0 comments

~ Dysmenorrhea/Senggugut~

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat sekalian. Petang Jumaat yang indah ini terasa kosong tnpa teman-teman di sisi. Buku "Hadiah Buat Muslimah" menjadi pilihan untuk dikongsi bersama. Sekadar perkongsian ilmu bersama.

Menstrual cycle/Kitar haid

Wanita secara fitrahnya akan mengalami pendarahan setiap bulan yang lebih dikenali sebagai haid. Saya yakin dan percaya semua pasti mengetahuinya. Jika seseorang wanita yang didatangi haid dan tidak menjaga kebersihan vaginanya, pelbagai komplikasi akan timbul seperti jangkitan kuman yang seterusnya mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan. sesetengah wanita mengalami simtom-simtom seperti senggugut, sakit kepala, terasa hendak muntah,pengsan dan sebagainya.

Penyakit senggugut juga dikenali sebagai Premenstrual dysphoric disorder / dysmenorrhea merupakan sakit yang timbul akibat kedatangan haid bagi wanita. Senggugut dapat dibahagikan kepada dua iaitu senggugut utama dan senggugut kedua.

Senggugut utama atau senggugut primer(primary dysmenorrhea) adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa berlaku. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua atau senggugut sekunder(secondary dysmenorrhea) pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dlam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepannjang kedatangan pendarahan haid.

Disebabkan oleh pertukaran hormon dan beberapa faktor yang lain, emosi wanita yang sedang haid adalah lebih mudah berubah. Justeru, sebagai wanita, walau bagaimana keadaan sekalipun, emosi seharusnya dikawal dengan sebaiknya. Rehat dengan secukupnya. Disamping itu, peranan suami adalah begitu penting dalam memahami keadaan isteri dan sokongan dan cetusan semangat seharusnya diberikan buat isteri tercinta..

0 comments

~Motion sickness~

Pagi tadi aku bertolak balik semula ke Kota Kinabalu pada jam 7.45 pagi. Sedih sungguh pagi tadi kerana terpaksa berseorangan menaiki teksi munuju ke stesen bas tawau memandangkan abang2 semuanya sibuk bekerja.

Menaiki bas pada waktu pagi bukanlah pilihan utamaku. Tetapi apabila memikirkan beberapa faktor yang lain yang tidak dapat dielakkan kugagahi jua perjalanan beratus-ratus kilometer itu.

Bagi diri ini yang sudah acap kali menaiki bas dan menempuh perjalanan beratus-ratus kilometer dari KK ke Tawau atau dari Tawau ke KK, perjalanan pada waktu malam menjadi pilihan. Hal ini demikian kerana pada waktu pagi aku mudah mengalami "motion sickness". Kalau perjalanan malam agak kurang sedikit. Motion sickness ni perkara biasa yang dialami bagi mereka yang menaiki kenderaan. Pening-pening dan rasa mahu muntah merupakan salah satu simtom2nya.

Begitulah yang aku alami sepanjang perjalanan pulang tadi. Sakit kepala dan tidak boleh tidur menambah terukkan lagi motion sickness yang aku alami. Sudah ku cuba untuk melelapkan mata namun tidak berdaya. Nampaknya 'circadian rythm' tidurku berfungsi dengan begitu baik sekali. Sebab itu la juga kita berjaga pada waktu siang dan tidur di malam hari. Nanti akan kuceritakan dengan lebih lanjut.

Semestinya cuti seminggu yang lepas berlalu dengan begitu pantas sekali. Hari-hari yang mendatangkan memerlukan diri ini untuk terus dan terus istiqamah dalam perjuangan. Moga tidak futur di pertengahan jalan dan semoga cuti kita berbaloi untuk agama Islam.

1 comments

*Balik Kampung*

Jari-jemari bergerak aktif di atas komputer ribaku ini dek kerana tidak berjaya memujuknya untuk lelap sekali lagi. Sunyinya alam saat ini. Kalau di Kampung biasanya akan kedengaran bunyi-bunyian si kecil serangga menyanyi keriangan memenuhi ruang alam. Berbeza sungguh dengan keadaannya di sini. Dulu adalah juga bunyi salakan anjing yang kerap sungguh melewati gegendang telingaku. Namun kini entah ke mana anjing-anjing tersebut telah pergi. Mungkin telah pergi ke tempat lain sebab sudah tidak ada lagi sisa makanan yang ada di sini. Almaklumlah hampir kesemua pelajar sudah kembali ke kampung halaman masing-masing.

Kini tibalah giliranku juga untuk kembali setelah 5bulan lebih keberadaan aku di UMS bagi sem ke-4. Walaupun hanya berkesempatan untuk bersama-sama keluarga dalam masa seminggu sahaja tetapi aku tetap bersyukur. Kalau dilihat dari sudut geografinya, Tawau bukanlah jauh sangat memandangkan jarak perhubungannya boleh didekatkan jika menaiki kapal terbang. Namun aku dan sahabat-sahabat memilih untuk menaiki bas esok hari.

Walaupun sudah mempunyai pengalaman yang begitu lama tinggal berjauhan dari keluarga, tetapi kediaman sendiri tetap senantiasa dalam ingatan. Penjalanan hidupku menuntut ilmu mengajar aku untuk lebih indipendant dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Antara perkara yang pernah , sedang dan akan berlaku yang menyebabkan aku berjauhan sementara dengan keluarga.

  • SMSLD (2001-2005)
  • KML (2006-2007)
  • UMS (2007-2012:insyaALLAH)
  • NIKAH(20??)
  • BEKERJA

Nampaknya barang-barang memanggil-manggil diriku meminta untuk dikemaskan. Malam semalam tertangguh sebentar hajat untuk mengemasnya. MAK AYAH nantikan kepulangan anakmu ini.

0 comments

~KML Mari & Program Pemantapan Akidah~

Alhamdulillah hari ini begitu memenatkan dan meletihkan buat diriku yang punyai limited energy. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang dan kesempatan bagi diri ini untuk berkongsi sedikit cerita dan pengalaman yang dikutip beberapa hari yang lepas.

KML MARI
Berkesempatan mengikuti beberapa hari Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (8-11 Mei sahaja) membuka kembali lembaran sejarah sewaktu belajar di KML dulu. Walaupun tidak berkesempatan bersama-sama dengan junior-junior baru dalam satu jangka masa yang lama, tetapi diri ini tetap merafa’kan setinggi-tinggi rasa kesyukuran.
Isnin petang diriku melangkah kembali ke UMS.

Subhanallah indah sungguh ciptaanNYA(gmbr di ambil semasa di feri)

Anis dan Amsyar yang comel dan menceriakan suasana.

