mereka dikurniakan Rachamin Cohen (kini dikenali sebagai Abdel Rahman) setahun kemudian. Perkahwinan yang dibina pada masa itu, penuh bahagia tanpa sebarang konflik.

Selepas kelahiran Rachamin, pasangan Yahudi ini kemudiannya menetap di sebuah komuniti Yahudi yang dikenali sebagai Satmar Hasidic di Williamsburg, Brooklyn Amerika Syarikat.Ketika menetap di situ, Yousef mula mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila ajaran Yahudi tidak menjadi satu amalan agama yang baik malah penuh dengan pembohongan dan penipuan.

"Mereka menggunakan institusi seperti kuil Yahudi, synagogue dan institusi kewangan Yahudi, Bank Yeshiva untuk menggelapkan wang-wang sumbangan sehingga menjadikan kehidupan masyarakat Yahudi di situ agak teruk dan pengotor.

"Ini menyebabkan saya berasa tidak lagi sesuai menetap dengan komuniti di situ. Apa lagi untuk membesarkan anak-anak" katanya.

Sehingga 1998, pasangan ini dikurniakan tiga anak lagi iaitu Hesibeh, Abdul Aziz (dahulunya Ezra) dan Abdullah (dahulunya Ovadia).

"Sehingga ke saat itu saya masih mempercayai bahawa agama Yahudi merupakan satu ajaran yang benar" katanya.

Begitupun kata Yousef, beliau sebenarnya masih tidak begitu memahami ajaran sebenar agama itu kerana untuk memahami Judaisme ia terpaksa melalui tiga cara atau peringkat termasuk `peringkat yang tersembunyi'.Peringkat-peringkat itu sebenarnya menjadi sebahagian daripada teka-teki yang mengelirukan bagi mereka yang mengamalkan atau kultus Rabbinical.

"Anda tidak akan dapat belajar sehingga habis teks-teks Rabbinic kerana ada kalanya anda hanya perlu tunduk dan patuh kepada ketua agama yang dikenali sebagai rabbi (atau Elders of Zion) yang menentukan tahap-tahap tertentu untuk seseorang itu mempelajari agama Yahudi.

"Mereka inilah yang menterjemahkan agama Yahudi untuk anda dengan cara mereka yang tersendiri" kata Yousef.

Tetapi apabila rabbi dapat mengesan Yousef mula mempertikaikan ajaran Yahudi menyebabkan dirinya sentiasa diperhatikan.

"Rabbi hendak tahu ke mana kita hendak pergi dan dengan siapa kita berkawan, sehingga begitu sekali mereka mengawal penganut-penganutnya.

"Tidak cukup setakat itu, malah atas nasihat Rabbi, mereka meminta kami sekeluarga supaya berpindah untuk menetap di Palestin dan menjadi sebahagian penduduk dalam kerajaan Israel," katanya.

Ini kononnya agar pegangan Yousef terhadap ajaran Yahudi semakin kukuh kerana hidup dalam lingkungan agama dan penganut yang lebih kuat pegangan mereka terhadap agama Yahudi.

Pada September 1998, mereka sekeluarga menuju ke Tebing Barat Gaza dan menetap di sebuah penempatan Yahudi iaitu Gush Qatif di situ.Walaupun diberi pelbagai kemudahan ketika di situ tetapi peristiwa anaknya, Rachamin) ditipu oleh gurunya menyebabkan Yousef semakin tidak mempercayai agamanya sendiri.

Rachamin ketika itu pulang dari sekolah dan sambil termengah-mengah kerana berlari beliau memberitahu bahawa guru yang mengajarnya di sekolah tidak menutup rambutnya dengan betul malah berpakaian menjolok mata.

"Anak saya dan para pelajar yang lain tidak diajar mengenai Taurat kerana sebahagian besar masa mereka dihabiskan dengan hanya bermain dan menyanyi" kata Yousef.

Peristiwa itu menyebabkan Yousef tekad berpindah walaupun ketika itu beliau sendiri berada dalam kesempitan wang dan harta.Malah menurut Qamar, beliau tidak menyenangi keadaan dan corak kehidupan pendatang Yahudi di situ.

