Kem Remaja Islam

6 hari berturut-turut saya mengikuti program Kem Remaja Islam(KRIS). 29-31 Mei KRIS Sipitang brlangsung dan bertempat di SMK Pengiran Omar manakala KRIS KK yang bertempat di SMK Tobobon berlangsung dari 1Jun sehingga 3Jun. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Mengapa mesti KRIS di kawasan pantai barat?
Pada mulanya, saya dan sahabat2 yang lain begitu teruja apabila mendapat berita bahawa KRIS Tawau akan diadakan pada 1-4Jun. Namun perasaan gembira bertukar menjadi kecewa kerana program KRIS terpaksa ditunda ke tarikh lain yakni 6-9Jun. Memandangkan semester baru bakal bermula pada 8Jun , maka kami tidak dapat mengikuti KRIS di Tawau nanti. Memikirkan bahawa perlunya saya mengisi ruang cuti ini dengan sebaiknya dan keperluan untuk mengisi hati dengan program-program berbentuk tarbiyah, saya mengambil keputusan untuk memendekkan cuti dan mengikuti program KRIS di kawasan pantai barat memandangkan program2 tersebut dijalankan tatkala kami masih lagi bercuti. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Pengalaman pertama join KRIS
Program KRIS terutamanya di bumi kelahiranku telah beberapa siri dijalakan. Sejak dari sekolah menengah lagi saya mendengar akan kewujudan program tersebut di tawau. Namun apakan daya, saya tidak mengikutinya kerana bersekolah di SBP. Setelah tamatnya pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan, saya dan beberapa orang sahabat se'batch di matrik mendapat jemputan untuk mengikuti program KRIS(tidak ingat kali yang keberapa). Saya, tiqah dan atun sama-sama ditaklifkan sebagai ajk bahagian makanan. Pengalaman selama 4hari 3malam di SMK Balung cukup mengajar kami erti kesabaran dan betapa pentingnya tugas-tugas di bahagian dapur. Kerja-kerja memasak tidak pernah berhenti dari awal pagi sehingga ke malamnya. Bayangkan saja, kadang-kadang kerja-kerja masak-memasak perlu dimulakan sebelum masuk waktu subuh untuk menyediakan sarapan, apabila selesai, lauk-pauk untuk makanan tengah hari pula mesti dilaksanakan dengan segera begitu juga untuk makan malam. Memandangkan jumlah peserta yang ramai, semuanya harus dilakukan dengan pantas memandangkan kuantiti yang perlu dimasak adalah banyak. Pengalaman tidur di lantai dapur merupakan pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan tatkala kami berjuang sebagai ajk makanan pada program tersebut. Lantai di alas dengan surat khabar dan kami bergelimpangan dengan harapan agar dapat bangun awal untuk menyiapkan sarapan. Pengalaman tersebut merupakan kenangan yang begitu manis sekali.

KRIS Sipitang

Saya dan beberapa lagi orang sahabat bertolak dari KK lebih kurang jam 10 malam. Dengan menaiki kereta Prado, kenderaan dipacu laju oleh A.Faiz. Keterlewatan kami bertolak ke tapak program disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami terlepas beberapa slot program . Pada mulanya jadual pergerakan kami ke sana di rancang bertolak pada jam 9 pagi. Kemudian ditunda pada jam 4.3o petang. Akhir sekali kami bertolak pada waktu malam. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi perancanganNYA juga yang terbaik. Alhamdulillah kami dapat mengikuti slot-slot yang seterusnya. Inilah pengalaman pertama berada di kawasan Sipitang dan juga Beaufort. Luasnya bumi ALLAH dan masih banyak lagi tempat yang belum pernah kakiku pijak.

Antara aktiviti yang dijalankan. Atas: Ceramah ibadah . Tengah: Warming up . Bawah: Tempat tidur peserta muslimat

KRIS KK

Kami bertolak balik menuju UMS seusai solat jamak taqdim qasar. Singgah mengisi perut di Beaufort dan meneruskan perjalanan semula. Perjalanan mengambil masa 2jam lebih (tidak termasuk berhenti sekejap untuk makan). Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi. Program KRIS KK akan bermula keesokannya pada jam 2 petang. Kami tiba di SMK Tobobon selepas waktu asar. Para pesertanya terdiri daripada para pelajar sekolah menengah dari sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu seperti SMK Tobobon, SMKA Inanam, SMK Sanzac , SMK Perempuan Likas, SMK Lok Yuk, SM Teknik Likas dan beberapa buah sekolah lagi.

0 comments:

Wednesday, June 3, 2009

Kem Remaja Islam

Posted by ~pyda313~ at 3.6.09

0 comments on "Kem Remaja Islam"