TERSEPIT ANTARA DUA

Mengikut perancangan awal, aku ingin berpatah kembali ke KML pada hari Khamis. Namun sehari sebelum hari kejadian, kuterima panggilan dari seorang sahabat mempelawa diriku agar mengikuti program Pemantapan Akidah di Smesh memandangkan bilangan fasilitator yang kurang. Aduhai diriku kini tersepit “ANTARA DUA”. KML @PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH.

Akhirnya aku memilih untuk mengikuti program pemantapan akidah di SMESH dan niat untuk ke KML kuketepikan buat sementara waktu. Akan kuatur jadual untuk kembali ke sana nanti.

Antara para peserta yang hadir

PENGALAMAN YANG BEGITU BERHARGA

Program pemantapan akidah yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5 SMESH bermula pada waktu maghrib jumaat yang lepas. Lokasi program tersebut berpindah ke MASJID NURUL HIKMAH Bukit Padang dan bukannya di SMESH.

Walaupun pernah mengikuti banyak program sebelum ini (actually sedikit sahaja memandangkan jadual yang berbeza dari kos-kos yang lain), program ini memberi banyak input dan ilmu yang baru buat diri ini. Walaupun bergelar sebagai fasilitator namun aku juga seorang penuntut ilmu di sana. Banyaknya perkara yang tidak kuketahui terutamanya berkaitan dengan agama Kristian.

Adik-adik LDK yang tekun mencari kesalahan di dalam bible

Adik-adik pun sama. Tahniah masih still dalam program sehingga tamat.

MEMBINA UKHWAH

" Wahai manusia ! Sungguh , kami telah ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempua, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa . Sungguh , ALLAH Maha Mengetahui , Mahateliti."

Tak terasa begitu cepat masa berlalu sehinggakan tak sedar kami sudah berada di penghujung program. Majlis penutupan berlangsung dengan sederhana dan sijil-sijil disampaikan kepada semua peserta dan tak lupa juga kepada para fasilitator. Sebelum bertolak balik dari program, masa yang ada kuluangkan bersama dengan adik-adik yang sebelum ini tidak sempat kami berbual bicara. Alhamdulillah dapat bertemu kembali dengan adik LDK sewaktu program Kem Remaja Islam (KRiS Tamparuli) setahun yang lepas. Nasihat diberikan agar mereka belajar bersungguh-sungguh dan ikhlaskan niat kerana ALLAh Taala. Memandangkan adik-adik bakal menempuh exam pada hari ini(selasa), sekalung doa kami panjatkan agar semuanya beroleh kejayaan dan dipermudahkanNYA.

Antara peserta yang sempat bergambar bersama.

Syukur ke hadrat Ilahi , walaupun letih tetapi program sebegini begitu bermakna. Akhirul kalam, manfaatkan cuti untuk ISlAM. IslaM for ALL..

3 comments

Buatmu SahabatKU

Begitu pantas waktu meninggalkan diri kita. Kadang rasa tidak terdaya untuk mengejarnya. Betullah bahawa perkara yang paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu. Bila ku imbas kembali satu persatu kenangan silam, ku panjatkan kesyukuran ke hadratMU ya Tuhan kerana memberiku kesempatan tuk memperbaiki segala kesilapan yang telah kulakukan.

Kurindui kenangan yang terlakar indah sewaktu ku menyambung pelajaran di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Lahad Datu. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu tetap segar dalam ingatan. Takkan terkubur dek masa yang berlalu. Kewujudannya seusia denganku. Mula beroperasi pada tahun 1988.

Disana ku kenali ramai insan yang mewarnai lakaran kehidupanku. Sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading.

Diriku ini dalam kesedihan. Kalau dahulu, kita boleh bergelak ketawa bersama. Tapi pabila kumelihat perubahanmu kini , hatiku seolah-olah dirobek. Jantungku seakan-akan berhenti berdegup seketika. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat di depan mata. Aku berkata pada diri bahawa ianya dusta semata-semata. Kubetulkan cermin mataku. Memang betullah engkau sahabatku. Adakah aku yang silap YA ALLAH kerana mengabaikan dirinya sahabatku.

Engkau begitu cantik di tubir pandanganku ini sahabtku. Indah bertudung litup sama seperti sahabat-sahabat yang lain. Tapi kini.. Berterus teranglah kepadaku sahabatku.. Adakah kerana silapku engkau berubah sedemikian rupa.. Adakah kerana kami???

Sahabatku.. Sungguh kami menyayangimu. Tidakkah kau jua menyayangi kami. Kami tidak sanggup melihat dirimu sedemikian rupa lagi. Marilah sahabatku. Genggam eratlah tangan yang kami hulur kepadamu. Biar kita sama-sama mengorak langkah kembali. Melangkah kembali kepada yang RABBI.

Tulus ikhlas dari SAHABATMU..

1 comments

KASIHNYA ALLAH SWT KEPADA WANITA

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poliga mi, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu. "
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim ini lah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi ya ng baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya..!

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Siti Fatimah :

'Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan akan didapatinya kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga.'_________________

4 comments

KML dalam kenangan

Tahun demi tahun silih berganti. Sudah masuk tahun yang ke 3 setelah saya menghabiskan pengajian di kolej matrikulasi labuan sebelum melanjutkan pelajaran di UMS. Dan pada minggu hadapan kemasukan pelajar-pelajar baru menggamit kerinduan yang tak terhingga terhadap segala pengalaman pahit dan manis sepanjang pengajian di sana. Sungguh tidak akan dapat terungkap dengan kata-kata rasa kemanisan pengalaman yang kuperoleh dari sana.

Seawal kemasukan pengambilan baru sesi 2006/2007 , saya dan sahabat-sahabat dipertemukan dalam satu organisasi yang memainkan peranan yang Maha penting di KML yakni AJK SURAU ALIRFAN. Bergerak kerja dalam satu ketumbukan yang sama mengeratkan ukhwah yang terbina. Menyimpul erat tautan hati antara kami. Bukan hendak menunjukkan bahawa ukhwah kami ini hebat. Tidak sama sekali. Tetapi dalam tempoh pengajian yang tidak pun sampai genap setahun di sana, kasih sayang yang terbina begitu terkesan di jiwa. Sehingga kini, insan2 yang kusayangi tetap segar dalam ingatan walaupun kini masing-masing berjuang di menara gading yang berjauhan dan berlainan.