"Barulah saya mengenali siapa sebenarnya Yahudi. Antara lain sejak kecil anak-anak Yahudi yang hampir satu juta ramainya itu diajar supaya membenci dan menghina bangsa lain yang dianggap tidak layak mendiami bumi ini kecuali bangsa Yahudi.

"Ini merupakan sifat pentingkan diri sendiri yang paling teruk pernah saya jumpa. Walaupun kami Yahudi, kami menentang sikap-sikap bongkak seperti itu," kata Qamar.

Yousef kemudiannya memilih menetap di Netivot, iaitu sebuah penempatan yang telah dirampas hak miliknya daripada rakyat Palestin pada 1948. Sebuah pertubuhan parti politik yang bercirikan agama, Shas kemudiannya membantu Yousef memulakan kehidupan.Mereka diberi sebuah rumah dan anak-anak Yousef dihantar ke sebuah sekolah persendirian sehingga anaknya berjaya menguasai bahasa Hebrew.

"Tetapi ketika menetap di situ saya berkenalan dengan seorang Arab Islam yang berasal dari Arab Saudi dan selama dua tahun perkenalan itu, kami sering menghabiskan masa bertukar-tukar pandangan mengenai agama masing-masing.

"Beliau sering bertanyakan kepada saya mengenai soal akidah dalam agama Yahudi untuk beliau bandingkan dengan tauhid uluhiah sebagai sebahagian daripada kepercayaan kepada monotheism dalam Islam" katanya.

Oleh kerana Yousef tidak mampu menjawab dengan baik mengenai pertanyaan kawannya itu, beliau merujuk kepada rabbi-rabbi Yahudi bagi mendapatkan jawapan yang lebih pasti, tepat, jelas dan logik.Yousef begitu terperanjat apabila diberi hampir 1,001 jawapan yang berbeza-beza dan mengelirukan.

"Malah Rabbi tidak dapat menunjukkan kepada saya di mana perkataan atau nama tuhan (Yahweh) ada disebut dalam teks ajaran dan kitab Taurat.

"Ini menyebabkan saya semakin keliru terhadap pegangan saya selama ini. Lalu saya menuju ke penempatan Arab Palestin bagi mendapatkan senaskhah al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris," katanya.Buat sekian kalinya, Yousef mengalami kejutan apabila mendapati kitab al-Quran itu mampu memberikan jawapan yang beliau cari selama ini.

"Malah al-Quran bukan sahaja menjelaskan kedudukan dan siapa sebenarnya bangsa Yahudi tetapi Allah masih dengan begitu belas dan mengasihi mengajak orang Yahudi kembali ke ajaran Islam," kata Yousef yang begitu bersyukur memiliki al-Quran dan tidak sanggup melepaskannya.Beliau sanggup menghabiskan masa membaca keseluruhan al-Quran yang menyebabkan beliau tidak teragak-agak meninggalkan agama Yahudi.

"Saya memeluk Islam kerana saya tidak mampu menolak sebuah ajaran yang di dalamnya penuh dengan kebenaran dan menjawab pelbagai persoalan terutama soal ketuhanan.

"Malah saya amat gembira kerana dua minggu selepas memeluk Islam, isteri saya pula memeluk Islam setelah beliau juga seperti saya mengkaji dan mendalami serba sedikit mengenai Islam terutama melalui al-Quran. Ini diikuti oleh anak-anak kami kemudiannya," katanya.

Akui Qamar, beliau terkejut dengan tindakan suaminya memeluk Islam kerana telah menjadi sebahagian dari ajaran agama Yahudi supaya membenci agama lain terutama Islam.

"Tetapi Yousef tidak memaksa saya mengikut jejak langkahnya kerana dalam Islam dibenarkan seorang lelaki Islam mengahwini wanita dari golongan ahli kitab.

"Tetapi saya juga ingin mengetahui apa yang Islam lakukan sehinggakan suami saya sanggup memeluk agama itu dengan saya sendiri cuba mengkaji mengenai Islam," jelas beliau.

Hasilnya, Qamar bangga mengakui kebenaran Islam. Kini Yousef sekeluarga menetap di Maghribi. Mereka gemar mendalami ajaran Islam dan bahasa Arab bagi mewujudkan keluarga Muslim yang sejati.

