2 comments

SMKA Limauan: Kau umpama pelita

Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia taufik dan inayahnya, kami berkesempatan mengikuti Kem Remaja Islam (KRIS) di SMKA Limauan 24-26 April yang lepas.

Pertama kali menjejakkan kaki , terasa sejuk mata memandang suasana di sebuah sekolah yang terletak bersebelahan dengan pantai ini. Keadaan yang sememangnya berbeza dengan sekolah berasrama penuh yang pernah diri ini duduki dahulu. Terbayang di kotak pemikiran, andai kesemua adik-adik yang berada di hadapanku ini menjadi pejuang agama yang hebat, betapa bersyukurnya dan bertuahnya bumi sabah ini . Ramai pendokong kepada perjuangan menegakkan Islam lahir dari kalangan orang-orang Sabah.

Terasa rindu pula dengan SMSLD yang telah menjadi sebuah persinggahan selama 5 tahun bagi menuntut ilmu. Sudah semestinya banyak perbezaan di antara kedua-duanya. Rasa bertanggungjawab pula untuk follow up adik-adik di sana. Sedih bila mendapat khabar berita yang tidak baik sal adik-adik junior.

Tertarik dengan kata-kata yang di lafazkan pada pengisian di antara maghrib isyak pada hari kedua di sana. Diri ini tidak berada di tempat kejadian (masjid SMKA Limauan) ketika itu. Buah bicara tersebut disampaikan oleh sahabat yang berada di tempat kejadian. Antara yang disampaikan yang lebih kurang maksudnya ..”adik-adik ini umpama pelita yang hampir kehabisan minyaknya..dan abang2 & kakak2 yang datang untuk mengisi kembali pelita tersebut agar terus menyala lebih terang..”..

Memang benarlah apa yang disampaikan. Berbanding dengan adik-adik yang bukan bersekolah di sebuah sekolah agama, adik2 ini sudah mempunyai basic agama yang lebih baik. Dan kelebihan inilah yang seharusnya digilap agar adik2 ini lah yang akan bergerak dalam satu saff yang sama dalam membawa Islam yang syumul ini di bumi Sabah.

Lantaran itu pengisian pertama yang disampaikan menyentuh bab Akidah yang menjadi tunjang utama umat Islam. Betapa bab akidah ini perlu diterangkan dengan sebaiknya kerana ia umpama akar yang menjadi tunjang bagi sebuah pokok. Umpama pokok sihat dan pokok sakit yang di bawa dalam LDK pertama. Pokok yang sihat sudah semestinya mempunyai akar yang sihat manakala akar yang sakit itu menyebabkan pokok tidak sihat. Kekuatan akidah inilah yang seterusnya menyempurnakan ibadah dan akhlak peribadi individu-individu muslim . Walaupun dalam kebanyakan program yang pernah diikuti persoalan akidah ini selalu ditekankan, tapi kita tidak seharusnya berasa bosan kerana itu lah perkara pokok dalam agama Islam yang perlu ditekankan. Kita yang sudah seringkali mendengarnya juga perlu sentiasa mempelajarinya berulang-ulang kali. agar ianya tetap utuh dalam ingatan. Sama juga dengan mana-mana permainan game video yang kebanyakan pelajar2 lelaki terer men tu. kemahiran bukannya datang dengan sekali main saja. tetapi diulang berkali-kali agar segala kemahiran yang diperlukan tu dikuasai. begitu jugalah ilmu yang kita pelajari. perlu diulang berkali-kali. tidak perlu rasa bosan. tidak hairanlah kalau kita lihat cikgu yang mempunyai pengalaman mengajar berpuluh-puluh tahun tidak merujuk mana-mana buku pun time mengajar. hal ini demikian kerana ilmu itulah yang diajar sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.
Di dalam otak kita, saraf-saraf berhubung antara 1 sama lain. Apabila sesuatu perkara kita ulang banyak kali, maka perhubungan antara saraf-saraf ini bertambah kuat. Sebab itu lah sesuatu perkara yang biasa kita buat menjadi tabiat dalam kehidupan sehari-harian.