Buat adik2 yang bakal menerajui tampuk pimpinan Surau Al-Irfan, kakak2 dan abang2 mendoakan agar rantai-rantai perjuangan Islam di sambung oleh adik2 di sana. Yakinlah bahawa adik2 lah insan yang dipilih oleh ALLAH dari kalangan ribuan pelajar KML. Garaplah segala ruang dan peluang yang ada untuk mencedok ilmu dan pengalaman di sana. Binalah kekuatan dirimu agar pabila kau melangkah setapak ke hadapan di menara gading, kau tidak mudah tersungkur di pertengahan jalan. Sematkan di jiwamu bahawa Islam itu akan sentiasa berada di atas dan tidak akan ada yang lain berada diatasnya.

Buat sahabat sahabiah yang dikasihi sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan minggu pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010, Kudoakan segala penat lelahmu mendapat tempat disisinya. Ku yakin dan percaya engkau jualah insan terpilih olehNYA untuk menghulurkan bantuan kepada adik2 kita ini. Moga segala perancangan yang diatur dipermudahkanNYA dan dapat dilaksanakan dengan baik. Allah jualah pemberi petunjuk dan perancanganNYA jualah yang terbaik.

0 comments

Kasih Cucur Dan Kentang goreng

Pagi semalam tatkala berjalan di 1B depan UMS tu, tetiba terlintas di benak fikiran kami hendak mengadakan jamuan minum petang di bilik. SMS dihantar kepada insan-insan sebagai jemputan bertandang ke bilik yang serba kekurangan.

Janji terpatri. Seusai solat asar kami memulakan operasi.

Cucur segera perisa ikan bilis dan udang di bancuh dan api gas dihidupkan. Maka berasaplah dapur yang sudah satu semester tidak digunakan.

Dapur yang dah lama x diguna. p/s Stove ni
bukan kami yang beli ek. Grup 1 tem thn 1 y beli utk prgrm
health promotion di Pulau Bangi.

Cucur yang dah siap di goreng.

Kentang goreng pla.

Jenangnya(jenang=ketua tukang masak dlm bhs bugis) diimport khas dari KG AB.^_^

Goreng punya goreng , tetamu yang dijemput pun datang satu persatu. Terharu banget. Ada yang baru abes paper pun sudi datang ke jamuan yang sederhana ni. Yang masih ada paper esok hari pun masih sanggup meluangkan masa.

Oleh sebab terlalu banyak da SALIVA yang dirembeskan, maka jamuan pun di mulakan.

Kesian Kak yang diimport. Makan sambil memasak. Jasamu dikenang kak.

Bila perut da berisi , giliran pengisian rohani pun tiba. Halaqah dibentuk dan majlis dimulakan. Banyak yang diperoleh daripada tazkirah singkat yang diberikan oleh sahabat-sahabat.

Indahnya berukhwah kerana ALLAH. Syukur ke hadrat Ilahi. Dengan keizinanNYA jualah dapat kita berkumpul . Mengukuhkan simpulan kasih yang terjalin walaupun hanya dengan cucur dan kentang goreng.

0 comments

~ Kaedah Menghafal A-Quran ~

mSebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenid mushaf yang lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik “ Chunking”
1. Memisah-misahkan spotong ayang yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian , contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah , hizib , rubu’ , cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafal.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat yang seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah muka surat , harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat yang seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Quran seterusnya , harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan englihatan kepada ayat , mukasurat dan lembaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur , buka mata dan tumpukan kembali kepada mushaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua mmbaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum menghafal , dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali .
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakam Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali sehingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mushaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal muka surat , atau setiap rubu’ atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik “Pointer” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak .
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur.
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisinya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah , juz atau hizib , atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal . cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik “ Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang , setiap cabang satu rubu’ . tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabagnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz , dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.

K. Mengekalkan Hafalan.
1. Jauhi maksiat mata , maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa , terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa , ketika belayar , selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada ALLAh.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari , contohnya selembar, setengah juz , 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan , marah atau mengantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Moga post yang terkini bermanfaat buat sahabat-sahabat yang lain. Ana telah mengaplikasikan beberapa teknik yang disebut di atas dan ternyata ianya berkesan. Namun , sahabat bolehlah menggunakan kaedah yang sudah biasa dilakukan bagi memudahkan penghafalan.

0 comments

~Medical Jokes~

From Prof. Dr Rajendra Choubey's Lectures...^_^

0 comments

Test Yourself

0 comments

Ancaman Virus Selesema Babi

Selepas dikejutkan dengan Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kini selesema babi menjadi ancaman terbaru penduduk negara ini.

Kemunculan virus selesema babi H1N1 di dalam babi dan juga manusia di Mexico baru-baru ini yang berupaya menyebabkan jangkitan yang membawa maut menunjukkan sejarah mungkin berulang kerana pandemik virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) juga disebabkan oleh virus selesema H1N1.

Tetapi yang uniknya, virus selesema babi H1N1 Mexico muncul dari campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan juga manusia.

Berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang beribu pejabat di Geneva dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, virus selesema babi H1N1 yang ditemui di Mexico baru-baru ini dan di beberapa negeri di Amerika Syarikat, Kanada dan Sepanyol merupakan virus selesema babi H1N1 yang baru, yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Virus babi H1N1 ini mempunyai profil genetik (campuran gen) yang unik yang belum pernah ditemui dalam mana-mana haiwan atau manusia sebelum ini.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Omar. Menurut beliau, pada lazimnya, virus selesema babi H1N1 yang ditemui sebelum ini hanya mampu menyebabkan jangkitan yang ringan hingga sederhana pada salur pernafasan dan/atau paru-paru babi yang dijangkiti.

''Bagaimanapun virus tersebut (H1N1) berupaya menyebabkan kadar jangkitan tinggi yang boleh mencecah 100 peratus, meskipun kadar kematiannya adalah rendah," katanya.
Beliau berkata, manusia terutamanya pekerja di ladang babi yang dijangkiti dengan virus H1N1 boleh dijangkiti dengan virus ini, namun jangkitannya tidak berbahaya sekiranya tiada komplikasi.

Tanda klinikal yang kerap berlaku ekoran jangkitan virus selesema babi H1N1 pada manusia adalah demam, selesema, sakit tekak dan batuk selama beberapa hari.

Oleh kerana keupayaan tinggi virus selesema melakukan proses mutasi dan campuran genetik, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya ternakan seperti babi, ayam, itik dan spesies burung lain tidak dipelihara bersama.

Ini kerana ia boleh membawa kepada pembentukan virus selesema bersifat pandemik kepada manusia dan virus highly pathogenic avian influenza (HPAI) yang boleh menjangkiti ayam dan juga manusia.