"Walaupun berdarah Yahudi namun Islam membuatkan bangsa ini tiada bezanya seperti bangsa-bangsa yang lain kecuali iman dan takwa sahajalah yang menentukan kedudukan masing-masing di sisi Allah, tuhan yang satu, tuhan yang wajib disembah," katanya.
__._,_.___

0 comments

BULAN SAFAR

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.
* http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Safar.html

Tuesday, February 24, 2009

Menaja Set Selamatkan Aqidah!

Posted by ~pyda313~ at 24.2.09 0 comments
JOM BERAMAL !
  • satu set sumbangan bernilai RM30 sahaja
  • sumbangan ke Akaun CIMB -12180099132527
  • maklumkan jumlah sumbangan anda kepada saudara nadir ( 019-8110964 )

SYUKRAN JAZILAN !

( untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut , bolehlah berhubung terus dengan saudara nadir atau rujuk nurilhakim.blogspot.com )

Sunday, February 22, 2009

Kempen Kesihatan

Posted by ~pyda313~ at 22.2.09 0 comments
20 - 21 hb februari ini , kami berpeluang menyertai kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang bertempat di Sandakan. Bertolak dari UMS seawal 2.30 minit petang dan kami tiba di sandakan pada jam 11 malam . Dengan menaiki kereta kak Junaidah , dentist klinik kesihatan putatan kami berasa amat bersyukur kerana ALLAH melimpahkan keberkatan dan menjauhkan diri kami dari sebarang malapetaka. Setibanya di Sandakan , kami menumpang di rumah kak Kiah , pegawai diatetik hospital sandakan .

Keesokan harinya , kami bersiap seawal jam 6 pagi dan menuju ke jeti sandakan . Dengan menaiki bot , kami meredah lautan yang terbentang luas menuju ke Kampung Mumiang yang terletak di pulau seberang . perjalanan mengambil masa selama 1 jam .

Setibanya kami di Kampung Mumiang , kelihatan penduduk telah pun berada di jeti menunggu kehadiran medical team PAPISMA . setelah mengangkut barang-barang ke atas jeti , pemeriksaan kesihatan pun dilakukan oleh para doktor yang diterbangkan dari semenanjung malaysia . Di bawah merupakan beberapa keping gambar yang di ambil ketika program .

Antara penduduk yang hadir

Medical team of PAPISMA

Pemeriksaan kesihatan

Sumbangan kepada para penduduk

Perjalanan balik ke Sandakan
Kami tiba di jeti Sandakan pada pukul 12.30 lebih dan berpecah melakukan aktiviti masing-masing . Bagi kami yang datang dari KK, kami mengambil keputusan untuk solat terlebih dahulu di masjid negeri dan seterusnya menuju ke pasar SIM2 yang begitu terkenal dengan juadah ikan bakarnya . memandangkan petang tersebut tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan kami mengambil kesempatan melawat kak Norlia , seorang senior yang baru sahaja memulakan dunia pekerjaan di bank islam sandakan . Gembira bukan kepalang pabila dipertemukan setelah lama tidak bersua. Setelah itu kami balik berehat di rumah kak kiah.
Pada jam 5.30 petang , kami menuju ke Hospital Sandakan melawat mak cik kepada Abg Sezen yang memandu kereta membawa kami ke Sandakan. Terkesan di hati apabila mendengar cerita makcik ini . Dipendekkan cerita , makcik ini mengalami demam dan sudah 2 kali bertemu dengan doktor . Malangnya doktor pertama yang dijumpa hanya memberi ubat demam . beberapa hari berlalu demam makcik ini tidak juga beransur sembuh dan makcik selaki lagi bertemu dengan doktor yang lain . Doktor kedua ini pula beranggapan makcik ini hanya ingin mengambil mc lalu memberikan cuti mc sehari . Tidak lama itu barulah makcik mangambil inisiatif untuk berjumpa dengan doktor lain . setelah di diagnos makcik dikatakan dijangkiti oleh sejenis bakteria Psedomonas aeroginosa.
setelah bersalam-salaman kami mengundurkan diri dan menuju ke Kg Batu Putih , lokasi kempen kesihatan yang seterusnya . sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan. kami mengundur diri awal sedikit bagi merehatkan diri sbelum bertolak balik keesokan harinya. gembira dapat bertemu dengan semua para doktor yang hadir sepanjang program tersebut. Pesanan agar kami belajar dengan lebih rajin kami sematkan di hati. Moga ALLAH pertemukan kita di kesempatan lain.