Balik kepada hal yang ingin dibingcangkan. Melihat kepada suasana di bumi sabah yang kebanyakan penduduknya masih lagi mengamalkan amalan khurafat. Teringat kepada kejadian yang berlaku di kala kami sedang dalam mood study week , tetiba terdengar bunyi kokokan ayam. Itulah bunyi kokokan ayam yang pertama kami dengar di UMS ni. Usai solat zohor , seorang sahabat mengajak diri ini menjenguk ke luar tingkap surau. Ada pulut kuning di bawah sana. Diletak berhampiran dengan pokok nangka yang tinggi di belakang surau. Selepas solat Jumaat selesai, kami menghubungi pihak yang berkenaan yakni pihak Jakmas untuk melihat keadaan yang berlaku di bawah sana. Ustaz dihubungi dan akhirnya pulut2 kuning tersebut di tanam di belakang blok kami juga. Sungguh tidak terjangkau di kotak pemikiran kami ada yang sanggup berbuat perbuatan sedemikian di UMS ni. Inilah antara cabaran kepada mereka yang mengaku sebagai pejuang agamaNYA. Banyak lagi perkara2 yang berlaku di dalam masyarakat yang memerlukan concern daripada kita. Diri ini ingin menyeru sahabat-sahabat sama ada yang sudah terlibat secara langsung dengan program-program sebegini agar terus istiqamah. Dan diri ini ingin mengajak sahabat-sahabat yang belum lagi terlibat secara langsung agar kita semua dapat bergerak seiringan bergandingan dalam menegakkan syiarNYA. Ya ALLAH istiqamahkanlah diri kami dalam perjuangan ini.

Gambar pulut kuning dibelakang blok yang di ambil dari bilik.

Buat adik-adik SMKA Limauan moga terus istiqamah dalam mengamalkan perkara kebaikan di sana. Sedih mendengar berita dari kak As yang adik-adik menitiskan air mata kerana perkara-perkara yang adik-adik teruskan selepas program kita di sana seolah-olah di pandang lain oleh sahabat2 yang tidak mengikuti program Kris. Sabarlah adik2ku.. InsyaALLAH ada jodoh kita akan bertemu kembali. Di antara ruang waktu kita terpisah ini mari kita sama-sama persiapkan diri dengan ilmu di dada dan teruskan walaupun dirimu di caci atau di hina. Apa-apa pun bukan pandangan manusia yang kita harapkan tetapi redha ALLAH jualah yang menjadi tujuan kita.

moga ukhwah yang terjalin umpama teguhnya

jambatan tangan yang adik2 buat dalam modul ukhwah

di pagi yang indah itu..

Salam sayang..
p/s: buat adik-adik LDK kakak, akak minta maaf byk2..paper terakhir dari adik akak tercicir..dan tak tau macam mana nak bgtau kat adik2..(T_T)

0 comments

JANGAN ANGGAP KITA LEBIH

1) Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2) Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3) Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kira kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.
4) apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
5) Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
6) Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh ALLAH dan akan memeluk Islam, maka segala dosanya akan diampuni ALLAH.

0 comments

RAHSIA KUATKAN INGATAN

Ana membelek-belek artikel-artikel yang pernah ana perolehi sewaktu menuntut di KML dulu. Tak salah rasanya jika ana post kan dalam blog ni. Semoga menjadi peringatan bagi kita yang mudah lupa.

Pada zaman salafussoleh dahulu, mereka cukup terkenal dengan kekuatan akal fikiran dan juga daya ingatan yang tajam, ramai tokoh-tokoh terdahulu menghafal puluhan ribu hadis dan juga ayat-ayat suci al-quran sejak kecil lagi. Imam Ahmad bin Hambal sebagai contohnya menghafal sejuta hadis. Dikatakan bahawa, antara rahsia kekuatan akal fikiran mereka adalah menjauhi segala maksiat kepada ALLAH dan keduanya makan secara tidak berlebihan.

Di antara petua penting dalam usaha menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan islam:
* Makan kismis pada kadar 21 biji sehari
* Makan buah badam
* Makan daging kambing
* Halwa halia
* Makan buah limau
* Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani

Perkara-perkara yang perlu dielakkan:
* Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya
* Mengurangkan makanan-makanan yang masam
* Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala
* Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib
* Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Wednesday, April 29, 2009

SMKA Limauan: Kau umpama pelita

Posted by ~pyda313~ at 29.4.09 2 comments

Monday, April 27, 2009

JANGAN ANGGAP KITA LEBIH

Posted by ~pyda313~ at 27.4.09 0 comments