Di samping itu, babi merupakan perumah unik yang boleh berfungsi sebagai mixing vessel bagi kemunculan virus selesema yang berupaya menyebabkan pandemik selesema manusia.

''Ini adalah kerana saluran pernafasan babi mempunyai reseptor bagi menyokong proses replikasi virus selesema dari babi, burung dan juga manusia," kata Dr Abdul Rahman.

Katanya, epidemik selesema dikenal pasti apabila berlakunya peningkatan kematian akibat daripada penyakit selesema dan juga kes radang paru-paru (pneumonia) secara mendadak.

Virus selesema pandemik manusia muncul apabila gen virus selesema haiwan sama ada daripada burung atau babi, yang sebelum ini tidak dijumpai pada manusia secara umum, bercantum dengan virus selesema manusia dalam cantuman genetik yang membolehkan virus campuran berupaya merebak dengan efisien dari manusia ke manusia.

Berdasarkan sejarah, virus selesema yang merebak ke seluruh dunia (pandemik) dan menyebabkan kematian yang tinggi berlaku sebanyak tiga kali (sekali setiap abad) sejak 1700 lagi.

Kata Dr. Abdul Rahman, dalam abad kedua puluh ini, sebanyak tiga virus selesema pandemik telah muncul dan menyebabkan pandemik besar iaitu virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) yang disebabkan oleh virus H1N1, virus selesema Asia 1957 yang disebabkan oleh virus H2N2 dan virus selesema Hong Kong 1968 yang disebabkan oleh virus H3N2.
Pandemik selesema yang disebabkan oleh virus selesema Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918 menyebabkan 50 juta manusia di seluruh dunia mati.

''Manakala, wabak pandemik kemudian yang dikesan pada 1957 jenis H2N2 dan pada 1968 jenis H3N2 telah membunuh lebih daripada satu juta manusia," kata beliau.

Strain (jenis) virus yang menyebabkan pandemik selesema pada tahun 1957 dan 1968 merupakan virus yang mula-mula muncul di Asia melalui proses campuran (reassorted) gen-gen di antara virus unggas (avian), babi dan virus selesema manusia.

Virus selesema yang menyebabkan pandemik selesema Sepanyol pada tahun 1918 muncul menerusi proses campuran virus selesema manusia H1N1 dan babi H1N1 serta kehadiran proses mutasi yang kerap ditemui dalam virus selesema burung.

Menurut beliau lagi, pencirian awal ke atas genom lengkap virus tersebut menunjukkan kemungkinan virus babi H1N1 strain baru ini mempunyai campuran genetik dari virus selesema yang berasal daripada unggas, babi dan juga manusia.

Jujukan nukleotida mengesahkan gen neuramidase (NA) dan matrik (M) virus selesema babi H1N1 ini berasal daripada virus selesema Eurasian manakala jujukan hemagglutinin (HA) berasal daripada virus babi Amerika Utara.

Dengan penemuan yang lebih banyak mengenai virus babi H1N1, penjujukkan genom virus tersebut serta kajian ke atas tahap jangkitan dan sebaran virus selesema tersebut di dalam babi dan manusia, lebih banyak maklumat akan diketahui berhubung dengan virus babi H1N1 yang sedang menular di beberapa negara di dunia.

WHO mengesahkan bahawa dadah anti-virus lama seperti amantadine dan rimantadine tidak berkesan untuk membunuh virus babi H1N1 tetapi ia berkesan terhadap dadah anti-viral baru seperti oseltamivir dan zanamivir.

Dijangkakan juga vaksin bermusim selesema yang ada sekarang tidak berupaya memberi pelindungan terhadap virus selesema babi H1N1. Ini adalah kerana virus selesema babi H1N1 yang ditemui ini mempunyai ciri-ciri genetik dan antigenik yang berlainan dengan vaksin selesema yang sedia ada.

Virus selesema babi H1N1 ini telah diasingkan dari pesakit di Mexico, Kanada, Sepanyol dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Beberapa negara lain seperti New Zealand, Perancis dan Israel telah mengesyaki kehadiran virus ini.

Dijangkakan juga lebih banyak negara akan mengesahkan kehadiran virus selesema H1N1 kerana virus ini berupaya merebak dari manusia ke manusia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyifatkan wabak selesema babi H1N1 yang sedang merebak ini boleh membawa kepada berlakunya ancaman kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.

Virus selesema babi H1N1 yang pertama diasingkan (dipencilkan) dari babi pada tahun 1930.
Sejak dari itu lebih daripada 100 virus selesema babi H1N1 telah dikenal pasti. Walaupun terdapat perbezaan genetik terhadap virus H1N1 tersebut, ia tidak menyebabkan jangkitan berbahaya yang boleh membunuh babi dan juga manusia seperti apa yang sedang berlaku di Mexico.

Di Malaysia, kehadiran virus H1N1 ini pernah dikesan secara tidak langsung menerusi kehadiran antibodi spesifik terhadap virus tersebut.

Kehadiran virus H1N1 tersebut dikesan menerusi suatu kajian pemantauan yang dijalankan menerusi projek kerjasama antara UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun 2005-2007.

Kajian tersebut mengambil lebih daripada 700 sampel sera dan cecair kerongkong telah di ambil daripada babi yang diternak secara komersial di Semenanjung Malaysia.

Menurut Dr. Abdul Rahman, hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 peratus daripada babi tersebut didapati positif bagi antibodi terhadap virus H1N1.

Namun, ujian pengasingan virus dari sampel cecair kerongkong gagal mengenal pasti kehadiran virus babi H1N1.

0 comments

Kempen 'Puteriku Sayang' dan 'Basikal Si Pesakit Jantung'

Siang-siang saya sebutkan, posting ini tujuannya yang utama ada satu. Tujuannya yang utama untuk mendapatkan sumbangan daripada anda, para pembaca. Samada tujuan tersebut tercapai atau tidak pastinya akan bergantung pada beberapa faktor, antaranya samada anda terkesan atau tidak dengan apa yang dibaca, samada anda bekerja atau tidak, samada anda punya masa yang cukup untuk menghulurkan sumbangan dan sebagainya. Tetapi faktor-faktor ini pastinya boleh diubah berat timbangannya untuk tercapai atau tidak tujuan penulisan dengan beberapa faktor yang lain. Misalnya faktor samada anak anda berada dalam gambar atau tidak, samada anda akan menghulurkan bantuan semampunya walaupun hanya menanam anggur di belakang rumah dengan keyakinan Allah menerima sumbangan kecil anda dan akan membalasnya dengan ditanam sebagai saham akhirat, dan sebagainya. Kita mulakan;

Kisah 1:Saya punya seorang sahabat. Sahabat ini pernah hidup dalam keadaan cukup bahagia bersama isterinya. Mereka dikurniakan seorang anak yang comel. Tak semena-mena angin bertiup kencang, mereka bercerai. Isterinya dahulu bertudung litup, kini mencampakkan tudung. Isterinya dulu menundukkan pandangan, sekarang memeluk jantan tua yang baru dikenali sebulan dua. Isterinya dahulu setiap hari mengusap kepala anak, kini tidak pernah lagi menghubungi. Sahabat saya berusaha dengan segala upaya untuk membantu isterinya kembali ke pangkal jalan, tetapi masih belum berhasil.