Antara penduduk kampung batu putih yang hadir

Wednesday, February 4, 2009

CINTA LUAR BIASA

Posted by ~pyda313~ at 4.2.09 1 comments

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

Al-Quran Ubah Keluarga Yusof

Posted by ~pyda313~ at 4.2.09 0 comments
Susunan SITI AINIZA KAMSARISAAT ini tidak tergambar betapa bencinya perasaan terhadap golongan yang bernama Yahudi. Apatah lagi yang menghuni di sebuah negara haram, Israel!

Ini kerana mereka mempunyai satu gerakan yang cukup zalim dan kejam tanpa mempunyai nilai-nilai ketamadunan manusia kecuali bernafsukan binatang. Rejim Israel menjadikan manusia yang lain umpama binatang buruan yang kemudiannya dibunuh dengan kejam. Tanpa ada sebarang peraturan dan undang-undang yang membataskan kecuali berpaksi kepada undang-undang rimba!

Walaupun mendakwa mereka mempunyai agama yang suci sebagai pegangan hidup. Istilah seperti Yahudi mabuk misalnya, merujuk kepada mereka yang hidup tiada pedoman dan sebagainya menggambarkan lagi betapa buruknya bangsa ini di pandangan masyarakat antarabangsa.

Namun masih ada Yahudi yang waras akalnya. Malah sanggup meninggalkan segala macam doktrin dan dogma Yahudi dan akhirnya mengakui kebenaran Islam dan memeluk agama itu tanpa sebarang halangan dan prejudis. Antaranya, Yousef al-Khattab yang seisi keluarga memeluk Islam dengan seikhlas hati sekali gus membuktikan Islam agama sejagat.

"Saya dilahirkan dalam keluarga Yahudi tetapi lebih bersifat sekular, iaitu kami tidak begitu taksub terhadap ajaran Taurat dalam setiap aspek kehidupan.

"Bagi kami, ruang lingkup agama adalah ibadat dan bukan untuk dijadikan cara hidup" katanya.

Ketika usianya mencecah 18 tahun, Yousef ingin melihat lebih jauh ke dalam agamanya sendiri, terutama dalam mempercayai kewujudan tuhan. Lantas memilih pengajian Rabbinical Orthodox Judaism ketika belajar di sekolah Yahudi.

Pada 1988, Yousef kemudiannya menyambung pengajian peringkat tinggi, iaitu yang dikenali sebagai Yeshiva dan memulakan perjalanan hidupnya dengan mengikuti secara kultus atau mengamalkan ajaran yang selama ini dipelajari secara teori.

Pada 1991, Yousef mengahwini seorang wanita berketurunan Yahudi, bernama Luna Mellul yang kemudiannya dikenali Qamar al-Khattab setelah memeluk Islam.

"Isteri saya berasal dari sebuah bandar yang dikenali sebagai Tetouan di Maghribi dan mendapat pendidikan di sebuah sekolah Yahudi untuk kanak-kanak perempuan, Sampson Raphael Bet Yaakov atau Bais Yakov setelah berpindah ke Manhattan Amerika Syarikat," kata Yousef.

Mereka dikurniakan Rachamin Cohen (kini dikenali sebagai Abdel Rahman) setahun kemudian. Perkahwinan yang dibina pada masa itu, penuh bahagia tanpa sebarang konflik.

Selepas kelahiran Rachamin, pasangan Yahudi ini kemudiannya menetap di sebuah komuniti Yahudi yang dikenali sebagai Satmar Hasidic di Williamsburg, Brooklyn Amerika Syarikat.Ketika menetap di situ, Yousef mula mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila ajaran Yahudi tidak menjadi satu amalan agama yang baik malah penuh dengan pembohongan dan penipuan.

