Buatmu SahabatKU

Begitu pantas waktu meninggalkan diri kita. Kadang rasa tidak terdaya untuk mengejarnya. Betullah bahawa perkara yang paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu. Bila ku imbas kembali satu persatu kenangan silam, ku panjatkan kesyukuran ke hadratMU ya Tuhan kerana memberiku kesempatan tuk memperbaiki segala kesilapan yang telah kulakukan.

Kurindui kenangan yang terlakar indah sewaktu ku menyambung pelajaran di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Lahad Datu. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu tetap segar dalam ingatan. Takkan terkubur dek masa yang berlalu. Kewujudannya seusia denganku. Mula beroperasi pada tahun 1988.

Disana ku kenali ramai insan yang mewarnai lakaran kehidupanku. Sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading.

Diriku ini dalam kesedihan. Kalau dahulu, kita boleh bergelak ketawa bersama. Tapi pabila kumelihat perubahanmu kini , hatiku seolah-olah dirobek. Jantungku seakan-akan berhenti berdegup seketika. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat di depan mata. Aku berkata pada diri bahawa ianya dusta semata-semata. Kubetulkan cermin mataku. Memang betullah engkau sahabatku. Adakah aku yang silap YA ALLAH kerana mengabaikan dirinya sahabatku.

Engkau begitu cantik di tubir pandanganku ini sahabtku. Indah bertudung litup sama seperti sahabat-sahabat yang lain. Tapi kini.. Berterus teranglah kepadaku sahabatku.. Adakah kerana silapku engkau berubah sedemikian rupa.. Adakah kerana kami???

Sahabatku.. Sungguh kami menyayangimu. Tidakkah kau jua menyayangi kami. Kami tidak sanggup melihat dirimu sedemikian rupa lagi. Marilah sahabatku. Genggam eratlah tangan yang kami hulur kepadamu. Biar kita sama-sama mengorak langkah kembali. Melangkah kembali kepada yang RABBI.

Tulus ikhlas dari SAHABATMU..

3 comments:

Ameen Muslim said...

assalamualaikum wbt

kak pida,memang sedih jika melihat shbt2 seperjuangan yg dulunya mampu memikul tggungjawab sebagai muslim kini mengabaikannya pula.

shbt2 batch sy juga tidak byk bezanya.apa yg kita perlu lakukan skrg ialah doa pohon hidayah untuk diri sendiri seterusnya kpd insan yg ingin didoakan seperti shbt trsebut.

i'Allah dgn izin-NYA shbt trsebur boleh berubah mngambil agama semula dlm kehidupan harian.

sabda nabi,"doa itu senjata mukmin."

wallahu 'alam!

~pyda313~ said...

wa'alaikumsalam wbt,

btul tu. akak stuju jg. sm2 la kita doakan mga2 diri kita dan jg shbt2 y kita syngi dibukakan pintu hati , diberikan nuur hidayah, taufik dan inayahNYA seterusnya mengamalkan islam scr keseluruhannya. menjadi hamba2NYA y beriman dan bertaqwa, tergolong dlm golongan y soleh dan solehah.

Ibnu Saif said...

Salam.. benda besa jadi di kalangan orang-orang yang jalan atas landasan ni.. :-)

ada yang istiqamah.. ada yang tersungkur.. ada pula yang diam seribu bahasa..

semoga kita dalam golongan yang pertama.. terus gerak biar badai datang menimpa.. :-) peace..

Wednesday, May 13, 2009

Buatmu SahabatKU

Posted by ~pyda313~ at 13.5.09

3 comments on "Buatmu SahabatKU"

Ameen Muslim on May 14, 2009 at 9:21 AM said...

assalamualaikum wbt

kak pida,memang sedih jika melihat shbt2 seperjuangan yg dulunya mampu memikul tggungjawab sebagai muslim kini mengabaikannya pula.

shbt2 batch sy juga tidak byk bezanya.apa yg kita perlu lakukan skrg ialah doa pohon hidayah untuk diri sendiri seterusnya kpd insan yg ingin didoakan seperti shbt trsebut.

i'Allah dgn izin-NYA shbt trsebur boleh berubah mngambil agama semula dlm kehidupan harian.

sabda nabi,"doa itu senjata mukmin."

wallahu 'alam!

~pyda313~ on May 14, 2009 at 4:13 PM said...

wa'alaikumsalam wbt,

btul tu. akak stuju jg. sm2 la kita doakan mga2 diri kita dan jg shbt2 y kita syngi dibukakan pintu hati , diberikan nuur hidayah, taufik dan inayahNYA seterusnya mengamalkan islam scr keseluruhannya. menjadi hamba2NYA y beriman dan bertaqwa, tergolong dlm golongan y soleh dan solehah.

Ibnu Saif on May 14, 2009 at 5:15 PM said...