Saya tidak pasti tentang anda, tetapi saya pernah mengalami perkara hampir serupa. Saya pernah kehilangan seseorang yang sangat saya kasihi. Kehilangannya cuma lima bulan. Sebelumnya kami bersama ke hulu-hilir, ke mana sahaja. Kami cukup rapat. Jika ada yang mengancam agamanya yang terbayang di kepala saya hanya satu. BUNUH! Jika ada yang mempermainkan maruahnya yang bermain di kepala saya satu sahaja. PUKUL! Saya pernah dimarah oleh ayah kerana tidak memukul balik budak-budak kampung yang membuli adik saya sampai menangis. Saya diangkat menjadi jaguh dan buah mulut di kalangan kawan-kawan ayah dan emak bila saya ditangkap oleh FRU kerana mempertahankan duit minyak ayah saya dalam demonstrasi minyak. Saya disuruh 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan' bila dihambat HEP kerana terlibat memperjuangkan Islam di dalam pilihanraya umum di Tawau. Saya dilatih berdepan cabaran.Namun kehilangannya yang sekejap cukup memeritkan. Saya hampir hilang arah. Saya menjadi gila sendirian. Saya mabuk mencari jalan. Yang tampak kuat di luar, kosong di dalam. Sampailah ada insan 'agung' menyelamatkan. Sehinggalah Yang Agung mengembalikan.

Kisah sahabat saya mudah. Dia seorang guru. Dia selalu menjadi tempat rujukan atas sifat murabbinya. Dia sentiasa membantu menyelesaikan masalah pelajar. Anak-anak di Sabah ramai yang punya masalah keluarga. Daripada anak usrah saya seramai 12 orang, 10 datang daripada keluarga yang samada tidak solat, atau meminum arak, atau mempunyai perempuan simpanan, atau tidak pernah berjumpa mak ayah, atau semuanya sekali. Mereka tidak bermasalah. Mereka hendakkan kepada Islam. Mereka mencari jalan.

Ada seorang pelajar yang punya masalah keluarga yang terlalu teruk. Masalah yang boleh mengancam akidahnya. Lalu sahabat saya seorang guru ini mengambil risiko, mengambilnya sebagai pasangan hidup. Mentarbiyyah, mendidik dan mengadun hidupnya dengan nilai Islam yang tidak pernah dia kenali. Dia menjadi isteri solehah. Sampailah satu masa, tak semena-mena angin bertiup kencang. Mereka bercerai. Saya yakin yang saya tahu makna sayang. Saya yakin yang saya tahu maksud kasih. Mungkin saya bukan orang yang paling pandai meluahkannya, tetapi saya yakin saya mengerti kedua-duanya. Sedikit sebanyak saya merasai apa yang sahabat saya lalui. Dapatkah anda merasainya? Ia mudah. Bayangkan anda hidup bahagia bersama isteri selama beberapa ketika, isteri solehah yang bertudung litup, pandai memasak dan cantik, dan dikurniakan seorang anak. Satu hari anda bercerai. Bekas isteri anda yang anda didik daripada kosong, dan pernah hidup bersama sehati senyawa kini keluar clubbing, berpakaian seksi dan berpeleseran dengan lelaki lain. Atau anak perempuan anda ditangkap di sekolah kerana merokok, atau bergaduh, atau mencuri, atau berzina. Pejam mata dan bayangkan. Ada sesuatu yang bermain di benak anda? Barangkali itulah sayang.

Remaja-remaja ini tidak bersalah. Mereka mencari haluan, tetapi mereka dibentuk oleh persekitaran. Sebab itu kami cuba sedaya-upaya membantu mereka. Jalan untuk membantu mereka ada dua. Satu, berkahwin dengan mereka dan mengambil risiko yang sahabat saya pernah ambil, atau mendidik mereka dengan segala kemampuan yang ada. Kami tidak mampu berkahwin dengan kesemuanya. Jadi kami memilih jalan kedua.

Untukmu remaja bermasalah, kami melancarkan Kempen Sumbangan Program 'Puteriku Sayang'.

Kisah 2:Rata-rata pengunjung tegar blog ini telah kenal dengan Adik Elfion. Adik Elfion yang telah PSS bantu daripada katil hospital Queen Elizabeth sampailah ke pagar sekolah setelah dibedah dan dirawat injap yang rosak di jantungnya. Baru-baru ini ibu Elfion menghantar pesanan ringkas. Bunyinya;

"Abang-abang Elfion, saya rasakan kamu seperti melikat-melikat yang diturunkan untuk membantu keluarga saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu membalas jasa kamu semua terhadap kami. Sekarang Fion sudah boleh ke sekolah tapi dia selalu lewat. Sebab dia terpaksa menumpang orang dan kemudian berjalan kaki 20 minit untuk sampai ke sekolah. Kalau dia dapat basikal mungkin senang dia sampai sekolah dan tidak akan ditahan oleh pengawas lagi dan didenda sebab lewat. Saya malu nak beritahu kamu sebab saya dah banyak sangat susahkan kamu,

"Ketika itu banyak sangat program terpaksa diatur. Tabung Harapan sudah kering. Saya terpaksa membalas,

"Maaf makcik, orang yang kami bantu terdiri dari mereka yang tidka dapat bersekolah dan tidak cukup makan, kami terpaksa dahulukan mereka,

"dan dijawab semula oleh sang ibu,

"Kalau begitu tidak apalah. Nanti saya cuba belikan dia basikal dan minta untuk bayar secara ansuran. Terima kasih banyak pada abang-abang fion."

Saya terkejut. Bayar ansuran? Setahu saya ibunya bekerja di kilang kayu dan digaji RM50 sebulan sebelum bertukar kerja di kedai runcit dan dibayar RM300 sebulan. Berapa sangat yang dia boleh korbankan untuk membelikan anaknya basikal? Kalau dikorbankan RM20 sebulan daripada gajinya untuk membelikan anaknya basikal, maka setahunlah dia perlu berusaha untuk menghabiskan hutang sekitar RM240 untuk sebuah basikal. Untuk anda yang mengeluarkan ratusan malah ribuan ringgit sebulan untuk membayar ansuran Perdana, Merc dan Waja, berapakah yang mampu anda sumbang untuk membelikan anak kecil ini basikal untuk ke sekolah?