"Mereka menggunakan institusi seperti kuil Yahudi, synagogue dan institusi kewangan Yahudi, Bank Yeshiva untuk menggelapkan wang-wang sumbangan sehingga menjadikan kehidupan masyarakat Yahudi di situ agak teruk dan pengotor.

"Ini menyebabkan saya berasa tidak lagi sesuai menetap dengan komuniti di situ. Apa lagi untuk membesarkan anak-anak" katanya.

Sehingga 1998, pasangan ini dikurniakan tiga anak lagi iaitu Hesibeh, Abdul Aziz (dahulunya Ezra) dan Abdullah (dahulunya Ovadia).

"Sehingga ke saat itu saya masih mempercayai bahawa agama Yahudi merupakan satu ajaran yang benar" katanya.

Begitupun kata Yousef, beliau sebenarnya masih tidak begitu memahami ajaran sebenar agama itu kerana untuk memahami Judaisme ia terpaksa melalui tiga cara atau peringkat termasuk `peringkat yang tersembunyi'.Peringkat-peringkat itu sebenarnya menjadi sebahagian daripada teka-teki yang mengelirukan bagi mereka yang mengamalkan atau kultus Rabbinical.

"Anda tidak akan dapat belajar sehingga habis teks-teks Rabbinic kerana ada kalanya anda hanya perlu tunduk dan patuh kepada ketua agama yang dikenali sebagai rabbi (atau Elders of Zion) yang menentukan tahap-tahap tertentu untuk seseorang itu mempelajari agama Yahudi.

"Mereka inilah yang menterjemahkan agama Yahudi untuk anda dengan cara mereka yang tersendiri" kata Yousef.

Tetapi apabila rabbi dapat mengesan Yousef mula mempertikaikan ajaran Yahudi menyebabkan dirinya sentiasa diperhatikan.

"Rabbi hendak tahu ke mana kita hendak pergi dan dengan siapa kita berkawan, sehingga begitu sekali mereka mengawal penganut-penganutnya.

"Tidak cukup setakat itu, malah atas nasihat Rabbi, mereka meminta kami sekeluarga supaya berpindah untuk menetap di Palestin dan menjadi sebahagian penduduk dalam kerajaan Israel," katanya.

Ini kononnya agar pegangan Yousef terhadap ajaran Yahudi semakin kukuh kerana hidup dalam lingkungan agama dan penganut yang lebih kuat pegangan mereka terhadap agama Yahudi.

Pada September 1998, mereka sekeluarga menuju ke Tebing Barat Gaza dan menetap di sebuah penempatan Yahudi iaitu Gush Qatif di situ.Walaupun diberi pelbagai kemudahan ketika di situ tetapi peristiwa anaknya, Rachamin) ditipu oleh gurunya menyebabkan Yousef semakin tidak mempercayai agamanya sendiri.

Rachamin ketika itu pulang dari sekolah dan sambil termengah-mengah kerana berlari beliau memberitahu bahawa guru yang mengajarnya di sekolah tidak menutup rambutnya dengan betul malah berpakaian menjolok mata.

"Anak saya dan para pelajar yang lain tidak diajar mengenai Taurat kerana sebahagian besar masa mereka dihabiskan dengan hanya bermain dan menyanyi" kata Yousef.

Peristiwa itu menyebabkan Yousef tekad berpindah walaupun ketika itu beliau sendiri berada dalam kesempitan wang dan harta.Malah menurut Qamar, beliau tidak menyenangi keadaan dan corak kehidupan pendatang Yahudi di situ.

"Barulah saya mengenali siapa sebenarnya Yahudi. Antara lain sejak kecil anak-anak Yahudi yang hampir satu juta ramainya itu diajar supaya membenci dan menghina bangsa lain yang dianggap tidak layak mendiami bumi ini kecuali bangsa Yahudi.

"Ini merupakan sifat pentingkan diri sendiri yang paling teruk pernah saya jumpa. Walaupun kami Yahudi, kami menentang sikap-sikap bongkak seperti itu," kata Qamar.