Untukmu Elfion, kami melancarkan Kempen Sumbangan 'Basikal Si Pesakit Jantung'.

Manakah faktor yang menyentuh anda? Kami masih menanti.

p/s : Program 'Puteriku Sayang' akan diadakan secara mingguan di sebuah rumah tumpangan, dan setakat ini 25 orang remaja bermasalah menyatakan keinginan untuk terlibat.

Kami terpaksa menapis jumlah tersebut kepada 10 orang untuk permulaan atas sebab kekangan waktu, tenaga dan harta.Kami mengharapkan sumbangan anda untuk kedua-dua program dalam apa jua bentuk, dan sumbangan boleh disalurkan kepada kami melalui :Akaun

Maybank : Saudara Muhammad Ruslan Azahari: 162263156276

Akaun CIMB : Saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman: 12180099132527

Untuk sebarang maklumat, hubungi 0198110964 (Saudara Nadir). Minta dimaklumkan sebarang sumbangan. Syukran Jazilan.

sumber: nurilhakim.blogspot
.com

Friday, May 29, 2009

~ Dysmenorrhea/Senggugut~

Posted by ~pyda313~ at 29.5.09 0 comments

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat sekalian. Petang Jumaat yang indah ini terasa kosong tnpa teman-teman di sisi. Buku "Hadiah Buat Muslimah" menjadi pilihan untuk dikongsi bersama. Sekadar perkongsian ilmu bersama.

Menstrual cycle/Kitar haid

Wanita secara fitrahnya akan mengalami pendarahan setiap bulan yang lebih dikenali sebagai haid. Saya yakin dan percaya semua pasti mengetahuinya. Jika seseorang wanita yang didatangi haid dan tidak menjaga kebersihan vaginanya, pelbagai komplikasi akan timbul seperti jangkitan kuman yang seterusnya mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan. sesetengah wanita mengalami simtom-simtom seperti senggugut, sakit kepala, terasa hendak muntah,pengsan dan sebagainya.

Penyakit senggugut juga dikenali sebagai Premenstrual dysphoric disorder / dysmenorrhea merupakan sakit yang timbul akibat kedatangan haid bagi wanita. Senggugut dapat dibahagikan kepada dua iaitu senggugut utama dan senggugut kedua.

Senggugut utama atau senggugut primer(primary dysmenorrhea) adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa berlaku. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua atau senggugut sekunder(secondary dysmenorrhea) pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dlam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepannjang kedatangan pendarahan haid.

Disebabkan oleh pertukaran hormon dan beberapa faktor yang lain, emosi wanita yang sedang haid adalah lebih mudah berubah. Justeru, sebagai wanita, walau bagaimana keadaan sekalipun, emosi seharusnya dikawal dengan sebaiknya. Rehat dengan secukupnya. Disamping itu, peranan suami adalah begitu penting dalam memahami keadaan isteri dan sokongan dan cetusan semangat seharusnya diberikan buat isteri tercinta..

Thursday, May 28, 2009

~Motion sickness~

Posted by ~pyda313~ at 28.5.09 0 comments
Pagi tadi aku bertolak balik semula ke Kota Kinabalu pada jam 7.45 pagi. Sedih sungguh pagi tadi kerana terpaksa berseorangan menaiki teksi munuju ke stesen bas tawau memandangkan abang2 semuanya sibuk bekerja.

Menaiki bas pada waktu pagi bukanlah pilihan utamaku. Tetapi apabila memikirkan beberapa faktor yang lain yang tidak dapat dielakkan kugagahi jua perjalanan beratus-ratus kilometer itu.

Bagi diri ini yang sudah acap kali menaiki bas dan menempuh perjalanan beratus-ratus kilometer dari KK ke Tawau atau dari Tawau ke KK, perjalanan pada waktu malam menjadi pilihan. Hal ini demikian kerana pada waktu pagi aku mudah mengalami "motion sickness". Kalau perjalanan malam agak kurang sedikit. Motion sickness ni perkara biasa yang dialami bagi mereka yang menaiki kenderaan. Pening-pening dan rasa mahu muntah merupakan salah satu simtom2nya.

Begitulah yang aku alami sepanjang perjalanan pulang tadi. Sakit kepala dan tidak boleh tidur menambah terukkan lagi motion sickness yang aku alami. Sudah ku cuba untuk melelapkan mata namun tidak berdaya. Nampaknya 'circadian rythm' tidurku berfungsi dengan begitu baik sekali. Sebab itu la juga kita berjaga pada waktu siang dan tidur di malam hari. Nanti akan kuceritakan dengan lebih lanjut.

Semestinya cuti seminggu yang lepas berlalu dengan begitu pantas sekali. Hari-hari yang mendatangkan memerlukan diri ini untuk terus dan terus istiqamah dalam perjuangan. Moga tidak futur di pertengahan jalan dan semoga cuti kita berbaloi untuk agama Islam.

Monday, May 18, 2009

*Balik Kampung*

Posted by ~pyda313~ at 18.5.09 1 comments
Jari-jemari bergerak aktif di atas komputer ribaku ini dek kerana tidak berjaya memujuknya untuk lelap sekali lagi. Sunyinya alam saat ini. Kalau di Kampung biasanya akan kedengaran bunyi-bunyian si kecil serangga menyanyi keriangan memenuhi ruang alam. Berbeza sungguh dengan keadaannya di sini. Dulu adalah juga bunyi salakan anjing yang kerap sungguh melewati gegendang telingaku. Namun kini entah ke mana anjing-anjing tersebut telah pergi. Mungkin telah pergi ke tempat lain sebab sudah tidak ada lagi sisa makanan yang ada di sini. Almaklumlah hampir kesemua pelajar sudah kembali ke kampung halaman masing-masing.

Kini tibalah giliranku juga untuk kembali setelah 5bulan lebih keberadaan aku di UMS bagi sem ke-4. Walaupun hanya berkesempatan untuk bersama-sama keluarga dalam masa seminggu sahaja tetapi aku tetap bersyukur. Kalau dilihat dari sudut geografinya, Tawau bukanlah jauh sangat memandangkan jarak perhubungannya boleh didekatkan jika menaiki kapal terbang. Namun aku dan sahabat-sahabat memilih untuk menaiki bas esok hari.