Yousef kemudiannya memilih menetap di Netivot, iaitu sebuah penempatan yang telah dirampas hak miliknya daripada rakyat Palestin pada 1948. Sebuah pertubuhan parti politik yang bercirikan agama, Shas kemudiannya membantu Yousef memulakan kehidupan.Mereka diberi sebuah rumah dan anak-anak Yousef dihantar ke sebuah sekolah persendirian sehingga anaknya berjaya menguasai bahasa Hebrew.

"Tetapi ketika menetap di situ saya berkenalan dengan seorang Arab Islam yang berasal dari Arab Saudi dan selama dua tahun perkenalan itu, kami sering menghabiskan masa bertukar-tukar pandangan mengenai agama masing-masing.

"Beliau sering bertanyakan kepada saya mengenai soal akidah dalam agama Yahudi untuk beliau bandingkan dengan tauhid uluhiah sebagai sebahagian daripada kepercayaan kepada monotheism dalam Islam" katanya.

Oleh kerana Yousef tidak mampu menjawab dengan baik mengenai pertanyaan kawannya itu, beliau merujuk kepada rabbi-rabbi Yahudi bagi mendapatkan jawapan yang lebih pasti, tepat, jelas dan logik.Yousef begitu terperanjat apabila diberi hampir 1,001 jawapan yang berbeza-beza dan mengelirukan.

"Malah Rabbi tidak dapat menunjukkan kepada saya di mana perkataan atau nama tuhan (Yahweh) ada disebut dalam teks ajaran dan kitab Taurat.

"Ini menyebabkan saya semakin keliru terhadap pegangan saya selama ini. Lalu saya menuju ke penempatan Arab Palestin bagi mendapatkan senaskhah al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris," katanya.Buat sekian kalinya, Yousef mengalami kejutan apabila mendapati kitab al-Quran itu mampu memberikan jawapan yang beliau cari selama ini.

"Malah al-Quran bukan sahaja menjelaskan kedudukan dan siapa sebenarnya bangsa Yahudi tetapi Allah masih dengan begitu belas dan mengasihi mengajak orang Yahudi kembali ke ajaran Islam," kata Yousef yang begitu bersyukur memiliki al-Quran dan tidak sanggup melepaskannya.Beliau sanggup menghabiskan masa membaca keseluruhan al-Quran yang menyebabkan beliau tidak teragak-agak meninggalkan agama Yahudi.

"Saya memeluk Islam kerana saya tidak mampu menolak sebuah ajaran yang di dalamnya penuh dengan kebenaran dan menjawab pelbagai persoalan terutama soal ketuhanan.

"Malah saya amat gembira kerana dua minggu selepas memeluk Islam, isteri saya pula memeluk Islam setelah beliau juga seperti saya mengkaji dan mendalami serba sedikit mengenai Islam terutama melalui al-Quran. Ini diikuti oleh anak-anak kami kemudiannya," katanya.

Akui Qamar, beliau terkejut dengan tindakan suaminya memeluk Islam kerana telah menjadi sebahagian dari ajaran agama Yahudi supaya membenci agama lain terutama Islam.

"Tetapi Yousef tidak memaksa saya mengikut jejak langkahnya kerana dalam Islam dibenarkan seorang lelaki Islam mengahwini wanita dari golongan ahli kitab.

"Tetapi saya juga ingin mengetahui apa yang Islam lakukan sehinggakan suami saya sanggup memeluk agama itu dengan saya sendiri cuba mengkaji mengenai Islam," jelas beliau.

Hasilnya, Qamar bangga mengakui kebenaran Islam. Kini Yousef sekeluarga menetap di Maghribi. Mereka gemar mendalami ajaran Islam dan bahasa Arab bagi mewujudkan keluarga Muslim yang sejati.

"Walaupun berdarah Yahudi namun Islam membuatkan bangsa ini tiada bezanya seperti bangsa-bangsa yang lain kecuali iman dan takwa sahajalah yang menentukan kedudukan masing-masing di sisi Allah, tuhan yang satu, tuhan yang wajib disembah," katanya.
__._,_.___

Sunday, February 1, 2009

BULAN SAFAR

Posted by ~pyda313~ at 1.2.09 0 comments