Walaupun sudah mempunyai pengalaman yang begitu lama tinggal berjauhan dari keluarga, tetapi kediaman sendiri tetap senantiasa dalam ingatan. Penjalanan hidupku menuntut ilmu mengajar aku untuk lebih indipendant dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Antara perkara yang pernah , sedang dan akan berlaku yang menyebabkan aku berjauhan sementara dengan keluarga.
  • SMSLD (2001-2005)
  • KML (2006-2007)
  • UMS (2007-2012:insyaALLAH)
  • NIKAH(20??)
  • BEKERJA

Nampaknya barang-barang memanggil-manggil diriku meminta untuk dikemaskan. Malam semalam tertangguh sebentar hajat untuk mengemasnya. MAK AYAH nantikan kepulangan anakmu ini.

~KML Mari & Program Pemantapan Akidah~

Posted by ~pyda313~ at 18.5.09 0 comments
Alhamdulillah hari ini begitu memenatkan dan meletihkan buat diriku yang punyai limited energy. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang dan kesempatan bagi diri ini untuk berkongsi sedikit cerita dan pengalaman yang dikutip beberapa hari yang lepas.

KML MARI
Berkesempatan mengikuti beberapa hari Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (8-11 Mei sahaja) membuka kembali lembaran sejarah sewaktu belajar di KML dulu. Walaupun tidak berkesempatan bersama-sama dengan junior-junior baru dalam satu jangka masa yang lama, tetapi diri ini tetap merafa’kan setinggi-tinggi rasa kesyukuran.
Isnin petang diriku melangkah kembali ke UMS.

Subhanallah indah sungguh ciptaanNYA(gmbr di ambil semasa di feri)

Anis dan Amsyar yang comel dan menceriakan suasana.

TERSEPIT ANTARA DUA

Mengikut perancangan awal, aku ingin berpatah kembali ke KML pada hari Khamis. Namun sehari sebelum hari kejadian, kuterima panggilan dari seorang sahabat mempelawa diriku agar mengikuti program Pemantapan Akidah di Smesh memandangkan bilangan fasilitator yang kurang. Aduhai diriku kini tersepit “ANTARA DUA”. KML @PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH.

Akhirnya aku memilih untuk mengikuti program pemantapan akidah di SMESH dan niat untuk ke KML kuketepikan buat sementara waktu. Akan kuatur jadual untuk kembali ke sana nanti.

Antara para peserta yang hadir

PENGALAMAN YANG BEGITU BERHARGA

Program pemantapan akidah yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5 SMESH bermula pada waktu maghrib jumaat yang lepas. Lokasi program tersebut berpindah ke MASJID NURUL HIKMAH Bukit Padang dan bukannya di SMESH.

Walaupun pernah mengikuti banyak program sebelum ini (actually sedikit sahaja memandangkan jadual yang berbeza dari kos-kos yang lain), program ini memberi banyak input dan ilmu yang baru buat diri ini. Walaupun bergelar sebagai fasilitator namun aku juga seorang penuntut ilmu di sana. Banyaknya perkara yang tidak kuketahui terutamanya berkaitan dengan agama Kristian.

Adik-adik LDK yang tekun mencari kesalahan di dalam bible

Adik-adik pun sama. Tahniah masih still dalam program sehingga tamat.

MEMBINA UKHWAH

" Wahai manusia ! Sungguh , kami telah ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempua, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa . Sungguh , ALLAH Maha Mengetahui , Mahateliti."

Tak terasa begitu cepat masa berlalu sehinggakan tak sedar kami sudah berada di penghujung program. Majlis penutupan berlangsung dengan sederhana dan sijil-sijil disampaikan kepada semua peserta dan tak lupa juga kepada para fasilitator. Sebelum bertolak balik dari program, masa yang ada kuluangkan bersama dengan adik-adik yang sebelum ini tidak sempat kami berbual bicara. Alhamdulillah dapat bertemu kembali dengan adik LDK sewaktu program Kem Remaja Islam (KRiS Tamparuli) setahun yang lepas. Nasihat diberikan agar mereka belajar bersungguh-sungguh dan ikhlaskan niat kerana ALLAh Taala. Memandangkan adik-adik bakal menempuh exam pada hari ini(selasa), sekalung doa kami panjatkan agar semuanya beroleh kejayaan dan dipermudahkanNYA.

Antara peserta yang sempat bergambar bersama.

Syukur ke hadrat Ilahi , walaupun letih tetapi program sebegini begitu bermakna. Akhirul kalam, manfaatkan cuti untuk ISlAM. IslaM for ALL..

Wednesday, May 13, 2009

Buatmu SahabatKU

Posted by ~pyda313~ at 13.5.09 3 comments
Begitu pantas waktu meninggalkan diri kita. Kadang rasa tidak terdaya untuk mengejarnya. Betullah bahawa perkara yang paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu. Bila ku imbas kembali satu persatu kenangan silam, ku panjatkan kesyukuran ke hadratMU ya Tuhan kerana memberiku kesempatan tuk memperbaiki segala kesilapan yang telah kulakukan.

Kurindui kenangan yang terlakar indah sewaktu ku menyambung pelajaran di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Lahad Datu. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu tetap segar dalam ingatan. Takkan terkubur dek masa yang berlalu. Kewujudannya seusia denganku. Mula beroperasi pada tahun 1988.

Disana ku kenali ramai insan yang mewarnai lakaran kehidupanku. Sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading.

Diriku ini dalam kesedihan. Kalau dahulu, kita boleh bergelak ketawa bersama. Tapi pabila kumelihat perubahanmu kini , hatiku seolah-olah dirobek. Jantungku seakan-akan berhenti berdegup seketika. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat di depan mata. Aku berkata pada diri bahawa ianya dusta semata-semata. Kubetulkan cermin mataku. Memang betullah engkau sahabatku. Adakah aku yang silap YA ALLAH kerana mengabaikan dirinya sahabatku.

Engkau begitu cantik di tubir pandanganku ini sahabtku. Indah bertudung litup sama seperti sahabat-sahabat yang lain. Tapi kini.. Berterus teranglah kepadaku sahabatku.. Adakah kerana silapku engkau berubah sedemikian rupa.. Adakah kerana kami???

Sahabatku.. Sungguh kami menyayangimu. Tidakkah kau jua menyayangi kami. Kami tidak sanggup melihat dirimu sedemikian rupa lagi. Marilah sahabatku. Genggam eratlah tangan yang kami hulur kepadamu. Biar kita sama-sama mengorak langkah kembali. Melangkah kembali kepada yang RABBI.

Tulus ikhlas dari SAHABATMU..

Tuesday, May 12, 2009

KASIHNYA ALLAH SWT KEPADA WANITA

Posted by ~pyda313~ at 12.5.09 1 comments
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poliga mi, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu. "
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim ini lah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi ya ng baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya..!

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Siti Fatimah :

'Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan akan didapatinya kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga.'_________________

Thursday, May 7, 2009

KML dalam kenangan

Posted by ~pyda313~ at 7.5.09 4 comments

Tahun demi tahun silih berganti. Sudah masuk tahun yang ke 3 setelah saya menghabiskan pengajian di kolej matrikulasi labuan sebelum melanjutkan pelajaran di UMS. Dan pada minggu hadapan kemasukan pelajar-pelajar baru menggamit kerinduan yang tak terhingga terhadap segala pengalaman pahit dan manis sepanjang pengajian di sana. Sungguh tidak akan dapat terungkap dengan kata-kata rasa kemanisan pengalaman yang kuperoleh dari sana.

Seawal kemasukan pengambilan baru sesi 2006/2007 , saya dan sahabat-sahabat dipertemukan dalam satu organisasi yang memainkan peranan yang Maha penting di KML yakni AJK SURAU ALIRFAN. Bergerak kerja dalam satu ketumbukan yang sama mengeratkan ukhwah yang terbina. Menyimpul erat tautan hati antara kami. Bukan hendak menunjukkan bahawa ukhwah kami ini hebat. Tidak sama sekali. Tetapi dalam tempoh pengajian yang tidak pun sampai genap setahun di sana, kasih sayang yang terbina begitu terkesan di jiwa. Sehingga kini, insan2 yang kusayangi tetap segar dalam ingatan walaupun kini masing-masing berjuang di menara gading yang berjauhan dan berlainan.

Buat adik2 yang bakal menerajui tampuk pimpinan Surau Al-Irfan, kakak2 dan abang2 mendoakan agar rantai-rantai perjuangan Islam di sambung oleh adik2 di sana. Yakinlah bahawa adik2 lah insan yang dipilih oleh ALLAH dari kalangan ribuan pelajar KML. Garaplah segala ruang dan peluang yang ada untuk mencedok ilmu dan pengalaman di sana. Binalah kekuatan dirimu agar pabila kau melangkah setapak ke hadapan di menara gading, kau tidak mudah tersungkur di pertengahan jalan. Sematkan di jiwamu bahawa Islam itu akan sentiasa berada di atas dan tidak akan ada yang lain berada diatasnya.

Buat sahabat sahabiah yang dikasihi sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan minggu pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010, Kudoakan segala penat lelahmu mendapat tempat disisinya. Ku yakin dan percaya engkau jualah insan terpilih olehNYA untuk menghulurkan bantuan kepada adik2 kita ini. Moga segala perancangan yang diatur dipermudahkanNYA dan dapat dilaksanakan dengan baik. Allah jualah pemberi petunjuk dan perancanganNYA jualah yang terbaik.

Tuesday, May 5, 2009

Kasih Cucur Dan Kentang goreng

Posted by ~pyda313~ at 5.5.09 0 comments

Pagi semalam tatkala berjalan di 1B depan UMS tu, tetiba terlintas di benak fikiran kami hendak mengadakan jamuan minum petang di bilik. SMS dihantar kepada insan-insan sebagai jemputan bertandang ke bilik yang serba kekurangan.

Janji terpatri. Seusai solat asar kami memulakan operasi.

Cucur segera perisa ikan bilis dan udang di bancuh dan api gas dihidupkan. Maka berasaplah dapur yang sudah satu semester tidak digunakan.

Dapur yang dah lama x diguna. p/s Stove ni
bukan kami yang beli ek. Grup 1 tem thn 1 y beli utk prgrm
health promotion di Pulau Bangi.

Cucur yang dah siap di goreng.

Kentang goreng pla.

Jenangnya(jenang=ketua tukang masak dlm bhs bugis) diimport khas dari KG AB.^_^

Goreng punya goreng , tetamu yang dijemput pun datang satu persatu. Terharu banget. Ada yang baru abes paper pun sudi datang ke jamuan yang sederhana ni. Yang masih ada paper esok hari pun masih sanggup meluangkan masa.

Oleh sebab terlalu banyak da SALIVA yang dirembeskan, maka jamuan pun di mulakan.

Kesian Kak yang diimport. Makan sambil memasak. Jasamu dikenang kak.

Bila perut da berisi , giliran pengisian rohani pun tiba. Halaqah dibentuk dan majlis dimulakan. Banyak yang diperoleh daripada tazkirah singkat yang diberikan oleh sahabat-sahabat.

Indahnya berukhwah kerana ALLAH. Syukur ke hadrat Ilahi. Dengan keizinanNYA jualah dapat kita berkumpul . Mengukuhkan simpulan kasih yang terjalin walaupun hanya dengan cucur dan kentang goreng.

Monday, May 4, 2009

~ Kaedah Menghafal A-Quran ~

Posted by ~pyda313~ at 4.5.09 0 comments
mSebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenid mushaf yang lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik “ Chunking”
1. Memisah-misahkan spotong ayang yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian , contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah , hizib , rubu’ , cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafal.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat yang seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah muka surat , harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat yang seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Quran seterusnya , harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan englihatan kepada ayat , mukasurat dan lembaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur , buka mata dan tumpukan kembali kepada mushaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua mmbaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum menghafal , dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali .
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakam Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali sehingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mushaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal muka surat , atau setiap rubu’ atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik “Pointer” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak .
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur.
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisinya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah , juz atau hizib , atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal . cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik “ Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang , setiap cabang satu rubu’ . tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabagnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz , dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.

K. Mengekalkan Hafalan.
1. Jauhi maksiat mata , maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa , terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa , ketika belayar , selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada ALLAh.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari , contohnya selembar, setengah juz , 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan , marah atau mengantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Moga post yang terkini bermanfaat buat sahabat-sahabat yang lain. Ana telah mengaplikasikan beberapa teknik yang disebut di atas dan ternyata ianya berkesan. Namun , sahabat bolehlah menggunakan kaedah yang sudah biasa dilakukan bagi memudahkan penghafalan.

Sunday, May 3, 2009

~Medical Jokes~

Posted by ~pyda313~ at 3.5.09 0 comments
From Prof. Dr Rajendra Choubey's Lectures...^_^

Test Yourself

Posted by ~pyda313~ at 3.5.09 0 comments

Friday, May 1, 2009

Ancaman Virus Selesema Babi

Posted by ~pyda313~ at 1.5.09 0 comments